Di dalam sebuah bilik gelap
Ada suara yang sedang meratap
Sakit hati direntap-rentap
SenyapLimpahan air dari empangan mata
Bocor lagi
Kali ini tentang hati yang dipijak mati
Lagi dan lagi
Tanpa kompromi tanpa belas kasihani"Menangislah sayangku." Ujarnya
Kerana ianya percuma
Ia penawar hatimu yang duka
Ia akan membuat kau hidup semula"Usah bersedih sayangku." Pintanya lagi
Tangisan bukanlah sebuah nyanyian hati
Malah, bukan irama indah untuk kau terus hayati
Tapi untuk kau bingkas berdiri
Mengesat kedua pipi
Dan teruskan berlari
YOU ARE READING
Sehari Selembar Puisi
PoetryMinda setumpul bilah Diasah bersama perahan limau Mengelar bait bait sepi Tajam dan sinis