BAB 5

26 0 0
                                    

MEDIA : SYAQILLA IZZATY

YOU tak sihat ke? Nak I bawak you ke klinik ke?," soal Qilla kepada Adam dengan nada menggoda.

Kehadiran Qilla sangat tidak disenangi oleh para pekerja ADAM SKY AIRWAYS. Sehingga para pekerja di syarikat itu menggelarkannya witch. Manakan tidak, setiap kali berkunjung ke syarikat ini, mesti dia mengenakan lipstic berwarna merah. Baju janganlah dicakap, bagaikan tak cukup kain. Ditambah lagi dengan perangai Qilla itu suka benar memarahi para pekerja di syarikat itu.

" It's okay. Thanks cause care about me. So, apa tujuan utama you nak jumpa I nih? If I forgot something? Huh? Tell me. Come on," perli Adam seakan-akan memahami kehadiran Qilla ke syarikatnya.

Qilla berjalan ke arah Adam dengan penuh menggoda. Dia yakin pasti Adam akan tergoda dengannya harini.
Sengaja dia memakai mini skirt atas lututnya dan baju yang agak ketat.

Adam hanya memandang ke arah Qilla. Kosong. Dia tidak pernah tertarik dengan perempuan itu.

Seribu satu cara wanita itu cuba menarik perhatiannya. Namun, gagal. Dia memerlukan seorang isteri bukan seorang supermodal.

" I still loving  you. I can't live without you, dear. I really need you now. Trust me. Give me one more chance," pujuk Qilla sambil memandang ke arah Adam.

Adam tidak memandang ke arah Qilla. Takut si witch bertindak lebih agresif. Jari Adam pantas mendail pondok pengawal.

"Masuk ke bilik saya sekarang," perintah Adam.

Ketukan pintu membataskan perbualan antara Qilla dan Adam. Dua orang pengawal itu memasuki pejabat yang serba mewah ini. Mereka telah bersedia untuk menerima arahan daripada Adam.

" Bawa perempuan nih keluaq dari office saya. Lagi satu jangan biarkan dia nih masuk ke dalam syarikat ini lagi," kata Adam sambil menunding jarinya ke arah Qilla.

Qilla merengus kasar. ' Tunggulah, Syed Adam Idrus. Aku akan pastikan kau jatuh ke dalam tangan aku jugak,' desis hati Qilla.

                                   ...

"MUMMY !," jerit Shaa sebaik tiba ke rumah yang gah ini.

Tengku Faizah berlari ke arah Shaa, dia memeluk anak gadisnya itu dengan rasa penuh kerinduan.

" Rindunya mummy dekat Shaa ni. Amboi makin putih je. Yelah dah lama duduk kat negara empat musim kan? Hahaha. Ni Shaa dah makan belum?," soal Tengku Faizah dengan penuh kasi sayang.

Shaa hanya mengelengkan kepalanya.

" Good ! Nih mummy ada masak tomyam seafood. Your favourite food. Tapi boleh ke Shaa makan masakan Melayu nih? Manalah tahu kot-kot citarasa Shaa pun dah berubah," perli Tengku Faizah.

" Kenapalah mummy cakap camtu? Walaupun dah bertahun Shaa duduk di rantau orang tapi masakan Melayu still number one," jelas Shaa sambil mengatur langkah ke arah tangga.

" Okaylah mummy, Shaa nak masuk bilik. Nak rest kejap. Penat drive jauh-jauh nih. Nanti gerakkan Shaa tau," sambung Shaa lagi.

                                  ...

AIR mata Shila mengalir dipipi saat dia melihat wajah maknya sedang menunggu kepulangannya. Sepantas kilat, Shila berlari dan mendakap tubuh mak kesayangannya.

Maknya itulah menjadi sebab dia tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-citanya. Dia ingin memberi kesenangan kepada mak yang banyak berkorban demi dirinya. Tidak akan dia melupai pengorbanan itu sehingga dia menghembus nafas terakhir.

" Mak, Shila balik nih. Mak, Shila rindu sangat dekat mak. Mak sihat? Mak masak apa? Laparlah," kata Shila bertubi-tubi.

"Alhamdulillah. Sihat. Hahaha. Tahu perangai anak mak nih. Dah jum masuk, mak dah masak lauk kegemaran Shila. Masak lemak pucuk ubi," ujar Puan Zaleha, mak Shila.

Shila mengenggam tangan maknya sambil mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

                                    
                                       ...

SHAA menuruni tangga dengan penuh berhati-hati. Kakinya melangkah ke dapur untuk makan malam bersama keluarganya.

Hampir penuh meja dengan lauk-pauk yang disediakan oleh Mak Esah dan mummynya. Tomyam seafood menarik perhatiannya.

Kelihatan Syed Zakaria dan Adam mengatur langkah ke arah Shaa yang sedia duduk di atas kerusi. Mummynya leka mencedok nasi lalu diletakkan ke dalam pinggan satu persatu.

Usai membaca doa makan, mereka terus menjamu selera bersama Mak Esah. Mak Esah sudah dianggap sebahagian daripada keluarga ini, disebabkan Mak Esah telah lama berkhidmat dengan keluarga Syed Zakaria.

" So, what's weather there?," soal Syed Zakaria selepas menghirup kopi o' buatan  Mak Esah.

" Hahaha. Salji lah daddy. Sekarang kan bulan Januari," jawab Shaa sambil ketawa.

" Abang Adam okay ke nih? Pucat je tu. Ada masalah kat office ke? Dah makan ubat?," soal Shaa tanpa henti.

Risau. Abang Adam tidak seagresif dulu yang kuat menyakat dan memerli Shaa. Ada saja yang akan dicomplain oleh Abang Adam.

'Mungkinkah Abang Adam menyorok sesuatu daripada pengetahuan aku ke? Apakah rahsia yang Abang Adam sorokkan? Secretive person,' desis hati Shaa.

Hey ! Si Pencuri HatiWhere stories live. Discover now