BAB 4

29 0 0
                                    

MEDIA : SYED ADAM IDRUS

ADAM melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi. Dia memicit kepalanya. Terlalu banyak masalah yang dia fikirkan kebelakangan ini.

Tuk ! Tuk ! Bunyi ketukan itu dibalas " Masuk."

" Kau okay tak ni? Ke kau nak aku hantar ke klinik?," soal kawan karibnya, Syaqif.

Soalan Syaqif hanya dibalas dengan gelengan. Tiba-tiba seorang wanita menceroboh masuk ke dalam pejabat Adam. Personal assistant Adam, Dina cuba menghalang wanita itu tetapi gagal.

" Takpalah, Dina. Syaqif boleh kau keluaq sat tak?," pinta Adam

Wanita itu hanya tersenyum sinis memandang Syaqif dan Dina.

                                    ...

KRING!
Bunyi loceng menandakan ada orang yang mahu turun atau menaiki bas. Sekarang Shila berada di Felda Recidence aka Resort. Dalam 3-4 minit dia akan tiba di Klah Baru, Sungkai.

Bas bergerak lagi.Kini tibalah giliran Shila menekan loceng untuk dia sampai ke destinasinya.

Bas bergerak perlahan lalu berhenti. Shila menuruni anak tangga bas itu penuh berhati-hati. Kalau terpelecok malunya nanti. Tambahan lagi dia memakai heel.

" Amboi dah besar panjang ya, Shila. Lain benar muka kamu tu. Makin cantik," sapa Cik Piah.

Shila hanya tersenyum mendengar pujian daripada Cik Piah. Lantas dia menjawab,"Hahaha. Ada-ada saja Cik Piah nih. Okaylah, Shila nak balik dulu. Nak jumpa mak, rindu."

Shila berlalu meninggalkan Cik Piah di warung berhampiran perhentian bas. Dia mengatur langkah menuju ke rumah pusaka neneknya.

                                   ...

KELIHATAN ramai orang berkurumun. Seakan-akan ada kemalangan yang terjadi. Lantas Shaa berlari ke tempat tersebut untuk melihat apa yang berlaku.

Memang sah. Kemalangan baru sahaja berlaku. Melibatkan seorang wanita yang telah diragut. Wanita itu cuba menyelamatkan handbagnya, dia telah diseret atas jalan raya oleh peragut  dan keadaannya amat kritikal.

' Ya Allah jauhkanlah kejadian yang tidak diingini berlaku pada diriku ini. Lindungilah hamba-Mu ni,' doa Shaa dalam hati.

Shaa mengatur langkah ke arah surau untuk menunaikan kewajipannya ke hadrat Ilahi.

Usai solat, bagi mengalas perut Shaa pergi ke sebuah kedai runcit untuk membeli roti dan air mineral. Lantas dia menuju ke arah kenderaannya.

Hey ! Si Pencuri HatiWhere stories live. Discover now