Pada keesokan harinya, mereka bangun pagi.
"Bangun.."
Secara automatik, Leo tersedar dan terus bangun. Mata sepet. Wahh.
Sementara di dorm maknae line, Hongbin yang baru bangun dari tidur panjang terus work out. Wahh, patutlah sado sangat Hongbin ni. Hyuk yang sedar Hongbin sedang work out, mulalah keluar tanduk nakalnya. Muahaha.. Dia pun terus duduk di atas Hongbin.
Gedebusshh!
Bagaikan pizza yang jatuh ke atas lantai! Kesian Hongbin.
"Yahh. Hyuk ingat Hyuk tu ringan ke? Sakit belakang hyung" Hongbin menggosok-gosok belakangnya. Hyuk masih ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia. Pagi-pagi dah buat hal. Hongbin pun berjalan.. Ehh, bukan berjalan tapi merangkak. Seram. Macam dalam cerita hantu pula. N yang baru keluar dari biliknya terkejut melihat Hongbin yang sedang merangkak.
****
Setelah semua ahli bangun, masih ada yang tak buka mata lagi rupanya. Lagi-lagi Ravi, kepalanya menunduk ke bawah. Ken dengan kenakalannya mengangkat muka Ravi ke atas semula. Eh, Ravi menunduk semula. Ken angkat lagi, dia menunduk semula sampai akhirnya Ravi tersedar dengan sendirinya.
"Okay. Hari kamu semua perlu buat satu permainan sementara menunggu makanan siap" Kata pengurus mereka. Mereka yang tidak tahu apa-apa berpandangan antara satu sama lain.
"Hyung, apa kata kita main basketball? Siapa yang kalah dia kena denda"
"Kita main gusti lengan."
"Aniya. Kita main basketball"
"Gusti lengan"
"Basketball"
Seakan-akan mahu bergaduh antara Hyuk dan Hongbin.
"Ehh, tak payah nak bergaduh sangatlah Double H."
Eh, tiba-tiba sesuai pula nama yang diberi oleh Ken. Bijak juga Ken rupanya. Tengoklah bias siapa. Muahaha..
"Bukan Double H, tapi HyHo. Hahahaha"
Pandai Ravi membahan Hongbin dan Hyuk. Sememangnya Ravi dan Ken ketua segala ahli yang paling 'gila-gila' dalam VIXX. Mereka pun high five tanda kejayaan. Hahaha.
N pun membuat keputusan untuk bermain permainan sorok-sorok. Macam budak-budak betul -,-.
"La la li tam lom"
"Harr.. Leo hyung jadi. Kira sampai 100 ya."
Setelah mendengar kata-kata Hyuk, Leo mula mengira tetapi dengan sifir lima.
"Hyung! Mwoya. Mana aci"
"Apa aci-aci? Aci dekat rumah dia lah. Dah cepatlah menyorok sebelum hantu sorokkan korang."
"Okay. Tapi syarat kedua, hyung kena tutup mata"
"Apa-apa sajalah. Palli."
Ravi pun menutup mata Leo dengan menggunakan sehelai kain.
"Kain apa ni?" soal Leo.
"Kain Ravi hyung lap air liur basi masa tidur."
"Yahh! Suka hati kata orang. Jangan dengar kata dia hyung. Nonsense."
Ahli lain ketawa mendengar lawak Hyuk. Leo pun mula mengira.
"5.. 10.. 15.. 20.. 25.. 30.."
Leo teruskan pengiraannya seperti budak kecil yang baru belajar mengira. Mereka pun menyorok di merata-rata tempat.
"65.. 70.. 75.. 80.. 85.. 90.. 95.. 100"
Leo dengan mata yang tertutup menggapai-gapai tangan seperti bayi menggapai tangan yang mahukan susu. Kyeopta. Sampai disuatu sudut, Leo dapat merasakan sesuatu. Terdengar suara orang bernafas.
"N?"
Hanya suara seperti orang tergelak. Apabila Leo membuka sedikit ikatan pada matanya, rupa-rupanya orang itu managernya.
"Ohh, jeongseoham-nida. Patut lain macam." Leo hanya tersenyum dengan senyuman manisnya.
Apabila dia mencari-cari lagi, lagi seorang dia terpegang. Pada mulanya Leo betul-betul hampir pada Hongbin tetapi Hongbin mengelak. Sekarang, Leo telah memegang Ken. Dia menilik-nilik sampai ke muka Ken, dan pada bahagian muka Ken, Leo menyentuh hidungnya. Kedengaran Leo tergelak.
"Ken-ssi"
Sungguh tepat jawapan Leo itu. Mereka pun keluar dari tempat persembunyian mereka. Ada yang keluar dari bawah kerusi, ada yang keluar dari sebalik pintu. Kreatif betul tempat persembunyian mereka. Mereka pun memikirkan hukuman apa yang hendak diberikan kepada Ken. Tiba-tiba Hongbin bersuara,
"Kita suruh Ken hyung menari lagu Miss A, Hush."
Nampak semua orang pun setuju dengan cadangan Hongbin. Ken terus berdiri dan MUZIK!
"Hush, hush baby.."
Wahh, hebat betul Ken menari. N yang melihat tarian Ken pada mulanya okay sekarang berubah 360 darjah menjadi tarian lain terus membaling bantal kepada Ken. Ravi yang turut ikut sama menari turut dibaling bantal.
Tidak lama kemudian, sarapan mereka pun siap. Mereka menuju ke tempat makan untuk makan.
YOU ARE READING
VIXX DORM
FanfictionVIXX DORM mengisahkan tentang kehidupan 6 orang idol di dorm mereka! Sambungan daripada kisah SIX POPULAR BOY LIFE STYLE!