"Woi perempuan , kau minum air ni." "Tolong jangan apa-apakan saya " kata Kira kepada Faruq. "Kalau kau tak nak diapa-apakan , kau minum je lah air ni. Haish geram pulak aku dengan kau ni!" Faruq merengus kemarahan. Kira yang mula berasa seram memaksa diri untuk minum sahaja air tersebut demi keselamatannya. Takut juga dia kalau-kalau dia dibunuh. Sungguh ngeri walau untuk dibayangkan.
Setelah habis minum, kepalanya mula berpusing, dunia seakan gelap. Kira rebah kebumi dan tidak sedarkan diri.
"Faruq cepat letakkan budak Hakim tu kat sebelah Kira. Kau bukak tudung perempuan tu dengan baju Hakim. Lepas tu kita telefon orang pejabat agama. Cepat! " Arah Dato' Munaweh kepada rakan sejahatnya itu. Faruq tanpa berlengah melakukan 'arahan' Dato' Munaweh tersebut, maklum lah nak dapatkan perhatian dan kasih sayang la katakan. "Done Munaweh, aku dah suruh anak buah aku call orang agama. Jom kita lepak sambil berhibur malam ni". "Bagus Faruq. HAHAHAHAHAHA ni lah saat-saat yang aku nantikan. Rasakan macam mana malunya aku dulu sebab kau orang berdua. Huh" kata Dato' munaweh sambil menapak keluar dari hotel tersebut.
"Astagfirrullahhalazim nak bangun nak, kami dari Jabatan Agama Islam Johor. Apa yang kamu berdua dah buat ni? Ya Allah. Bangun sekarang wahai umat Nabi Muhammad! " marah salah seorang pegawai tersebut.
Kira yang masih terpisat-pisat untuk bangun cuba membuka matanya luas-luas. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati sekujur tubuh berada di sebelahnya sambil tangannya dilingkarkan dipinggangnya. Air mata deras mengalir. Kira menagis disitu tanpa mempedulikan mereka. Lelaki yang tidur disebelah bingkas bangun dan menampakkan riaksi yang sama seperti Kira.
"Kamu berdua sila ikut kami ke pejabat. Mari kita berbincang." Kata pegawai tersebut. "Tapi encik kami tak tahu apa yang terjadi, kami dianiayai. Tolong lah percaya kata-kata saya ni." Kata Hakim separa marah. "Tak buat apa-apa apanya, tengok lah cara kamu tadi. Sudah jangan banyak soal. Berikan nombor telefon ayah kamu. Kita akan selesaikan secepat yang mungkin. " Kira yang masih menagis dipandang geram dan keji oleh Hakim. "What the hell, siapa perempuan ni. Aduh mesti aku kena umpan masa dekat kedai makan tadi. cis!" Kata Hakim sendirian didalam hatinya. "Woi pompuan, kau sapa mesti kau suruh kawan kau umpan aku kan? Tak guna betul la kau ni. Dasar minah murahan!" Bentak Hakim. Kira yang tadinya menagis , mengesat air mata nya dan membuka mulut "saya kena paksa minum air oleh orang yang menculik saya . lepas tu saya dah tak sedar apa-apa. Awak jangan tuduh saya yang bukan-bukan." Sayu sahaja Kira membalas. Baru sahaja Hakim hendak membalas kata dengan Kira, tiba-tiba pegawai tersebut datang dan meminta mereka berdua mengikutnya ke pejabat. Tanpa mengeluarkan sebarang kata, Hakim dan Kira berjalan keluar ke arah kereta yang disediakan . "Ya Allah apalah nasib ku seterusnya. Apa perasaan ibu dan abah tentang berita ni ya Allah. Tabahkanlah hatiku. " tutur Kira didalam hatinya.
YOU ARE READING
Rahsia
RomancePertemuan kita hanya dari satu perancangan kotor manusia , namun akhirnya disitu bermulanya cinta antara engkau dan aku ♥