"Now what?" Soalan tiba tiba Iris mengejutkan Rania yang hampir hanyut dibuai mimpi. Seharian menjelajah bumi Korea cepat sahaja mata Rania layu.
"What like what?" Rania menyoal kembali dengan rasa mengantuk yang masih menebal. Badannya dipusing mengadap Iris. Mereka berkongsi queen bed. Rania membetulkan hoodies onesies Chipmunk yang dipakainya. Selesa sangat. Baju tebal itu betul betul memberi kehangatan. Worth the money.
"Entah. Kau. Ayden. Ini semua bukan mimpi kan? Kalau mimpi takkan lama sangat kita masih tak bangun bangun kan?"
Terus hilang mengantuk Rania bila nama Ayden kembali disebut. Entahlah. Dia pon tak pasti. Macam mana episod seterusnya dalam kisah dia dan Ayden? Sudah sampai ke titik penamat ke? Tapi mula pon belum takkan sudah ending?
"Aku pon tak tau Iris. Kau rasa Ayden sungguh sungguh ke?" Rania masih keliru. Dia pun hilang punca dengan perangai Ayden. Puas ditimbang timbang rasional kepada tindakan Ayden, tapi jawapannya Rania belum jumpa.
"Aku rasa dia sungguh sungguh. Kalau tak dia takkan post gambar gambar korang dekat instagram."
"Mana tau tiba tiba esok dia upload, "Gotchaaa. Just kidding! My heart is still mine." and the whole world will be laughing at me."
"Apa pun jadi aku takkan gelakkan kau." Iris jentik bahu Rania perlahan.
"Auwww. Sweetnyaaa. I lovee you." Rania menjerit kecil.
"Lahh takkan love je? Belanja belanja makan takkan takde?" Iris mengekek melihat tawa Rania yang terus terhenti. Cehh.
"Weyy dari cara Ayden, memang nampak jelas terang lagi bersuluh dia ada feeling dengan kau. Kalau dia nak main main, kau ingat dia nak layan drama Hindustan adegan kejar mengejar kau tu ke? Takkan wey takkan. Dia in the middle of filming kot."
Rania ketawa lagi. Malu pulak bila teringat perangai ribena dia acah acah jual mahal konon. Buatnya Ayden give up, memang sumpah berbulan dia meratap. Dengar hujah hujah Iris meniupkan sedikit semangat di hati Rania.
"Tapi.."
"Tapi tapi. Berapa banyak tapi?" Iris mencelah. "Kalau tak nak bak sini, aku nak. Aku pun memang minat dengan Ayden tu."
"Oii. Aku hidup lagi kau dah ada plan nak caras aku." ishh Iris ni. Seriau pulak aku rasa. Ajak Ayden kahwin malam ni jugaklah. Ehh.
"Aku pun tak habis fikir macam mana Ayden tu boleh tiba tiba muncul dalam hidup aku lepas tu create all the havoc. Benda ni mustahil sangat weyy. Impossible! Kalau tulis novel cerita macam ni dah sah sah novel tu kena bakar. Mengarut sangat!"
Rania masih teguh menafikan. Iris rasa nak ketuk Rania sekali. Biar dia sedar semua ni bukan sekadar mimpi.
"Apa susah. Tulis je kat Wattpad. Kalau diorang marah sekali pun takkan diorang nak bakar handphone masing masing?"
Rania dan Iris ketawa besar. Setuju dengan kelogikkan itu. Betul jugak.
"Rania dalam hidup ni tak ada apa yang mustahil. Nothing impossible. Even the word itself saying, Im Possible."
"Tapi kau tak rasa semua ni terlalu cepat?"
"Rania in life it's never too late nor too fast, everything happens right at the most accurate time. Memang. It takes lifetime to forget someone but it takes no time to fall in love. It just happen. Uplanned. Sebab tu kita panggil jatuh cinta. Tak sengaja. Mana ada orang saja saja nak jatuh."
"Are you telling me that Ayden fall in love with me? Seriously? Seriously serious?"
"Yes. I'm telling you, Ayden has completely fall over you. I can't tell for sure, but I'm 90% positive that he's head to toes in love with you."
"Mana lagi 10%?"
"10% lagi aku rasa maybe sebenarnya dia suka aku, dia just nak berbaik dengan kau so dia boleh kenal aku."
"Irissssss!!" hahahaa. Padan muka Rania. Tau takut!
"Rania love require no time. You don't realise at all. The next thing you know, you just don't want to lost him. There's something that when you look at him, you know that he's the missing piece and you'll understand why it doesn't work with everyone else. "
Betul ke Ayden the missing piece? Betul ke Ayden is the reason why it never work with everyone else? Rania garu kepala. Bingung.
