Inspektor Suhaimi, menghentikan Proton Preve berwarna merah miliknya. Diletaknya sahaja ditepi jalan, berdekatan dengan lorong kecil tempat kes kejadian. Diambilnya badge polis yang tersimpan di dalam laci hadapan. Disimpan kemas ke dalam poket kirinya.
Dibuka pintu kereta. Ditutupnya perlahan dan terus berlari masuk ke kawasan yang bertali plastik bertanda 'JANGAN MASUK' berwarna kuning. Masuk sahaja ke dalam kawasan kemalangan itu, seorang anggota polis berwajah bengis terus mendekatinya.
"Inspektor Muhammad. Boleh saya tahu dimana kereta itu berada?", beritahu Inspektor Suhaimi sambil menghulurkan badge kepadanya. Dia melihat tag nama yang tertera nama Muhammad di dadanya.
"Oooh kau mesti inspektor yang dihantar oleh ibu pejabat daripada bahagian jenayah dan forensik", duga Inspektor Muhammad. Tidak menyangka ibu pejabat di Kuching sanggup menghantar seorang polis untuk melihat siasatan disini.
"Ya, ibu pejabat hantar saya ke sini. Nak jenguk-jenguk sikit kawasan ini", inspector Suhaimi menjawab sambil melemparkan senyuman. Ingin menghilangkan keraguan polis berpangkat inspektor dihadapannya akan sebab utama dia berada di sini.
"Tuan, boleh saya tahu, kes seperti ini memang selalu berlaku disini? Saya orang baru sini, berpindah daripada Ibu Pejabat Kota Kinabalu, minggu lepas baru datang sini", beritahu Inspektor Suhaimi tanpa ditanya. Mereka berjalan beriringan menghampiri sebuah semak, dimana sebuah Perodua Iriz sedang tersadai.
Beberapa orang anggota forensik sedang sibuk mengambil itu dan ini di kereta yang tersadai di semak. Kebanyakan barang kecil milik mangsa diletakkan dalam plastik. Inspektor Suhaimi, yang kira-kira dalam umur 40 lebih melangkah perlahan memerhati sekeliling kawasan itu.
Kereta itu seperti 'lekat' disebalik semak. Dibawah sebuah pokok besar sebesar pemeluk. Dilihatnya lorong kecil dilaluinya tadi. Tidaklah terlalu kecil. Apa yang peliknya, kenapa kereta itu boleh berada di situ? Apalagi sampai melencong ke kawasan lorong sempit yang dipagari pokok-pokok besar.
"Apa yang peliknya tentang kes ini. Kemalangan biasakan", sengaja Inspektor Suhaimi menduga.
"Sinilah", Inspektor Muhammad mengiringinya ke tempat letaknya dua plastik hitam yang selalu digunakan untuk membungkus mayat. "Kalau mengikut anggaran daripada bahagian foresik, kemalangan berlaku malam semalam, kira-kira pukul 10 malam. Sampai sekarang sudah 13 jam, baru kami jumpa kereta ini. Cuba encik tengok mayat pasangan ini, apa pendapat encik? ".
Ditariknya sedikit bungkusan itu, wajah seorang lelaki yang nampak. Mukanya pucat dan hanya tinggal kulit yang melekat pada tulang mukanya. Wajahnya menampakkan ekspesi takut dan terkejut dalam masa yang sama, seolah-olah tubuhnya mengeras ketika kemalangan.
"Tuan, saya dah jumpa banyak kes di Kota Kinabalu. Tapi saya tak pernah jumpa mayat seperti ini. Saya yakin semua mayat itu sama, secara biologi, sistem mati badan itu sama", jelas Inspektor Muhammad. Menutup kemas bungkusan itu. Simpati dengan nasib pasangan tersebut
"Saya diberitahu yang seorang lagi isteri dia. Rupa dia macam itu jugak ke?", tanya Inspektor Suhaimi ingin tahu.
"Ya tuan, kedua-duanya menampakkan reaksi muka yang sama. Ahli forensik menjelaskan yang memang tiada tanda-tanda kematian mereka secara terhantuk malah mereka tiada menampakkan apa-apa kecederaan", ujar Inspektor Muhammad lalu menghulurkan kamera yang diperolehnya daripada anggota forensik. Ditunjuknya gambar asal mayat-mayat itu ketika berada di dalam perut kereta.
Pasangan itu seperti ketakutan. Pucat lesu, tangan mereka berada di depan, seperti menahan sesuatu daripada mendekati.
"Hmmm.....cara kematian hampir sama. Struktur kulit mayat juga sama. Apa sebenarnya yang berlaku ni?", bisik hati kecil Inspektor Suhaimi. Ibu pejabat di Kuching telah diberitahu oleh Ibu pejabat di kawasan Sri Aman tentang kes ini. Ketua jabatan telah meminta Inspektor Suhaimi untuk melihat kawasan itu.
Dia masih teringat akan berpuluh-puluh gambar-gambar mayat yang ditunjukkan kepadanya. Hampir kesemuanya dalam keadaan ngeri. Tetapi semuanya memiliki persamaan yang sama. Kulit mereka yang putih pucat. Darah mereka kebanyakan kering, air dalam badan juga sudah tiada.
"Seperti cara Dracula", ujar Inspektor Muhammad jarinya menunjuk ke arah gambar mayat yang duduk dalam kereta.
"Dracula hisap darah dengan mengigit, dia hisap pun sedikit. Tapi ini langsung tiada gigitan, dan mayat mereka seperti kering-kontang", ujar Inspektor Suhaimi. Membidas sedikit teori Inspektor Muhammad yang hampir betul. Kaedahnya sahaja sama.
Tengkuk Inspektor Suhaimi meremang tiba-tiba, matanya liar melihat sekeliling. Dia yakin ada orang asyik memerhatinya daripada tadi. Terus berpaling ke belakang. Matanya melilau ke sekeliling. Pada hutan Madura.
"Inspektor Muhammad, lebih baik disiapkan cepat kes ini dan balik sebelum malam", arah Inspektor Suhaimi sambil melihat segala data hasil siasatan. "Selesai nanti, saya nak hasil siasatan ini dihantarkan terus ke Kuching. Lagi satu, saya nak jenis darah mangsa-mangsa ini juga.
Inspektor Muhammad menggangguk faham.
YOU ARE READING
MEMORI
Mystère / Thriller4 orang pelajar daripada universiti tempatan di Semenanjung Malaysia yang pergi ke Sarawak atas sebab kajian yang mereka perlu buat tentang aspek etnik dan struktur masyarakat di situ. Bagi menjayakan projek mereka-Aziz, Afieq, Ain dan Atiqah telah...