Bab 1

3.9K 120 1
                                    

"Tya tak nak la papa" bantah Tya dengan keputusan papa yang ingin mengahwinkan dia dengan anak kawan baiknya.

"Tya tak kesiankan papa ke sayang? Tya sorang je anak yang papa ada" ujar Tan Sri Ashraf dengan nada yang sayu. Saja je dia berkata begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak gadisnya itu. Mudah cair apabila dia buat ayat yang sebegitu.

"Alaa.. Papa jangan cakap begitu, papa tahukan yang Tya sangat sayangkan papa. Papa is the best papa in the world!. Tak ada sesiapa yang boleh gantikan tempat papa Tya ni." Pujuk Tya sambil memeluk bahu papanya.

"Jadi Tya mahu laa tunaikan permintaan papa ni ye?" Tanya Tan Sri Ashraf dengan penuh mengharap. "Hmm.. Papa bagi Tya masa untuk fikirkan semua ni boleh tak papa? Sebab ni keputusan yang bakal menentukan masa depan hidup tya"

"Baiklah papa bagi masa selama seminggu untuk tya fikirkan. Tapi papa harap keputusan Tya tak mengewecakan papa ye?" Ujar Tan Sri Ashraf .

Insha Allah , thank you papa. Emm.. Tya naik dulu ye sebab banyak assignment yang Tya kena siapkan. Goodnight papa" ucap tya sambil mengucup pipi papanya sebelum dia masuk ke dalam bilik tidurnya.

"Tya .. Mengenangkan anak gadisnya tu membuat dia tersenyum sendirian. Anak gadisnya itu seorang yang sangat manja tapi Tya juga seorang anak yang mendengar kata orang tua .. Papa harap kamu tak mengewecakan papa sayang. Papa buat semua ini demi kebahagianmu nak." Gumam Tan Sri Ashraf.

"Abang, buat apa je dari tadi kat situ " tegur Puan Sri Filzah. "Abang bukan apa Zah, abang cuma teringatkan anak kita tu. Abang takut dia rasa abang macam memaksa dia saja dia keputusan untuk mengahwinkan dia dengan Rayqal tu ." Tan Sri Ashraf menyuarakan isi hatinya kepada isterinya.

"Tak payah fikir yang bukan - bukan la. Keputusan yang abang buat tu betul. Mungkin dah ditetapkan jodohnya sampai awal" ujar Puan Sri Filzah. "Harap-harap begitu la Zah".


*****

"Macam mana ni? Ape yang aku nak buat? Nak terima ke ? Tapi aku tak kenal siapa pun malaun yang bernama Rayqal Mikhael tu. Tapi papa kata masa aku kecil aku pernah berkawan dengan malaun tu.. Kalau dia tahu aku gelarkan diri dia malaun mesti dia marah. Hahaha, tapi ada aku kesah. Entah-entah dia tu dah ada kekasih ke? Entah baik ke jahat si Rayqal tu. Ish.. Mulut aku ni, sesedap je nak mengata orang. Karang tak pasal-pasal dapat dosa free je. Opss, terlebih sudah. Hahaha."

"Tapi kalau aku tak terima, nanti papa pulak kecewa. Arghhh.. Stressnya!!!! " Chill Tya . Tarik nafas hembus . Tarik dan hembus perlahan-lahan.

"Daripada aku pecah kepala aku memikirkan masalah yang tak kan berakhir ni , lebih baik aku buat solat istikharah semoga aku memperoleh keputusan yang tak akan mengecewakan pelbagai pihak."









Stay tuned!
Vote please!

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now