"Mel..k..kau n..n..nak tak tu..tunaikan pe..permintaan tera..akhir aku?"Tanya Yanna dengan suara yang tersekat-sekat.
"permintaan apa Yanna,cakap je..Insyaalah aku tunaikan,"jawab Kamelia. "k..kau ka..kahwin de..deng..gan a..abang a..aku.."balas Yanna.
Dengan muka yang terkejut Kamelia berkata "tapi kenapa? Kau kan tahu hubungan abang kau dengan aku macam mana."
"ya..aku tahu..tapi tolonglah tunaikan permintaan terakhir aku ini..aku merayu dekat kau Mel,"balas Yanna dengan suara yang perlahan.
Kamelia berasa kasihan melihat temannya yang nampak sangat tenat..lalu berkata "baiklah,aku akan tunaikan permintaan kau." "terima kasih Mel,aku tahu kau sayang aku..aku pun sayang kau juga,"balas Yanna.
Tiba-tiba mesin hayat yang bersambung di tubuh Yanna berbunyi. Yanna juga tiba-tiba menarik nafasnya dengan panjang seolah-olah menahan kesakitan yang amat sangat. Kamelia berasa cemas melihat keadaan Yanna lalu berkata "Yanna,Yanna..kenapa dengan kau ni..doktor! doktor!"
Yanna memegang tangan Kamelia lalu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia berkata dengan suara yang perlahan "terima kasih.." Akhirnya Yanna menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi sahabatnya.
Yanna!!!!
YOU ARE READING
Kerana Permintaan Itu [ VERY SLOW UPDATE]
RomanceKerana permintaan terakhir seorang sahabat dan kerana sayangnya seorang abang terhadap adiknya. Dua manusia yang saling bergaduh ini perlu bersatu untuk menunaikan permintaan itu. Apakah yang akan terjadi apabila musuh bertukar menjadi suami? Adakah...