Aku duduk berhadapan dengan Ustaz Min. Ustaz Min sedang khusyuk memandang iPhone 6 plus miliknya. Kacak juga mamat ni ... Beriman dan berilmu ...
"Ehem. Awak tenung ustaz kenapa?"
Aku terkejut apabila disergah begitu oleh Ustaz Min.
"Mana ada ... Saya tengok tu haa belakang ustaz tu. Perasan 😒 ..."
Ustaz Min ketawa.
"Kimie ... Lepas ni tak payahlah panggil saya ustaz. Panggil saya Min."
Jantung aku tiba-tiba berdegup kencang.
"Min? Sahaja? Abang semua tak ada?"
"Abang lepas kahwin ... Buat masa sekarang panggil Min dulu."
"Tak nak. Nak panggil ustaz juga."
"Arraso."
Aku menjeling ke arah Ustaz Min yang sedang ketawa terbahak-bahak.
"Mana air ni!"
"Sabarlah. Sabar itu separuh daripada iman."
"Ish tahulah. Macam orang tak belajar agama pula ..."
"Nasihat itu perlu. Itukan tugas kita sebagai pendakwah."
"Ya Allah. Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Muhaimin."
Sengaja aku menekan suara aku pada namanya.
"Haa tu air dah sampai."
Aku memandang DM aku pada skrin telefon yang masih kosong.
'Mana Kim Luhan?'
"Weh Kimie."
Aku mendongak ke atas.
'Punoh! Mapuh! Dia buat apa dekat sini?!'
"Pijah, kau buat apa dekat sini?"
Aku pura-pura terkejut.
"Weh kau buat apa dengan ustaz ni?"
"Kau kenal dia?"
"Adik aku sekolah tu lagi. Dia ada bagitahu ada ustaz baru handsome gila datang."
"Handsome ker?"
Aku memandang Ustaz Min yang senyum sejak dari tadi.
"Kau ada apa-apa ker dengan ustaz ni ha?"
"Tak ada. Dia teman aku pergi-"
Belum sempat aku habiskan ayat aku, Ustaz Min terlebih dahulu memotong.
"Pergi rumah mak saya."
"Kimie nak kahwin tak bagitahu!"
"Ya Allah eh tak. Macam ni, aku dengan ustaz-"
"Kami dalam proses nak bertunang."
"Ustaz diam sekejap! Pijah, aku harap kau tak bagitahu kawan kita yang lain okey?"
"Hurm insyaAllah. Weh nak kahwin dah kawan aku seorang ni."
"Tak tak kahwin pun. Cuma nak kenal antara satu sama lain."
"Lepas tu kahwin."
Aku menggenggam tangan aku.
'Ustaz ni memang nak kena pulas kepala betul dengan aku.'
YOU ARE READING
Oversea Ler Kiter ...
РазноеAku Kim Irene Zalikha. Aku berketurunan Korea+Inggeris+Melayu wah banyaknya keturunan aku! Tak kisahlah yang penting aku BERAGAMA ISLAM. Abah nak satukan aku dengan seorang ustaz tapi aku tak nak ... Tapi aku nak ... Tapi mamat Korea ni nak datang M...