Part Thirty One

19.4K 624 4
                                    

Dah pukul 1 ni, takkan la dia tak balik lagi? Walaupun aku rasa marah pada Zaril. Tapi aku tetap risaukannya.

Beberapa minit kemudian telefonku berbunyi. Aku ingat Zaril yang call. Sangkaan aku meleset.

"Saya datang ke sana sekarang" Rin terus ke bilik untuk bersiap. Dia menelefon Dahlia untuk menemannya. Dahlia bersetuju untuk meneman Rin memandang dia telah habis pantang dan Farhan ada di rumah untuk menjaga Qhairil, anak pertamanya.

Sebak. Terkejut. Jais memecahkan pintu bilik hotel yang Zaril masuk tadi. Staff hotel menelefon Jais apabila Zaril masuk ke bilik bersama seorang wanita.

Kebetulan, salah seorang ahli JAIS adalah rakanku, dia menelefon aku untuk ke sana.

Hancur. Hancur hati aku melihat Zaril yang tidak ada satu pakaian. Pakaiannya dan Qaseh bersepah di lantai. Mereka hanya berselimut untuk menutup badan.

Zaril terkejut melihat JAIS datang. Dia lagi terkejut melihat aku. Mukanya pucat. Pucat lesi seperti orang sakit.

Dahlia menenangkanku. Dia tahu aku sakit hati sekarang. Aku bukan setakat sakit hati. Jiwa aku kini gelap. Orang yang aku sayang orang yang aku sanjungi tidur dengan perempuan lain tanpa sehelai kain yang menutupi dirinya.

Sungguh. Hidup aku gelap gelita. Tiada siapa yang boleh memberi cahaya pada aku.

•••

Kami pulang ke rumah bonda untuk menyelesaikan masalah. Bonda dan ayahanda sedih apabila mengetahui Zaril ditangkap basah.

Aku diam. Aku tidak tahu mahu katakan apa. Aku kusut. Aku tidak boleh berfikir waras sekarang. Jiwa aku kosong. Hidup aku sudah gelap.

Bonda suruh aku berehat di biliknya. Zaril ingin menemani aku tapi aku tidak mahu. Aku ingin keseorangan.

Aku jatuh di katil bonda. Aku menangis sepuas yang aku mahu. Aku tak sangka Zaril sanggup buat aku macam ni. Jujur aku tak sangka.

Sudah seminggu, aku berkurung di bilik bonda. Aku tidak mahu makan dan minum. Aku hanya baring dan termenung. Bonda dan ayahanda banyak kali menyuruh aku makan tapi aku tidak mengendahkan. Dahlia juga memujukku. Aku tetap tidak mahu. Zaril tidak masuk ke bilik bonda kerana aku tidak mahu berjumpa dengannya.

Seminggu lepas kejadian itu, family Qaseh datang ke rumah bonda. Mereka mahu Zaril bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat pada Qaseh. Qaseh sudah mengandung.

Zaril berang. Dia tidak mahu berkahwin dengan Qaseh. Dia mengatakan dia hanya tidur dengan Qaseh tapi dia tak buat apa apa padanya.

Aku tidak mahu memanjangkan cerita. Aku memanggil Zaril untuk berbincang dengannya. Kami masuk ke bilik untuk berbincang.

Senyap. Aku tidak ingin berkata. Mulut aku berat. Tapi aku harus menyelasaikan semua ini.

"Zaril, awak kena bertanggungjawab pada Qaseh. She need you. Dia mengandung anak awak" lemah. Berat hati aku untuk mengatakan semua ini.

"Saya tak sayang dia. Saya sayang awak" Airmata Zaril mula jatuh. Dia terlalu rindukan Rin. Dia rapat dengan Qaseh sebab Qaseh mengugutnya untuk membunuh Rin.

Zaril terpaksa rapat dengan Qaseh supaya Rin tidak diapa-apakan. Zaril tahu, Qaseh apa yang dia cakap, mesti dia akan buat.

"You must Zaril. Awak tak pernah sentuh saya lagi. Awak dah sentuh dia Zaril. Awak kena bertanggungjawab." Air mata aku mula jatuh. Tidak tahan menghadapi semua ini.

Senyap.

"Zaril, kadang-kadang kita kena berkorban untuk cinta" Aku memujuk Zaril. Walaupun hati aku sedang hancur berkecai.

Zaril bersetuju untuk menikahi Qaseh walaupun dia tidak mahu. Aku mengambil keputusan untuk keluar dari rumah bonda. Aku tidak sanggup melihat lelaki yang aku cintai kahwin dengan perempuan lain.

•••

Semenjak Rin meninggalkan rumah. Hidup Zaril tidak terurus. Zaril tidak pergi ke pejabat. Dia hanya terperap dalam bilik dan memanggil nama Rin.

Setiap kali bonda masuk ke bilik Zaril, pasti air mata bonda akan jatuh. Bonda tidak sanggup melihat Zaril dalam keadaan begini.

"Bonda, Zaril nak Rin bonda. Zaril nak Rin" Zaril akan berkata begitu setiap kali bonda masuk ke biliknya.

Bonda diam. Dia tahu Zaril amat mencintai Rin. Tapi waktu sudah terlambat. Zaril akan menikahi Qaseh. Semua persiapan dilakukan oleh bonda. Walaupun bonda tidak mahu melakukan semua itu.

•••

Rin duduk di rumah ibu. Setiap hari pasti akan menangis. Ibu menghampiri Rin. Ibu kesian melihat Rin. Mukanya pucat.

"Ibu, kenapa semua orang yang Rin sayang tinggalkan Rin?"

Semua tinggalkan aku. Dulu Shah tinggalkan aku. Sekarang Zaril pulak yang tinggalkan aku. Kenapa semua orang tinggalkan aku?

"Rin, semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah mahu menguji Rin. Allah bagi Rin ujian sebab dia anak ibu kuat" ibu memujuk Rin. Dia tidak sanggup melihat Rin sebegini.

"Rin tak kuat ibu, Rin tak kuat" Rin menangis di dalam pelukan ibu semahu-mahunya. Dia tidak kuat menghadapi semua ini.

Ubahkan Singa Buas ItuWhere stories live. Discover now