Bilik mayat

19 0 0
                                    

Karim melabuhkan punggubg di kerusi plastik biru di kaunter pengawal bilik mayat hospital lama di daerah Nibong. Dahulunya hospital tersebut merupakan hospital besar di derah Nibong, namun semuanya telah dipindahkan ke bangunan baru yang dibina tidak jauh dari bangunan lama.

Walaupun jarak antara bangunan lama dan baru tidaklah begitu jauh, namun kawasan itu tetap sunyi, bagaikan tanah perkuburan.

Malam itu malam pertama dia bekerja shift malam dan itu adalah minggu pertama dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di hospital usang itu.
Pada pendapat Karim, binaan bangunan hospital lama itu asalnya dari zaman pemerintahan British lagi. Batu bata jingga jelas menjadi stuktur utama bangunan di situ, atapnya pula terdiri dari zink yang dipenuhi lumut yang kian usang dimakan usia.

Suasana pada malam itu pula memang sunyi tapi Karim beranggapan itu adalah perkara biasa memandangkan kini di berada di rumah mayat.

'Bodoh jugak pentadbiran hospital ni. Dalam banyak-banyak benda, bilik mayat jugak la dia tak pindahkan lagi. Kan dah menyusahkan aku nak jaga' omel Karim di dalam hati.

Dia melontarkan pandangannya ke arah jam di dinding. 'Dah pukul 8 ni, mana pulak mamat sengal yang kena duty dengan aku malam ni' omel Karim lagi.

Karim bukan penakut mahupun pengecut tetapi dalam suasana yang sunyi dan gelap itu, lelaki paling sado pun boleh kecut perut. Karim teringat perbualannya dengan petugas bilik mayat sebentar tadi, sebelum lelaki yang bernama Malik itu menamatkan tugasnya pada hari tersebut.

"Kau jangan risau Karim, dalam ni mayat tak banyak pun. Ada 3 je. 1 mayat Cina accident mabuk, lagi satu mayat orang tua yang meninggal kat rumah kebajikan. Lagi satu mayat yang sampai minggu lepas, kalau tak silap aku perempuan mati keguguran" kata Malik.

Karim memaki Malik di dalam hati kerana kata-kata Malik seperti menambahkan lagi kegusaran hatinya. Tetapi mulutnya gatal untuk bertanya lebih lanjut mengenai mayat perempuan yang mati akibat keguguran. Dia pelik kenapa masih belum ada yang datang menuntut mayat berkenaan.

"Lama betul mayat perempuan keguguran tu ada dekat sini. Tak ada saudara mara datang tuntut ke?" tanya Karim.

Muka Malik berkerut, namun dia tetap menjawab pertanyaan Karim."Belum. Rasanya perempuan tu mengandung anak luar nikah lepas tu ajalnya datang masa dia cuba gugurkan anak tu".

Karim sekadar mengangguk mendengar jawapan Malik. Lamunan Karim terhenti apabila telefon di depannya berdering.

"Hello bro. Malam ni gua duty dengan kau tapi gua tak boleh datang. Bini gua sakit nak beranak" kedengaran suara lelaki di hujung talian.

"Habis tu, tak ada orang ganti?" Soal Karim, mulai gugup.

"Sorry bro, memang tak ada sebab staff kita short" jawab lelaki yang Karim sendiri tidak tahu namanya.

" Okay" balas Karim ringkas. Malas mahu bercakap panjang. Dia sebenarnya sebal kerana terpaksa bertugas sendirian pada malam itu.

Masa berlalu dengan perlahan terutamanya pada Karim yang bekerja sendirian. 'Apa ya aku nak buat ni? Round dah buat dua tiga kali tapi sekarang baru pukul 11'. Tiba-tiba Karim terfikir satu idea gila. Dia tersengih lalu melangkah masuk ke kamar yang menempatkan peti sejuk berisi mayat.

Karim berjalan perlahan menghampiri peti sejuk yang dirasakannya berisi. Peti pertama yang dibukanya kosong. Yang kedua terdapat mayat seorang lelaki cina yang cukup mengerikan, jahitan penuh di mukanya dan lebam di sana sini. Peti ketiga pula terdapat mayat wanita yang berumur dalam linkungan lapan puluhan. Tiada yang menakutkan Karim apabila melihat mayat itu.

Karim terkedu apabila dia membuka peti keempat. 'Jamilah' bisik Karim.

Di hadapannya kini terbaring kaku mayat seorang wanita muda. Bulu matanya melentik cantik walaupun matanya terpejam, hidungnya yang mancung mencantikkan lagi parasnya yang jelita walaupun dia sudah tidak bernyawa dan bibirnya yang mungil pula jelas kelihatan pucat tetapi cantik.

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: Sep 05, 2016 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

SeramHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin