Redup pandangan Kheairil kepada Aifa. Aifa masih terbui dek mimpi. Kalau dah bangun dengan belum bangun nanti tak tahu realiti yang mana satu pula. Kheairil Affan yang berfikiran tak berapa nak panjang tu terus baring di sebelah Aifa. Nasib baik dia tak rampas selimut dengan bantal. Dengan posisi badan mengiring berhadapan dengan Aifa. Tangannya memberi tindak balas laju menyetuh hidung Aifa sambil ketawa kecil. Tidur mati tak sedarkan diri sendiri Aifa ni.
"Aku pun tak tahu kenapa aku benci sangat kat kau dulu. Aku pun tak tahu perasaan aku yang paling latest dekat kau. Tapi kalau dengan kau, aku pun tak tahu kenapa aku rasa tenang. Aku pun tak tahu bila tengok muka kau buat aku rasa sejuk. Aku pun tak tahu kenapa." Kheairil merenung dalam-dalam wajah isterinya.
__________________________________________
Cuaca kian cerah dek pancaran sang suria. Jam sudah 6.40 pagi. Kheairil dan Aifa masing-masing tidak sedarkan diri. Amboi! Lena betul tidur dalam pondok kayu tu eh. Sedar tak sedar jasad Aifa betul-betul berada di sebelah Kheairil. Kalau jiran nampak ni, mahu kena paku. Dah nak habis subuh oi!
"Bukk!" Aifa yang berada di separuh dunia realiti dan separuh di alam mimpi terkejut dan bangun menghadiahi Kheairil sebuah tumbukan hebat di perut. Nauzubillah! Bunyi dia rasa macam nak terkeluar segala isi perut. Nasib kau lah Kheairil! Siapa suruh datang tak tinggal jejak.
"Woi! Uhuk uhuk uhuk!" Terbatuk-batuk Kheairil dibuatnya. Senak dia rasa macam tak boleh makan setahun.
"Apa kau buat ni? Nak bunuh aku ke?" Sambung Kheairil lagi dengan nada suara masih bersisa batuknya.
"Awak okay tak? Mana lah saya tahu awak ada sebelah saya. Saya ingatkan siapa tadi. Mana lah tahu perompak ke kan?" Aifa kelam kabut memeriksa perut Kheairil sambil sebelah tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Ada ke perompak nak tidur sebelah kau? Nak buat tu, tengok dulu kiri kanan boleh tak? Ni main redah je." Sambung Kheairil lagi. Nasib baik lah Aifa ni perempuan. Bukan setakat perempuan (isteri).
"Saya mintak maaf. Tak sengaja." Mendatar suara Aifa.
Kheairil bingkas bangun dari pondok kayu itu dan terus meninggalkan Aifa. Aifa masih tercegat di situ. Rasa bersalah dia menggunung oi! Sumpah, itulah tumbukan paling kuat dia pernah lepas seumur hidup. Aifa ni memang sejenis 'minah latah' dari zaman tadika lagi. Kalau dia latah, bukan mulut yang banyak cakap. Tangan dia tu yang akan gerak 320 km/h.
__________________________________________
Pada jam 8.20 pagi, arus eletrik di rumah Kheairil sudah siap dibaiki dan lancar seperti biasa. Sejak selepas subuh tadi, Kheairil lansung tidak menegur Aifa. Selesai orang yang datang membaiki itu pulang, Aifa masuk ke dapur untuk minum. Terasa haus tekaknya.
Aifa mengambil satu gelas kaca dan menuang susu untuk diminum. Dari jauh dia memerhati Kheairil yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Entah la menonton ke apa tu, sekejap tukar siaran tu, sekejap tukar siaran ni. Aifa membancuh satu cawan coffee dan meletakkannya berhadapan dengan Kheairil.
"Awak minumlah coffee tu. Awak mesti haus kan?" Tanya Aifa sebagai modal ingin menegur Kheairil.
Kheairil membisu lama.
"Aku tak mati tadi? Kau cuba nak letak racun pulak ke?" Tanya Kheairil serkap jarang. Isteri kau lah. Mustahil dia nak bunuh kau! Haih.
"Pasal tadi saya nak mintak maaf. Seriously, saya tak perasan yang itu awak." Aifa menafi dengan penuh kesungguhan.
Kheairil kembali membisu. Aifa melabuhkan punggung di sofa bersebelahan Kheairil. Tujuan ingin berbaik.
"Awak tak kerja ke harini?" Aifa hairan melihat keadaan Kheairil yang bersahaja.
YOU ARE READING
Pengorbanan
Romance"Tadi bukan main lagi cakap pasal Kirana Zirane bagai. Pastu, tetibe lak nak suruh aku datang dekat dia. Dia lupa ke apa yang dia baru maki hamun aku tadi. Aku nak mogok pun dah tak boleh. Jujur, aku tak paham lansung apa yang ada dalam kepala dia...