Malam ini sama seperti malam-malam yang sebelumnya. Sepi yang selalu menyelubungi diri. Bintang-bintang pula tidak kelihatan dipeluk awan-awan yang berarak perlahan. Hanya satu yang berlainan pada malam ni - tangan aku digenggam erat oleh Amirah seperti tidak mahu dilepaskan hingga akhir dunia. Tangan yang sudah berkurun lama ingin digenggam Amirah.