Keadaan almari yang gelap membuatkan tubuh kecilnya menggigil ketakutan apatahlagi saat dia sedang menyorok di dalam almari. Loket pemberian ayahnya di genggam rapat ke dada. Air mata yang jatuh di pipi tidak dipedulikan kerana dia sedaya-upaya untuk tidak membuat sebarang bunyi dan menyebabkan dia dijumpai.
"Jaga loket ni, Noah. Ini loket keluarga kita. Legasi keluarga Enriquez. Jangan biarkan sesiapa pun ambil loket ni dari Noah. Janji dengan ayah, Noah." Walaupun dia masih kecil namun dia sedar yang dia harus menjaga loket yang diberi ayahnya dengan nyawanya sendiri. Dia tak akan biarkan sesiapa pun ambil loket itu.
Mata kanak-kanak lelaki itu membulat besar saat dia melihat tubuh ayahnya di humban kasar melalui celah-celah lubang pintu almari. Kepala ayahnya di pijak kuat. Kasut kulit keras menekan kepala ayahnya sehinggakan lelaki itu mengerang kesakitan.
"Kalaulah dulu kau tanda tangan dokumen tu, aku tak perlu buat macam ni. Kenapa kau perlu menyusahkan diri kau dan keluarga kau? Tengok, kau dah hilang semua ahli keluarga kau, Adam. "
Dia menekup mulut, matanya membulat saat wajah lelaki yang sedang menyakiti ayahnya kelihatan. Dia selalu lihat lelaki itu datang ke rumah agam keluarganya dan berbincang kerja bersama ayahnya. Entah kenapa, dia disorokkan oleh ahli keluarganya dari pengetahuan lelaki itu semenjak dia lahir lagi.
"Ayah..." Matanya melirik ke arah tubuh ibu dan kakaknya yang kaku setelah kepala mereka di tembusi peluru. Air mata kembali jatuh ke pipi melihat keluarganya menderita sedangkan dia menyorok di dalam almari.
"Mana blueprint untuk senjata yang kau cipta tu, Adam?" Colton menekan lagi kasut kulitnya di pipi Adam sehinggakan lelaki itu terpaksa menggigit bibirnya menahan sakit. Dia tidak akan beri kepuasan kepada Colton dengan menjerit kesakitan.
"Kenapa kau tiba-tiba berminat dengan senjata tu?!" tengking Adam walaupun dengan kesakitan pada tubuhnya.
"We're vampires, Adam. We allergic to sun and you just developed a way for us to walk under it without burning! With that weapon, we will be unstoppable. Human will bow to us as their superior!"
Adam tergelak mendengar kata-kata lelaki yang pernah menjadi kawan baik kepadanya. Air liur yang sudah bercampur darah diludah ke sisi dan dia kembali berbaring di lantai dingin rumah agamnya.
"Sekalipun kau seksa aku, aku tak akan beritahu kau di mana aku simpan blueprint senjata tu, Colton."
Pakkk!!
Sekali lagi kepala Adam di tendang kuat tanpa belas kasihan namun lelaki itu hanya tertawa tanpa mempedulikan kesakitkan di mukanya. "Kau tak akan menang, Colton. Aku yang cipta senjata tu! Aku yang hidupkan senjata tu!" Adam tersengih sinis sambil menahan sakit di kepalanya.
"Bodoh! Senjata itu boleh ubah segala-galanya!!" Colton meraup rambutnya ke belakang dan menjerit kuat. Mata merahnya menjadi hitam dan gigi taringnya menyeringai bahaya.
"Aku boleh kuasai Underworld dengan senjata tu, Adam!!!"
Colton mengangkat kakinya tinggi dan kepala Adam di tendang lagi seolah-olah sebiji bola. Tubuhnya terpusing dan lebih banyak darah tersembur dari mulut.
"Aku tak peduli, Colton kalau senjata tu boleh ubah segala-galanya!! Aku tak akan beritahu kau sekalipun nyawa aku jadi taruhan!"
Matanya memandang ke arah almari yang tersembunyi disebalik tangga. Adam tersenyum sendirian saat menyedari anak lelakinya selamat disitu. Tiada sesiapa akan menyedari kewujudan almari itu tanpa melihat kawasan tersebut dengan teliti.
YOU ARE READING
For All Eternity
Fantasy𝑇𝑎𝑡𝑘𝑎𝑙𝑎 𝑢𝑚𝑢𝑟𝑛𝑦𝑎 𝑙𝑖𝑚𝑎, 𝑑𝑖𝑎 ℎ𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑔𝑎𝑙𝑎-𝑔𝑎𝑙𝑎𝑛𝑦𝑎. 𝑆𝑒𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑘 𝑖𝑡𝑢, ℎ𝑎𝑡𝑖 𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑛𝑎𝑘-𝑘𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑝𝑎𝑡𝑢𝑡𝑛𝑦𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑢ℎ 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑔𝑒𝑚𝑏𝑖𝑟𝑎𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖...