Chanyeol tersenyum lebar sambil memandang luar tingkap keretanya. Tidak sabarnya dia bertemu isteri dan anak-anaknya. Siapa lagi kalau bukan Jaegyum, Jaerin, Jisoo dan Jiyoung. Hmmm kisah anak kelima mereka. Eunbyeol keguguran sewaktu dia berada di tandas untuk mengambil tuala. Lantai tandas agak licin menyebabkan Eunbyeol tergelincir dan mengalami pendarahan.
Teksi berhenti di hadapan rumah banglo miliknya. Chanyeol berasa teruja kerana sudah sebulan dia berada di luar negara untuk menjalani penggambaran sebuah movie. Hari ini, tercipta sejarah dia balik ke rumahnya. Ahh. Rindunya.
Chanyeol menolak bagasinya dan menuju ke rumahnya. Dia menyeluk poketnya untuk mengambil kunci lalu membuka pintu rumahnya.
" Aih? Gelapnya? Mana dorang pergi? " Soal Chanyeol sendiri pelik. Gelap semacam rumahnya ini. Biasanya lampu mesti terbuka. Takkan elektrik kena potong? Selama sebulan itulah dia bank in duit ke dalam akaun bank Eunbyeol. Biasalah, nafkah harus dilaksanakan.
Chanyeol meraba dinding untuk mencari suis lampu. Bagasi pula diletakkan di sisi pintu yang terluas dibuka. Tiba-tiba ada sesuatu yang menganggunya.
" Siapa tu? " Soal Chanyeol sambil mencari-cari bunyi yang menganggunya. Tikus? Maybe.
Klik.
Suis akhirnya berjaya dibuka. Chanyeol menarik nafas lega. Nasib baik ada. Chanyeol terpandang satu poster yang terlekat pada dinding. Poster itu ditulis ' Welcome Back Appa! '
" Eun! Jae! Rin! Soo! Youngie! " Chanyeol memanggil nama mereka dengan suara yang nyaring. Namun tiada sahutan dari anak-beranak itu.
Chanyeol berasa tidak sedap hati. Dia terus menutup pintu dan mula mencari mereka di tingkat bawah. Kemudian, di tingkat atas. Ada satu papan tanda mengambil perhatian Chanyeol. Chanyeol mengikut arah papan tanda bertulis itu.
Chanyeol telah pun sampai di hadapan bilik yang ditunjukkan oleh papan tanda tadi. Chanyeol memegang tombol pintu dan memulasnya. Alangkah terkejutnya dia bila dia ternampak isteri dan anak-anaknya sedang memakai topeng dan membawa kek.
" Welcome back appa! " Ucap Eunbyeol bersama anak-anaknya serentak. Mereka mula bergerak ke arah Chanyeol yang masih terkejut di hadapan pintu itu.
" This is for me? " Soal Chanyeol sambil jari telunjuknya menunjuk dada.
" Nae oppa. Kami buat ini untuk oppa! " Jawab Eunbyeol sambil mencium bibir Chanyeol sekilas. Chanyeol mencebik. Kemudian raut wajahnya bertukar menjadi ceria. Dia terus memeluk keempat-empat anaknya.
Oh ya lupa pula. Jaegyum dan Jaerin kini berusia 10 tahun manakala Jisoo dan Jiyoung berusia 5 tahun. Chanyeol dan Eunbyeol pula 33 tahun. Masa berlalu dengan cepat. Rasa tidak percaya.
" Terharunya appa tengok korang. Thanks sayang! " Chanyeol mencium pipi Jaegyum, Jaerin, Jisoo dan Jiyoung.
" And yang penting appa rindu korang berlima! " Pelukan Chanyeol semakin erat membuatkan kanak-kanak kesesakan nafas.
" Appa! Kami nak bernafas. " Luah Jaegyum sambil menolak-nolak dada Chanyeol. Chanyeol menggeleng sambil tersenyum. Hidung anak sulungnya dicuit. Aduhai.
" Hehe. Mianhae. " Balas Chanyeol tersengih-sengih.
Jaegyum memberikan isyarat mata kepada adik-adiknya.
" Appa, omma kami nak turun bawah. Cerita Pororo dah nak start. " Kata Jaerin sambil menarik tangan Jisoo.
" Emmm. Yelah. " Mereka berempat pun keluar dari bilik tersebut. Lalu tinggallah pasangan suami isteri dalam bilik itu.
" Agaknya rancangan kita berjaya tak? " Bisik Jaegyum ke telingan Jaerin. Jaerin membuat muka masam. Dahi abangnya ditunjal.
" Mestilah berjaya. Jomlah. Tak payah nak ganggu appa dan omma. Jisoo, kaja. " Jaerin memimpi tangan Jisoo untuk turun ke tingkat bawah.
YOU ARE READING
Remember [ CHANYEOL ] [DISCOUNTINUED]
Random- Third Sequel - Siapa sangka kehidupan Chanyeol dan Eunbyeol berubah dalam sekelip mata? Siapa sangka mereka akan bahagia? Eunbyeol terlibat dalam satu kemalangan namun anak dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan. Tetapi Eunbyeol telah menda...