TUBUH 18 (TERAKHIR)

2.8K 124 35
                                    

"awak fikir boleh ke bomoh tu tolong kita?...", soal aireen ingin tahu. "yeah... i think so... rasanya lebih baik kita mencuba daripada langsung tidak mencuba...", balas aaron sambil sambil memandu kereta tersebut. "tapi macamana kalau ianya tidak berjaya?...", soal aireen ragu ragu. "jangan ragu ragu... saya yakin ianya akan berjaya...", balas aaron seraya memandang ke arah aireen. pada saat pandangan mata mereka bertamu tiba tiba, "geduuummm!!!!....", kedengaran kereta yang di pandu oleh aaron berlanggar dengan kereta yang kebetulan di pandu laju dari hadapan. kereta mereka terus terbabas dan jatuh ke dalam curam yang terletak tidak jauh dari situ. selepas itu mereka pengsan tidak sedarkan diri

*** *** ***

perlahan lahan aireen membuka matanya. kepalanya terasa sakit. dia memegang dahinya yang terasa sakit. ada darah mengalir di situ. dia lihat tangannya sendiri. kelihatan sepasang tangan dengan kukunya di hiasi dengan warna pink. dia terus memegang dadanya. ada payudaranya di situ. dia memegang kepalanya yang di litupi rambut panjang. rupa rupanya dia sudah kembali ke tubuhnya yang asli. buktinya dia kini duduk di driver seat dan bila dia lihat wajahnya di cermin dia dapat lihat wajah aslinya. aireen gembira tidak terkata. kepalanya yang terasa sakit tidak terasa sakit lagi. tiba tiba, "ouwwhhh...", kedengaran suatu suara bergema di sebelahnya. aireen segera mengalihkan perhatiannya ke sebelahnya. kelihatan aaron sedang mengerang kesakitan. "ron... roh kita sudah kembali ke tubuh kita yang asli...", aireen bersuara pada pemuda tersebut. dia lihat aaron membuka matanya dan cuba melihat bias wajahnya di cermin. "yalah...", aaron bersuara dengan nada suara yang cukup terkejut berbaur gembira. oleh kerana terlalu gembira mereka berpelukan dalam kereta yang kemik bumper depan itu. "oh... syukurlah kita sudah kembali ke tubuh kita yang asli...", tutur aireen dengan rasa yang penuh dengan kesyukuran.

ketika mereka sedang berpelukan di situ tiba tiba ada orang datang ke situ. "korang tak apa apa kan?", soal seorang lelaki dari depan cermin kereta yang pecah itu. mungkin mereka merasa terlalu malu kerana di lihat orang berpelukan di situ mereka pun terus meleraikan pelukan masing masing. "oh er... kami baik baik saja...", balas aaron dengan pantas sekali. aaron cuba membuka pintu kereta tersebut dengan di bantu oleh lelaki itu. perlahan lahan aaron melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. begitu juga dengan aireen. aaron memapah aireen keluar dari dalam kereta kerana kepalanya terasa sakit. "awak cuba bertahan ya...", tutur aaron dengan penuh prihatin. "okay... saya akan cuba bertahan tapi thanks sebab awak sudi memapah saya yang berat ni...", tutur aireen perlahan lahan. "no need to thank me... kita harus berterima kasih kepada Tuhan kerana dia telah mempertemukan kita dengan cara yang unik sekali... and guess what?", aaron melirikkan matanya pada aireen. "what?", soal aireen sepatah. "saya mula menyukai awak...", tutur aaron dengan senyuman yang penuh bererti. aireen hanya tersenyum tersipu sipu malu. dalam diam hatinya berlagu riang...

~~~ TAMAT ~~~

TUBUH (U)Where stories live. Discover now