Tangan Nisa yang sebelah kanan lincah bergerak mengikut putaran jam, membancuh air untuk diminumnya sambil sebelah kiri tangannya pula kejap memegang majalah. Multitasking! Membaca sambil membancuh air. Jimat masa sungguh Nisa ni. Leka betul dia membaca majalah di tangan tanpa menghirau keadaan disekelilingnya...
"Kahwin jugak Lina Suribubuhani ni, dengan Yusrizal pulak tu. Untunglah perempuan cantik memang selalu kahwin dengan lelaki kaya." Nisa memberi komen yang tak ada sesiapa pun minta dia komen. Sudahlah skeptikal betul komennya. Apa ingat orang lawa-lawa saja yang boleh dapat suami kaya, hensem?
Erm, macam betul je.
"Hurmm, nanti kalau aku kahwin... future hubby aku hensem tak?" Nisa menyoal dirinya sendiri. Kepalanya memandang siling pantri, seolah-olah tengah membayangkan masa depannya. Betul cakap Fatehah, minah ni memang suka betul berangan! Tapi normal la tu, orang perempuan memang suka berangan pasal masa depan, ya tak?
Macamlah boleh nampak muka future husband dia dekat siling yang dia tengok macam nak tembus. Apa dia ingat siling tu mangkuk air tempat tilik nasib? Nasib baiklah dia sorang sahaja yang ada dekat pantri masa tu, kalau tidak mahu officemate dia label Nisa ini minah gila! Cakap seorang diri sambil tengok siling.
"Nisa, tolong bancuhkan air kopi secawan untuk I." Tiba-tiba sahaja suara bosnya, Waqif muncul ketika dia sedang leka mengelamun.
"Ooo mak kau. Bancuh sendiri tapi aku tolong bancuh!" Mulut Nisa ringan sahaja termelatah. Spontan majalah di tangan dituju ke arah bosnya. Nisa tergamam seketika dengan perbuatan spontannya, cepat-cepat ditutupnya mulut dia dengan kedua-dua belah tangannya.
OMG!
"Nasib baik I sempat mengelak, tidak mahu biol kepala I terkena majalah Wanita yang tebal ni," usik Waqif sambil matanya melirik ke majalah Wanita yang dah selamat terlangkup di atas lantai. Dia ketawa kecil melihat tingkah Nisa yang dia rasa lucu, melatah macam mak nenek. Nenek dia pun tak melatah tau! Tak sangka pula dia pekerjanya yang seorang ni kaki melatah.
Nisa mengurut perlahan dadanya apabila melihat bosnya sempat mengelak balingannya tadi. Itu kalau terkena dahi bosnya memang ada yang kena pecat esok ni! Kus semangat... terasa semput betul dadanya. Tak terasa langsung oksigen yang disedutnya. Dalam pada terasa nafasnya hampir putus itu sempat lagi Nisa menangkap yang bosnya sedang mentertawakannya.
Bibirnya diketap perlahan. Nasib baik kau hensem!
"Err, bos... ampun. Saya tak sengaja tadi. Terkejut... sorry bos." Muka penuh seribu penyesalan Nisa tayangkan pada bosnya... kononnya nak meraih simpati. Tangannya dirapatkan kedua-dua belah sama seperti rakyat jelata zaman melayu Melaka tengah sembah Sultan.
"It's ok. Salah I jugak . Buat ambush mengejut dekat you."
Tahu takpe!
"Err, bos nak apa tadi?" Nisa menyoal kembali tujuan asal bosnya.
"Oh, tolong bancuhkan I air kopi secawan." Waqif melemparkan senyuman mesra kepada Nisa.
Sentap hati Nisa melihat senyuman macho bosnya itu. Hot Bachelor of the year senyum dekat dia. Walawei... I'm the jackpot winner! Macam itulah Nisa rasa masa tu. Overhelming? Hiperbola? Sangat! Nisa yang masih lagi dalam mode terkejut terus menjawab, "Ok bos."
"I nak mineral water sebotol sekali."
"Ok bos." Nisa mengangguk kepalanya laju sekali. Rupa macam burung belatuk pun ada. Sebaik saja bosnya berlalu Nisa terus menampar lembut pipinya.

YOU ARE READING
NOVEL KAU JELITA
RomanceNovel Kau Jelita adalah novel pertama saya! Yeahh diterbitkan oleh Idea Kreatif Publication pada Oktober 2014. Genre romantik-komedi tapi dos komedi rasanya terlebih taruh. Boleh didapati di kedai buku yang berdekatan dengan anda. Novel ini dijual p...