Bab 9.
Walaupun hari ini hari kedua Mawar bekerja,namun dia berasa seolah-olah baru hari pertama. Semalam hanyalah sesi pengenalan dengan majikan baharunya walhal dia telah pun bekenalan sebelum ini.
Buat masa kini tugasnya hanyalah memasak dan mengemas rumah.Kekadang dia tergelak bersendirian memandangkan keadaan rumah tersebut.
...
Mawar memandang jam di dinding.Lagi beberapa jam waktu kerjanya akan tamat.Dia kemudian melontarkan pandangannya ke luar rumah.Melihat jika Khalif sudah pulang.Ini kerana seharian Khalif tidak kelihatan.Mawar hanya sempat berjumpa Kak Kalsom tengah hari tadi itupun kerana wanita tersebut itu pulang sebentar dan menyuruhnya menyiapkan bekal untuk Khalif.Ingin dia bertanya pada Kak Kalsom,namun belum mulutnya melontarkan soalan perihal Khalif,telefon wanita tersebut berbunyi.
Sebaik panggilan ditamatkan,Kak Kalsom terus bergegas keluar hingga tidak sempat berbual dengannya.
...
Bunyi enjin kereta kedengaran sebaik sahaja Mawar selesai menunaikan solat maghrib.
Dia melulu keluar sebaik sahaja menyimpan telekungnya di dalam almari.
Kelihatan wajah Khalif yang pucat dan tidak bermaya dipapah perlahan-lahan oleh Kak Kalsom. Mawar cuba mendekati mereka berdua namun belum sempat dia menghulurkan bantuan,Khalif bersuara.
"Kau tak payah nak susah-susah tolong aku.Pergi siapkan makanan.Aku dah lapar."
"Tapi awak,"
"Kalau aku cakap tolong dengar.Aku bos kau.Hukhukhuk"
Mawar terkedu mendengar kata-kata dari Khalif.Sebelum ini sepanjang perkenalan mereka,Khalif tidak pernah mengeluarkan kata-kata sebegitu.
Mawar bergegas ke dapur untuk menyediakan makan malam.
"Kamu janganlah ambil hati dengan kata-kata dari tuan tu"
Kak Kalsom mendekatinya apabila melihat dia termenung sendirian di sinki.
"Mana ada saya ambil hati.cuma saya terkejut aje.Tuan tak pernah macam tu."
"Tuan tu penatlah tu.nanti dia okay lah."
"Tapi kak,saya tengok tuan bukan penat biasa.muka dia pucat aje.Dan tadi,kenapa kakak papah dia kalau dia hanya penat?"
Kak Kalsom hanya tersenyum memandang Mawar.Dia bagaikan hilang kata-kata.Rahsia yang satu itu harus disimpan sehingga pemiliknya bersedia.
"Dah la.esok-esok kita bual lagi.Mawar pergi panggilkan Tuan,biar akak sambung kerja kamu."
Mawar mengangguk faham.Dia kemudian berlalu ke ruang tamu dimana tempat Khalif berehat.
Mawar hanya memerhati wajah Kahlif yang terlelap di sofa.Tidak sampai hati untuk dia mengejutkan lelaki tersebut.
"Ya Allah Mawar,kenapa kamu tak kejut tuan tu,nanti lauk dah sejuk tak sedap pula."
Bebel kak Kalsom apabila dia melihat Khalif masih tidur.
Mawar berpaling pada Kak Kalsom dan tersengih menampakkan barisan giginya yang cantik.
Khalif membuka matanya apabila mendengar suara Kak Kalsom diruang tamu.
"Dah siap ke?"
"Hah?siap apa?"
"Makan malam lah.Kan saya suruh siapkan."
"Oh.dah..dah" Mawar mengangguk laju.
"Habistu kenapa awak tak kejut saya?"
"Ermm...saya tengok awak tidur nyenyak sangat,saya tak sampai hati.."
"Dah jom.." belum sempat Mawar bersuara semula,Khalif terus memaut tangannya untuk ke meja makan.
...
Setelah dia memastikan semua siap terhidang,Mawar meminta izin untuk pulang."Awak duduk dulu.teman saya makan.nanti saya suruh Kak Kalsom hantar awak.Bolehkan Kak?"
"Boleh Tuan.Lagi pun rumah Mawar dan akak satu arah aje.Jadi,duduk dulu Mawar,mari makan sekali."
"Eh tak pa.lagipun saya dah kenyang.saya temankan aje"
Mawar hanya memerhati Khalif yang dari temenung.Nasi di pingannya tidak tersentuh langsung.
"Tuan,jamahlah sedikit.Tengah hari tadi pon tuan tak makan."
"Betul ke?bukankah tadi Mawar dah siapkan bekal?" Mawar yang terkejut mendengar kata-kata Kak Kalsom terus melontarkan pertanyaan.
"Saya tak ada selera.Awak berdua makanlah.Saya nak masuk bilik.Lepas ni akak,saya harap akak dapat hantar Mawar pulang ye?"
"Baik tuan.Erm tuan nak apa-apa ke?"
Khalif hanya mengeling sebelum berlalu kebiliknya.
...
Mawar duduk sebentar diruang tamu rumahnya.Dia masih lagi memikirkan lagi jawapan yang diberikan kak Kalsom sebelum dia keluar dari kereta tadi.Dia merasakan bahawa Kak Kalsom dan Khalif ada menyebunyikan sesuatu.Tanpa dia sedari Pak Chik Ismail memerhatinya dari jauh.
"Apa yang kamu fikirkan Mawar?" Pak Chik Ismail mendekati Mawar sebelum dia melabuhkan punggungnya disisi anaknya.
"Eh ayah.mana ada Mawar fikirkan apa pun.Mawar cuma penat sikit.Banyak kerja biasalah."
Pak Chik Ismail hanya mengangguk.
"Ya sudah.Kalau macam tu kamu pergilah berehat.Esok nak kerja semula."
Mawar tersenyum.
"Mawar masuk dulu yah.Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Maaflah dah lama tak update.Jangan lupa vote dan komen ye...
YOU ARE READING
MENGHITUNG DETIK CINTA
RomanceMENGHITUNG DETIK CINTA merupakan karya kedua saya selepas BERIKAN AKU RASA ITU. ... Kehidupan Doktor Khalif Aryan berubah selepas dia disahkan menghidapi Luekemia type AML. ... Mawar Hashfiqa hidupnya kosong selepas Anwar memutuskan pertunangannya s...