Bab 1 + Bab 2

4K 68 8
                                    

         

BAB 1

    Adrian menekan jam loceng di sisi katilnya. Kelopak matanya masih belum dibuka. Dia bermalas-malasan sebentar di atas katil bujangnya yang sudah dua tahun tidak bertukar cadar. Selimutnya dicampak ke lantai yang hanya bertikar getah berwarna kelabu muda. Badannya hanya ditutupi boxer. Biliknya dihias ringkas. Hanya ada katil bujang, almari baju, sebuah meja study dan poster di dinding.

    Adrian duduk di birai katil. Mukanya masih ada air liur basi dan tahi mata. Kemudian dia berdiri dan menuju ke tingkap. Langsir kusam itu diselak. Cahaya pagi yang samar-samar mula menerangi bilik. Adrian mengecilkan matanya yang dipanah sinaran matahari sebelum menyesuaikan diri beberapa saat kemudian. Kelihatan awan mendung berarak di langit. Kabus nipis menghiasi jalan raya di depan rumahnya. Nak hujan mungkin. Dia menggeliat. Sebelum dia ke tandas, dia merenung dahulu poster Maria Ozawa yang dilekat di dinding bersebelahan katilnya. Naik semangatnya untuk bekerja keras hari ini.

    Dia ke bilik air di sebelah bilik rakannya. Rakannya masih belum bangun lagi mungkin. Ataupun masing-masing sudah siap mandi dan pergi kerja. Di dalam rumah teres itu, Adrian menyewa bersama tiga orang iaitu Bob, Hairi dan Joe. Hairi duduk sebilik dengan Joe. Murah sikit sewa mereka. Mereka berdua bekerja sebagai kerani di sebuah firma guaman.

Manakala Bob mengambil master bedroom. Bob mempunyai butik pakaian dalam wanita. Dia sebenarnya berpendapatan tinggi, tetapi hanya menggunakan wang apabila perlu. Selebihnya dia simpan di dalam bank, katanya nak buat simpanan untuk perkahwinannya bersama Rozita Che Wan, walaupun Rozita Che Wan sudahpun bernikah dengan Zain Saidin.

Usai mandi, Adrian mengelap badannya. Dia membuka almari usangnya yang berwarna coklat. Tuala yang menutupi tubuhnya ditanggal. Boxer jenama pasar malam disarung. Slack hitam lusuh dikenakan dengan tali pinggang hitam yang berkepala lambang Superman. Tentu sekali, jenama pasar malam. Baju korporat syarikatnya yang berwarna kuning dan merah pula disarung. Orang kata, warna kuning ni bagus untuk business.

Setelah mencapai sling bag pasar malam di atas meja, kunci motor yang disangkut di belakang pintu dicapai. Sempat dia merenung poster Maria Ozawa lagi. 

Di luar rumah, dia mengenakan kaca mata Oakley yang dibeli di Petaling Street. Macamlah matahari pagi terik sangat. Kemudian, Adrian mengunci pintu rumah. Honda EX-5 miliknya dihidupkan. Sudah lama motosikal ini berkhidmat untuknya. Sejak di universiti lagi.

Walaupun gaya macam bajet berjawatan tinggi, namun Adrian hanya bekerja sebagai mat despatch di sebuah syarikat swasta. Dia hanya mempunyai sijil SPM. Itupun sekadar cukup makan. Setelah 4 kali repeat di universiti, dia dibuang kerana kebodohan yang amat sangat. Dengan berbekalkan sijil SPM, dapatlah dia bekerja sebagi mat despatch. Dengan gaji RM 900 sebulan, cukuplah dia nak sara diri di bandaraya Kuala Lumpur ni. OK, tipu sahaja. Sebenarnya tak cukup. Rakan-rakannya di rumah itulah yang memberinya hutang.

Rumah sewanya di Gombak. Tempat kerjanya pula di Selayang. Perjalanan ke tempat kerjanya hanya mengambil masa sekitar 15 minit. Dengan Honda EX-5 kesayangannyalah dia bergerak.

Walaupun jalan raya di Kuala Lumpur sentiasa sesak, namun itu tidak menjadi masalah untuk Adrian. Di universiti dahulu, dia pernah menjadi johan dalam perlawanan lumba haram. Dengan pengalaman itu, bukan susah untuknya cilok di celah-celah kereta dan melanggar lampu isyarat serta mengikut beberapa shortcut tanpa disaman.

Adrian melihat jam. 8.37 am. Awal dia sampai ke pejabat hari ini. Dia memarkir motosikalnya di belakang Honda Civic rakannya. Keadaan lengang. Sempat Adrian melihat cermin sisi motornya. Mukanya dibelek. Rambutnya dikemaskan. Setelah merasakan mukanya cukup kacak, dia membuka langkah ke pintu pejabat syarikatnya. Dia menolak pintu kaca itu. Tertera di pintu itu, Syarikat Limau Tebal Sdn Bhd.

(Preview) PERMAINAN - sebuah novel Aiman HazziqWhere stories live. Discover now