BAB 1

91 0 0
                                    

MEDIA : SHARIFAH ALIYA BATRISHA

"MALAYSIA! Tanah airku!," jerit Shila.

Shila dan sahabat baiknya, Batrisha baru sahaja menjejakkan kaki mereka di tanah air tercinta. Selama 5 tahun mereka menuntut ilmu di rantau orang.

"Kau ni dah kenapa? Keruh beno muka kau tu? Teringatkan orang jauh ke,Shaa ?," soal Shila berbaur mengusik.
Shila selesa memanggil Batrisha dengan panggilan Shaa sahaja. Lebih mesra.

" Orang jauh? Sapa pulak? Pelik-peliklah hang ni.Sudahlah jom kita balik. Tak sabaq aku nak jumpa mummy aku. Rindu masakan dia. Hahaha," jelas Shaa seraya mengukir senyum yang dibuat-buat.

" Hahaha. Ni kau balik Kedah terus ke? Ke kau nak follow aku balik rumah Mak Ngah aku ?," soal Shila.

Shaa memikirkan tentang cadangan Shila.

'Hari dah malam sangat ni. Bahaya kalau aku drive sorang-sorang ni. Takpelah esok jelah aku balik ke Kedah. Tak lari mummy tu,' desis hati Shaa.

" Aku ikut hang balik rumah Mak Ngah hanglah.Esok baru aku balik Kedah.Apa macam cun tak plan aku?," jawab Shaa lalu bertanya dengan pendapat sahabat baiknya, Shila.

" Cun-cun. Sebelum kau balik tu, boleh hantar aku kat KL Sentral tak? Aku nak balik Sungkai. Aku nak jumpa mak akulah. Dah lama tak jumpa dia," ujar Shila.

"Hmm. Boleh. Tapi kena bayar upah aku drive hang sampai sana. Boleh?," usik Shaa.

Muncung sedepa bibir milik Shila. Shaa memang suka mengusik Shila.

" Alololo muncung tu dah semeter aku tengok. Aku gurau jelah ," pujuk Shaa.
Shila hanya mengukirkan senyuman.

...

MEREKA mengatur langkah ke parking kereta. Mini Cooper berwarna merah gah itu menarik perhatian Shila.
Perlahan-lahan Shila mengatur langkah ke arah lereta itu.

" Kalaulah aku dapat kereta ni. Mesti best kan ?," kata Shila sambil mengusap-usap kereta idamannya itu.

Shaa hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat telatah sahabat baiknya itu.

Tiba-tiba " Woii !! Kau nak buat apa ya Dengan kereta aku tu ? Nak mencuri ke ?," marah seorang gadis. Lingkungan 20-an.

Terpaku Shila dan Shaa mendengar suara milik gadis itu. Berlari anak gadis itu mengatur langkah ke arah mereka.

" Bapak kau takde duit ke nak beli kereta ?Maklumlah orang miskinkan ?," perli gadis itu dengan nada yang sinis.

Membara api kemarahan Shila apabila gadis itu mempersendakan abahnya.

" Apa masalah kau sebenarnya hah ?! Sampai main bapak-bapak ni ?! Kau tu yang miskin. Sampai baju pun tak cukup kain. Ingat apa aku nak cakap ni kalau kau setakat nak bergaya atas duit orang baik tak payah," marah Shila.

Terkelu lidah Shaa apabila Shila berani melontarkan kata-kata itu tadi.

Lantas Shaa menyampuk, " Dahlah Shila. Jangan nak dilayan orang yang tak cukup akai ni. "

Makin membara kemarahan gadis itu.
Shaa dan Shila melangkah menuju ke kereta BMW Series 4 milik Shaa.

Pagi tadi Shaa sempat menyuruh Pak Qassim menghantar kereta miliknya di lapangan terbang. Senang dia hendak bergerak.

Shaa lebih suka memandu sendiri daripada mempunyai seorang driver.

'Siap korang kalau aku jumpa korang lagi,' desis hati gadis itu.


Hey ! Si Pencuri HatiWhere stories live. Discover now