Chapter 1

191 12 0
                                    

Aku meninjau di kawasan halaman rumah aku. Aku sedang mencari kelibat seseorang. Tiba-tiba seseorang menerpaku dari belakang. Dunia terasa kelam. Mungkin dia menutup mataku. Badanku dihalakan kearah badannya. Aku mula panik! Siapa yang tak panik ? Orang yang tidak dikenali menutup mataku. Kemudian menghadapkan badanku kearah badannya. Fikiranku mula berfikir perkara-perkara yang tak elok. Aku dapat rasakan, tapak tangannya yang menutup mataku mula meleraikan dengan perlahan. Aku membuka mata. Dunia kian cerah.

Yah ! Siapa sangka ? Orang yang menutup mataku adalah teman lelaki ku sendiri, Byun Baekhyun. Seorang pelajar yang sangat nakal di sekolah ku. Dalam nakal-nakalnya, dia seorang yang sangat baik.

Yah! Oppa! Jeritku memarahinya kerana kejadian tadi. Aku mula mengejarnya.

Alaa. Oppa nak main-main jer. Tu pun nak marah. Kata teman lelakiku itu setelah aku berhenti mengejarnya.

Mestilah marah. Macam mana kalau yang tutup mata Tae tadi bukan oppa? Orang jahat mana ke? Oppa jugak yang risau kan? Hmmph! Aku mula berleter. Itulah kerjaku setiap kali berhadapan dengan perangai Baekhyun yang kebudak-budakan ini. Sebenarnya aku tidaklah memarahinya, aku sekadar ingin bermanja dengannya. Biasalah, semua pasangan bercinta buat begitu. Takkan aku tidak boleh? Pffft. <A/N : Lahaiii.. Nak bermanja pulakk .>

Baekhyun POV.

Aku melihat wajahnya yang tengah marah. Pipinya kemerah-merahan. Kyeopta! Kataku dalam hati ini. Siapa yang tak mudah cair, meratap wajah Taeyeon yang ada iras-iras penyanyi Korea popular Kim Taeyeon! Aku dikira beruntung lah! Hehehe. Aku membiarkan sahaja dia memarahi aku. Setahu aku, nanti dia yang akan meminta maaf. Cakap sahaja boleh hidup tanpa aku. Tapi, tengoklah nanti, siapa yang cari siapa dulu. Kataku licik dalam hati.

Hmm.. Nak maafkan ker tak ni? Soalku melihat Taeyeon hanya menarik muka dari tadi. Tidak jemukah? Kerjanya hanya berleter kemudian menarik muka apabila berhadapan dengan perangaiku. Hahahahah.

Taknak! Katanya pendek tapi agak tegas. Alahaii, comelnye bila dia marah. Tengok? Tak nak maafkan? Okey. Kita tengok siapa yang jumpa siapa nanti.

Aku juga menjawab. Tidak mahu kalah dalam perdebatan ini. Hahahaha. Perdebatan apakah ini? Hmm. Okey. Taknak maafkan Sudah. Oppa balik dulu. Aku melangkah kaki keluar dari pintu pagar rumah milik Encik Kim, bapa kepada Taeyeon ataupun lebih sedap dipanggil, bakal bapa mertuaku. Hahahaha XD. Aku menuju kearah kereta BMWku yang terletak di garaj milik Encik Kim. Aku masuk kedalam kereta lalu menghidupkan enjin. Baru sahaja aku hendak undur kebelakang, Taeyeon datang ke kereta ku. Dia mengetuk-ngetuk cermin tingakap kereta ku.

Haish! Minah ni, rosak karang, kau yang kena ganti. Leterku dalam hati. Aku juga kuat berleter ya? Hahahaha. Aku menurunkan tingkap.

Hah? Nak apa lagi?? Oppa dah nak balik ni. Ye lah, Tae kan tak suka kalau ada Oppa. Aku menyoal. Kemudian menarik muka. Sengaja aku berkata begitu, kerana mahu melihat reaksi Taeyeon.

[Slow Update] I'm Sorry, Honey.Where stories live. Discover now