"Kau cakap berdasarkan pengalaman ke ni?" Rania cuit bahu Iris. Iris senyum simpul.
"Mana ada pengalaman pengalaman ni. Aku cakap berdasarkan hurmm apa yang aku baca." pecah tawa Rania. Baca la sangattt. Kisah Iris-Firas rasanya satu universiti tau. Macam mana Firas separuh nyawa tergilakan Iris!
Di universiti semua orang kenal siapa Firas, jejaka terhangat kampus hadir dengan pakej cukup lengkap. Berbekalkan wajah tampan walaupun anak melayu sejati, anak kepada ahli perniagaan kaya raya, setiap hari melaram dengan kereta mewah, kapten pasukan hoki universiti, paling penting mudah tersenyum dan memiliki rekod paling bersih kerana tidak pernah menjalin hubungan dengan sesiapa.
Rasanya kalau Firas edar borang calon isteri memang berebut gadis gadis nak isi. Tapi entah apa ilmu Iris pakai, hati Firas jatuh tergolek golek pada Iris. Gadis yang langsung tidak pernah peduli dengan Firas.
Gempar satu universiti bila setiap hari Firas kirimkan mawar ungu dan coklat ke bilik Iris yang dikongsi bersama Rania. Setiap hari tanpa gagal! Termasuk hari minggu. Dengar cerita Firas upah seorang budak untuk hantar bunga dan coklat setiap hari dengan bayaran RM20 sehari.
Namun hati Iris masih utuh, sedikit pun tak goyah. Bilik dah macam taman bunga. Coklat yang berlambak Iris agihkan pada kawan kawan.
Melepasi tiga bulan, genap hari ke 99 dalam usaha memikat hati Iris, universiti kecoh dengan berita Firas jatuh gaung sewaktu mendaki gunung bersama Kelab Kental.
Iris menangis semahunya. Seolah baru tersedar letak duduk Firas di hatinya. Sepanjang malam Iris berendam air mata sambil membaca Yassin. Iris siapkan satu keping lukisan bunga mawar ungu.
Pagi pagi lagi Iris bangunkan Rania. Pagi itu jugak mereka ke hospital. Iris bawa bersama lukisan dan jawapan Ya untuk diserahkan pada Firas. Tapi Firas tak mahu jawapan Ya kerana simpati.
Maka setiap hari Iris jadi pelawat setia Firas tanpa jemu. Setiap hari juga Iris bawak lukisan mawar ungu. Ternyata rajuk Firas tak mampu bertahan lama. Hari keempat, Firas tewas. Sejak itu mereka bergelar pasangan kekasih paling hot di universiti yang kini sudah bergelar tunangan.
"Raniaa!! Ishh cakap dengan kau macam cakap dengan dinding."
"Wey sorry sorry. Jangan la merajukkk." Rania geletek pinggang Iris. Kalau Iris tau dia terkenangkan kisah cinta Iris-Firas, mau perasan dia.
Iris sungguh sungguh menepis tangan Rania. Dia memang sensitif kalau bab bab geletek ni. Memang angkat bendera putih!
"Aku nak bagitau Ayden kalau kahwin dengan kau kena hati hati sebab tangan kau macam ketam."
"Irissss!!"
Pecah lagi tawa mereka berdua.
"Rania aku rasa kan kisah kau ni macam kisah Cinderella dengan Prince Charming. Ehh Prince Charming dalam bahasa melayu apa eh?"
"Entah aku pun dah lupa. Menyegarkan?"
"Banyaklah kau punya menyegarkan. Hahahaha."
"Bagi aku Ayden tu macam hurmmm Putera Impian?"
"Putera Impian dan Cinderella?"
"Putera Impian Milik Cinderella?"
"Not bad. Sounds better."
"I take it as compliment."
Iris jeling Rania yang tersengih sengih. Tengah tengah malam pun Rania nak perasan.
"Dah dah. Dah lewat ni. Jom tidur. Lambat bangun kang aku tinggal." Rania tarik selimut yang sedikit terdedah. Mata sudah kembali layu.
"Good night, Mrs Firas."
"Good night, if Allah wills, soon to be Mrs Ayden."
YOU ARE READING
Putera Impian Milik Cinderella
Romance"Because this place is not save anymore." "Hah? Why??" Rania menggelabah. Cerita cinta tiba tiba jadi cerita seram ke? Kenapa tak selamat? Ada hantu? Macam macam persoalan muncul di fikiran Rania. Ayden merapati Rania. "They're coming." Ayden berbis...