Bab 4

1.7K 72 2
                                    

"Bro aku tengok kau macam ada problem je? Wanna share? Tanya Aizril ketika mereka sedang lunch di salah sebuah coffee house area pejabat mereka.

"Kau macam tahu-tahu je yang aku ada masalah. Memang aku nak cerita kat kau pun. Aku tengah fikirkan permintaan abi aku"

"Well you know me right? Aku dah berkawan dengan kau dah lama kot. Hampir 11 tahun kan? Seja kita sekolah mengenah. By the way, kalau kau nk tahu. Kau sebenarnya tak boleh nak sorokkan yang kau tengah ada masalah sebab semuanya tergambar kat muka kau tu. Muka kau tu nampak kusut sangat sejak dua tiga hari ni. Permintaan abi kau? Permintaan apa?"

"Untuk aku kahwinkan aku dengan anak kawan baik dia"

"Hah.. Kahwin? Wah.. Tahniah bro. Tak lama lagi dapat la aku makan nasi minyak kau. Hahaha"

"Banyak la kau nasi minyak. Ni nak?" Ujar Rayqal sambil menunjuk buku limanya.

"Woah woah. Aku gurau je la. Abi kau suruh kau kahwin je kot bukannya suruh pergi berperang. Apa masalahnya sampai kau kena kusut sampai macam ni sekali?"

"Masalahnya sekarang aku tak kenal pun sapa bakal bini aku tu. Hati budi dia macam mana. Bolehkah dia terima aku seadanya? Bolehkah aku bahagiakan dia? Adakah aku layak untuk menjadi suami dan imam untuk dia dan yang paling penting aku tak cintakan dia." Luah Rayqal. Sebenarnya pelbagai soalan yang berlegar di kepalanya dan semua soalan tu dia sendiri tidak dapat jawab.

"Beb itu semua perkara kecil je. Apa kata kau jumpa dulu 'si dia' tu. Kau tengok dia macam mana. Yang part cinta tu kau boleh je bercinta lepas kahwin. Mak aku kata bercinta lepas kahwin best woo.. Time tu semuanya dah halal." Ujar Aizril sambil tersengih.

"Banyak la kau best. Kau tahu tak besar tanggungjawab menjadi seorang suami. Bukan untuk seronok je."

"Hahaha.. Aku gurau je la. Kau ni pun kau fikir aku gila ke nak suruh buat semua ni. Agak-agak la kan. Tapi apa-apa pun kau slow talk dengan abi kau pasal ni. Kalau abi kau tetap jugak dengan keputusan dia. Aku rasa kau ikut je cakap abi kau tu. Aku percaya abi kau cuma nak yang terbaik untuk anak teruna dia ni. Okay la aku nak gerak dulu. Lagipun lunch time dah nak habis."

"Aku akan try slow talk dengan parents aku. By the way thanks bro!"

"No biggie at all. Kau kan kawan aku. Oh ya, sebelum aku terlupa kalau hati kau masih tak tenteram kau bust solar sunat istikharah. Sesungguhnya DIA yang maha mengetahui segalanya. Okay chaw dulu bro!"

"Thanks again bro!" Ucap Rayqal sebelum dia dan Aizril melangkah keluar dari coffee house tersebut.

                              *****

"Assalamualaikum everyone! Tya dah balik ni" laung Tya.Kenapa sunyi sepi ni? Mana semua orang dalam rumah ni pergi. Semua orang? Macam la ramai yang duduk dalam rumah ni. Hahaha. Cuma orang je yang duduk rumah besar ni. Papa, mama, aku, Mak Timah dan Pak Karim. Mak Timah merupakan pembantu rumah dan Pak Karim pula pemandu papa tapi kami dah anggap mereka macam ahli keluarga.

"Mama ooo mama. Mama where are you?

"Mama kat dapur Tya" ohh kat dapur padan la tak dengar aku panggil.

"Assalamualaikum mama dengan mak timah" sambil mengambil tempat di depan mama.

"Mama masak apa ni? Kenapa banyak sangat mama masak ni?"

"Masak untuk dinner nanti sayang. Papa kata malam ni kita ada tetamu sayang"

"Tetamu? Sapa ma?"

"Malam ni Tya tahu la. Anak dara mama ni dah solat asar ke belum?"

"Hehe. Belum ma. Tya naik dulu ye." Sebelum dia naik sempat dia mencium pipi mamanya dan mak timah.

                               *****

"Ehh awal balik" tegur Tengku Mellisa sebaik saja melihat Rayqal turun dari keretanya.

Tersengih Rayqal apabila mendengar ummunya berkata begitu. Kalau nak diikutkan memang hari ni dia buat sejarah sebab selalunya pukul 7.30 malam baru dia sampai rumah tapi hari ni jam baru pukul 4.45 petang dia dah terpacak kat rumah.

"Ala ummu ni macam tak suka je Qal balik awal. Kalau Qal balik lambat ummu bising." Adu Rayqal sambil menyandarkan kepalanya dibahu ummunya.

"Alololo.. Anak teruna ummu ni. Ummu tanya je tu pun nak sentap. Macam mana nak jadi suami ni kalau perangai asyik nak bermanja dengan ummu ni."

"Biar la Qal nak bermanja dengan ummu sekali pun tak salahkan. Ummu, mana abi dengan Ayiz dan Adrian?" Soal Rayqal pelik apabila tidak melihat kelibat abi dan adik kembarnya itu. Selalunya mereka akan berkumpul kat taman ni untuk minum petang.

"Abi kamu keluar. Jumpa dengan kawannya, Tan Sri Ashraf katanya. Kalau Ayiz dan Adrian ada kat dalam bilik katanya nak main play station. Sebelum abi keluar, dia ada pesan yang malam ni kita akan dinner kat rumah kawan dia. You, Tengku Rayqal Mikhael mesti ikut. No excuse!

"Ayiyi captain. Okay la ummu, Qal naik dulu nak mandi dengan solat asar" pamit Rayqal Mikhael.







Stay tuned!

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now