Kau tahu perkara yang paling menyakitkan bila kau kejar orang yang tak pernah pandang kau.
Pertama kali kau jatuh suka pada dia.
Kemudian berganti dengan rasa sayang yang menggebu.
Sumpah, kau tak boleh tepis perasaan yang makin bergelora.
Kau buat pelbagai cara semata-mata untuk tarik perhatian dia.
Bila dia beri reaksi walaupun sedikit,
kau melompat bagai nak gila.
Sedangkan dalam hati dia -
entah menyampah atau benci.
Mana maruah kau sebagai perempuan?
Mana rasa malu kau sebagai perempuan?
Tinggikan harga diri kau sebagai perempuan.
Kau tak perlu jual diri dengan harga yang paling murah untuk dapatkan perhatian dia.
Kau tahu bila kau sudah tewas dalam perasaan kau semata-mata untuk cinta dia,
sakitnya di hati kau, kau tak mampu untuk rawat.
Kau tahu berpuluh-puluh lelaki dalam bumi.
Bukan dia seorang sahaja yang hidup.
Kau kena bangkit.
Lepaskan dia pergi dari hati kau.
Berhenti berlari untuk kejar dia.
Kau tahu tak? Kau sedar tak?
Kau layak dapat yang terbaik.
Maksud aku -
Bukan kau yang terkejarkan dia.
Tetapi dia sendiri yang berusaha untuk dapatkan kau.