1st day

200 3 0
                                    

Mula menapak depan rumah yg memegang nombor 33 pada hari ahad iaitu hari ini. Dengar cerita penduduk di sini meriah dengan penduduk yg ramai tapi sebaik aku tiba je, kiri kanan rumah tu kosong. Tiada penghuni. Aihh, indah khabar dari rupa. Aku pun masuk dalam rumah tu tanpa teragak-agak. Ya! Aku ada kunci.

"Assalamualaikum!"

Dah jadi kewajiban aku untuk bagi salam terlebih dahulu.

"Rina!"

Aku memanggil Rina iaitu sepupu ku yg mencadangkan aku tinggal di rumah bernombor 33 tersebut. Rina telah menyewa di rumah tersebut hampir 2 tahun. Katanya dia free sekarang. Sedang mata aku melilau mencari kelibat Rina, tiba-tiba aku terasa diri ini diperhatikan. Ahh sudah! Aku dahlah sorang-sorang je ni. Jangan buat cerita horror dekat sini sudahlah. Nampak je muka aku agak garang tapi hati ada taman kott. Tapi aku cuba menyedapkan hati. Mungkin hanya imaginasi dan perasaan aku je.

"Assalamualaikum! Rina!"

Sekali lagi aku memberi salam. Sunyi. Sepi. Tiada yg menjawab. Barangkali Rina keluar. Cuba menyedapkan hati lagi. Yela, penat-penat aku datang dari johor ke KL naik bas, lepas tu naik pula teksi untuk sampai ke rumah ni, tapi batang hidung Rina langsung tak nampak. Katanya nak ambil dekat stesen bas lah apalah. Haihhh. Apalah nasib dapat sepupu macam ni.

Tapi aku terfikir juga, Rina tinggal sendirian je ke dekat sini? Tak ada housemate ke?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 13, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Housemate PsikoWhere stories live. Discover now