Bab 2

2K 78 0
                                    

" Morning papa mama "

"Ehh awal anak papa ni bangun, selalunya kalau tak dikejut tak adanya nak bangun" usik Tan Sri Ashraf.

"Alaa.. Papa ni. Tak salahkan kalau Tya bangun awal" ujar Tya dengan muka yang sengaja dimasamkan.

"Papa awak tu cuma nak mengusik je tya oii. Tapi betul papa cakap, Tya cuma akan bangun bila mama buat lagu 'irama Malaysia' kat depan bilik tidur Tya" perli Puan Sri Filzah. Kadang-kadang dia pun naik pening dengan perangai anaknya yang satu tu. Susah sangat nak bangun. Harap - harap bila dah kahwin nanti perangainya tu berubah la.

"Alaa.. Mama tya saja je buat-buat bangun lambat sebab tya nak dengar mama 'menyanyi' kat depan bilik tya. Kalau mama nak tahu suara mama tip top tau. Kalau mama masuk Akademi Fantasia confirm mama menang" Tya dan Tan Sri Ashraf dah ketawa terbahak-bahak .

"Bertuah punya anak! Ada pulak buat mama macam tu. Nanti kalau kamu dah kawin nanti , tahu la suami kamu nak ajar kamu" ujar Puan Sri Filzah sambil muka yang sengaja dimasamkan.

"Alamak papa, mama dah merajuk laa. Papa tolong Tya pujuk intan payung papa ni"

"Ehh.. Papa pulak yang kena. Tya yang buat Tya yang la pujuk. Papa tak nak masuk campur"

"Sudah - sudah, Tya makan sarapan cepat nanti lambat pulak nak ke universiti "

"Alamak. Nasib baik mama ingatkan Tya. Kalau tak mesti Tya masuk lambat. Dah laa pagi ni ada kelas Prof Auni. Papa dengan mama nak tahu tak ada classmate Tya cuba nak ngorat Prof Auni tapi Prof Auni tak layan tapi Prof Auni siap bagi nasihat kat student tu supaya belajar rajin dan dapat genggam ijazah baru fikir pasal jodoh." Ujar Tya sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya.

"Betul apa yang Prof tu cakapkan."

"Okay la papa mama, Tya pergi dulu ye. Takut nanti traffic jammed. Bye papa mama."

"Ohh yaa tya, jangan lupa pasal permintaan papa tu. Harap Tya dapat tunaikan"

"Baiklah papa. Tya akan fikirkan pasal tu. Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam" jawab Tan Sri Ashraf dan Puan Sri Filzah.

*****

7 : 45 pagi

Time time macam ni la parking tak ada pulak. Aduh, aku dah lambat ni. Sekejap lagi kelas dah nak bermula. Tiba tiba iPhone nya berbunyi.

"Hello Tya kau kat mana? Tahu tak kejap lagi class nk mula " tanya Qaisara sebaik saja Tya angkat panggilannya.

"Waalaikummussalam Cik Qaisara. Yee aku tahu aku dah lambat tapi aku dah sampai la kat universiti. Aku sekarang kat parking lot. Parking kat sini semuanya penuh la Sara." Jawab Tya.

"Hehehe.. Sorry la beb, aku main terjah je . Aku bukan apa, aku takut kau lewat je. Kau dah cari kat parking area depan kiosk ? Better kau cari Kat situ sebab kat situ selalunya banyak parking kosong . "

"Depan kiosk? Belum lagi. Okay aku try cari kat situ. By the way, thanks beb."

"Okay. Cepat sikit tau. Aku tunggu kau kat depan fakulti."

"Roger roger. Okay bye."

Hmm. Depan kiosk yee? Moh laa kita usya kat situ. Harap harap la kat situ ada kosong. Aku dah lambat ni karang membebel nenek kebayan tu .. Heheh. Sorry Sara.










Stay tuned!
Vote please!

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now