:: 1 :: - Insomnia

776 46 0
                                    


7.30 pagi. Seperti biasa jam loceng Sehun berbunyi untuk mengejutnya untuk ke kerja.

" KRINNNNGGGG"

Sehun membuka matanya. Penglihatannya masih kabur. Dia berpusing ke kanan dan ke kiri. Dan akhirnya dia bangkit. Dia menekan jam itu untuk memberhentikan bunyi itu. Wajahnya diraup. Rasa mengantuk masih menyelubungi diri.

Dia duduk sebentar untuk menghilangkan rasa mengantuknya. Dia bangun dan mengapai tualanya dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Setelah selesai membersihkan diri, dia mengapai baju kerjanya.

Kemaja putih serta seluar hitam dan disarungkan dengan vest berwarna biru gelap. Dia membuka penutup gel dan menyapunya ke rambut. Rambutnya disisir dengan kemas. Setelah selesai dia menyembur minyak wangi yang berlabel " romano ".

Wajahnya ditilik sebentar di cermin. Ini lah rutin hariannya pada setiap pagi. Tiada apa yang menarik. Hanya perkara biasa. Dia menuruni anak tangga dan menuju ke ruang dapur.

Dia menyapu sedikit mentega di atas roti. Air yang dididihnya sudah pon hampir menggelegak. Dia mengeluarkan sepeket serbuk Hot coklat dan dimasukkan ke dalam mug. Air panas dituang dan dicampurkan sedikit dengan air sejuk.

Dia meletakkan semua makanan di atas meja. Punat remote tv ditekan. " kau mesti datang tepat pada waktunya hari ini.. Kalau tak kau akan dipecat.. " Kata-kata itu masih terngiang di telinga.

Dia mengunyah roti sebelum dicerna ke dalam perut. Bila difikiran balik ada betul cakap kawannya itu. Dia patut bertolak ke kerja. Tv ditutup semula. Pinggan dan mug diletakkan di dalam singki.

Dia keluar dari rumah. Cahaya matahari bersinar ke arah mukanya. " Aishh.. Panasnya.. " Sehun berkata. Dia tidak suka musim panas. Lebih-lebih lagi dengan pancaran cahaya dari matahari. Dia hanya sukakan musim sejuk dan cahaya yang terpancar dari bulan.

Entah kenapa dia begitu pelik. Dia beranggapan bulan adalah satu cahaya yang menyinari bumi dan penuh keajaiban. Dia berharap agar bulan muncul dimana sahaja dia berada dan berharap bumi hanya ada malam sahaja. Pelik bukan?

Dia menyarungkan kasut hitamnya. Topi keledar hitam disarungkan ke kepala. Enjin motor Kymco Quannon 150 hitamnya dihidupkan. Dia memilih warna hitam kerana ia rasa hitam adalah warna yang kuat dan sesuai dengan personalitinya yang pendiam.

Dia memecut laju ke tempat kerjanya. Setelah sampai di tempat kerjanya, seperti biasa dia akan melihat sekumpulan perempuan yang sedang menunggunya. Ya, itu perkara biasa.

Dia memakir motornya di hadapan restoran itu. Dia membuka topi keledarnya dan mengangkat rambutnya kebelakang dan disisir rapi.

" hai oppa.. "

" oppa nampak hensem hari ni.. "

" saya ada bawa coklat untuk oppa.. Ambil lah.. "

Beberapa orang perempuan mendekatinya. Siapa tidak terpikat dengan seorang lelaki yang bertubuh tinggi, kacak rupanya dan pendiam? Hampir seluruh wanita mengidamkan lelaki sebegitu.

Sehun sudah biasa dengan perkara itu. Dia tidak mahu mengecewakan hati sesiapa pun. Jadi dia terpaksa ambil pemberian coklat dari perempuan itu. " gumapta.. " Kata Sehun selamba lalu masuk ke dalam dan meninggalkan semua perempuan itu diluar.

" Argghhh dia ambil la!!!!!! " Teruja perempuan itu. " hensem kan? " Kata kawannya. " tapi sayang takde yeoja chingu.. " Sampuk kawannya lagi. " Soooo ini la peluang kita untuk pikat dia.. " perempuan itu ketawa kecil.

Moonlight Dance [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now