Audi

22 1 0
                                    

" Syaa, aku takut lah nak masuk audi ni... Dah laaa group aku mostly lelaki.. Lain course pulak tu.. Mana lah aku kenal sesiapa pun dalam group tu... Habis lah aku nanti.. Malu lah.." Aku bercakap bagaikan tiada hari esok untuk aku..

Syaa di sebelah hanya ketawa mengekek melihatkan telatah aku yang kelam kabut dan cuak tak tentu pasal..

Yes.. That's me..
The Clumsy One..

Bismillah aku baca dengan perlahan. Aku rasa jantung aku berdegup dengan kuat sampaikan aku rasa susah nak bernafas.

Aku terus melangkah masuk pintu utama Auditorium itu diiringi oleh Syaa yang masih setia berada di sebelah ku...

" Syaa, mana group ko? Dah jumpa?"

" Haaa, kat sana tu.. Aku nampak Dila ada. Dia sekali dengan aku" Syaa membalas sambil menunjuk le arah Dila di sudut sebelah kiri audi.

" Best lah kau. Ada Dila. Aku jugak yang terkontang-kanting nanti"

" Rileks lah Yaaaa... Nanti kau jumpa lah kawan baru dalam group kau tu nanti. Dah tau ke mana seat kau?"

" Tu Khai, agaknya kat situ lah kot. Aku satu group dengan dia. Aku gerak pergi sana dulu laa. Nanti rehat kita jumpa"

" Okey dear... Take care.."

Khai sekelas dengan aku dari sem 1 sehingga sem 6... Walaupun 3 tahun kami sekelas tapi kteorang kawan biasa sahaja... Tak rapat mana.. So, aku still rasa awkward... hurmm

Perlahan aku hayunkan kaki melangkah ke arah group aku.. Tuhan jer yang tau betapa berdebarnya hati aku masa tu. Tapi aku nekad, Yaa yang dorang kenal selama 6 sem ni bukan Yaa yang sama waktu induksi lima hari ni...

Aku nak berubah...

DiaWhere stories live. Discover now