Beberapa hari lepas pertandingan
[ Waktu Rehat]
[ Hye Mi POV]
" Cepat lah habiskan makanan tu In Joo, bukannya pedas sangat pun! " bebel Young Min " Dah nak habis rehat ni"
Si Young Min ni memang suka masuk kelas awal-awal, walaupun masih awal lagi waktu rehat, dia akan kata waktu rehat dah nak habis. Bijak kau Young Min
" Ishh, eonnie ni sabarlah! Eonnie tau kan yang In Joo tak tahan pedas" Jawab In Joo sambil menahan pedas
Selepas beberapa minit, akhirnya In Joo pun dapat menghabiskan makanan nya yang pedas katanya tu
" Dah jom masuk kelas! " ajak aku
" Kajja! " mereka menjawab
[ Young Min POV]
Kitorang ketawa aje sepanjang jalan menuju ke kelas, maklumlah kitorang ni win kalau buat lawak and gelak walaupun hambar
' Gedebukk'
Tiba-tiba ada sekumpulan pelajar langgar bahu kitorang dengan sengajanya dan membuatkan kitorang jatuh
" Hahaha, macam nangka busuk aku tengok! " gelak Hyorin dan member sistarnya (mian fans Sistar)
" Eh, kau nak ape ha?!! " marah In Joo
" Jap, aku rasa aku ngan member aku tak pernah sentuh korang pun, cari pasal pun tak, kau pahal?! " marah Hye Mi juga
" Hahaha! Uuu...garangnya" ejek Sistar
" Sekarang ni kau nak apa dari kitorang? Meh sini bagitahu aku, aku nak tahu juga! " tanya Hye Mi tapi tak macam tanya pun
Si leader Sistar ni tengok kiri kanan sebelum dia mulakan cakap dia, supaya tak ada sesiapa pun yang dengar, tapi aku ada ternampak ada orang kat belakang tiang dekat dengan kelas 3A3
" Aku nak kau jauhkan diri dari ikon, kalau aku nampak korang semua ni rapat dengan diorang semua tu, nahas kau! And lagi satu, tak payah nak bangga sangat la dapat number 2, suara macam katak kodok je wei! Korang menang tu pun sebab cikgu kesian
je! " kutuk si HyorinHati aku dah panas menggelegak dah, tinggal meletus je, kalau dah meletus pecah juga muka dorang aku kerjakan, sabar Young Min sabar
" Suka hati aku lah nak rapat ke couple ngan dorang, kau fikir aku kesah?! Huhh! " kata In Joo lalu menarik rambut Hyorin dengan sekuat hati
" Arghhh!! Sakitlah" jerit Hyorin
"Hoihoi! Lepaskan lah! Kau fikir senang ke nak bela rambut ni sampai jadi cantik! Oh, lupa. Korang kan katak bawah tempurung! " kutuk Bora sambil disambut dengan ketawa rakannya
" Kurang ajar kau! " aku mula menolak Bora yang sedang ketawa sehingga jatuh tersungkur
[ Chanwoo POV]
Aku dan Donghyuk mendengar pergaduhan antara Sistar dan kawan baik aku iaitu 2ne1
" Donghyuk hyung, ini kes berat ni! Kita kene bagitahu hyung hyung kita cepat-cepat ni! " bisik aku pada donghyuk supaya tak ada orang dengar
" Jomlah, kita bagitahu! "
Kitorang berdua berlari dengan segera untuk memberitahu pada hyung-hyung kitorang
" Hyung! Hyung! " aku dan donghyuk memanggil mereka dengan cemas sekali
" Ha? Kenapa?! " tanya mereka
YOU ARE READING
WAR OF LOVE-iKON MALAY FANFICTION-
FanficPertemuan dan permulaan perkenalan yg tidak begitu baik antara B.I,Injoo,Bobby,Hyemi,Junhoe dan Youngmin. Pertemuan pertama yg penuh dengan perasaan marah.Diikuti dengan pertemuan yg berasakan dendam dan seterusnya. Mampukah mereka ber6 menyelesaika...