Perkara yang betul-betul buat kau rasa kesal ialah,
apabila kau tak mampu mengawal diri .
Tidak kira kau sedang marah,
Atau kau sedang diselubungi rasa nafsu yang bergelora.
Semua tahu nafsu bukan boleh dihentikan.
Kerana engkau pun tahu nafsu itu datang dari kehendak hati kau sendiri.
Bila nafsu sudah goyah,
kau mula tidak tentu arah.
Nafas kau makin tersekat-sekat.
Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Kau tahu nafsu itu satu fitrah.
Sama ada digunakan untuk perkara yang negatif,
sememangnya bersalah.
Kau tahu satu sahaja cara untuk mengawal nafsu kau.
Iman dalam hati.
Hati tanpa iman seolah bunga tanpa air.
Kau kena faham bila bunga tanpa air , pasti layu.
Cuba kau siram bunga itu, ia mekar kan?
Kau perlu bijak.
Bukan semua perkara dalam dunia ini boleh bertindak dengan nafsu yang menggila.
Kukuhkan iman kau.
Letak batu-batu di sekeliling iman kau supaya tak mudah diroboh.
Pastikan iman kau tak serendah nafsu kau.