Aku tidak bersuara sepanjang makan di kedai itu.
"Merajuk ker?"
Aku menggeleng dan mata aku hanya tertumpu pada makanan aku sahaja.
"Kim Irene Zulaikha, ustaz tanya ... Merajuk ker?"
Suara dia bertukar serius. Aku memandang wajah dia.
"Tak."
Kemudian, aku terdengar bunyi suara orang ketawa perlahan.
'Tak guna punya ustaz ya Allah sabar jer la!'
Aku menunggu Ustaz Min menghabiskan makanannya. Maklumlah orang lelaki, dia pesan dua menu sekali.
"Dah bosan dah? Sekejap eh lapar. Ummi tak masak dekat rumah tadi."
"Makanlah orang tak bising pun."
"Baik sayang."
Hati aku berdegup kencang lagi. Aku cuba mengawal perasaan aku tetapi tak boleh. Aku mungkin sudah jatuh cinta kepada Ustaz Min. Mungkin ... Mungkin ...
"Dah habis."
Ustaz Min meraba seluarnya. Dia seperti terlupa sesuatu.
"Astaghfirullahal'aziim ... Ustaz terlupa bawa dompet ustaz."
Aku ketawa riang dalam hati tetapi aku tenang di luar.
"Gunalah duit saya dulu."
Aku mengeluarkan not RM50 kepada Ustaz Min.
"Maaf yer. Ustaz betul lupa."
Aku berjalan ke arah kereta sementara menunggu Ustaz Min membayar duit kepada pekedai.
"Irene."
Aku menoleh ke belakang. Susuk tubuh seorang lelaki yang amat aku kenali keluar dari kegelapan.
"Mior?"
Aku ketakutan. Belum sempat aku berlari ke arah kedai itu semula, Mior menangkap lengan aku. Dia menggenggam kuat.
"Lepaskan aku Mior?"
"Tak. Aku sayangkan kau."
"Tapi Nini macam mana?"
"Dia? Aku tak suka dia pun."
"Tapi kita kawan. Aku tak pernah anggap kau lebih daripada tu ..."
Mior menampar wajah aku dan aku terhempas pada cermin sisi kiri. Aku terbaring di atas tar jalan. Ustaz Min berlari ke arah aku.
"Hey! Kau siapa?!"
Mior berlari pergi.
"Kimie awak okey?"
Ustaz tidak memegang aku.
"Boleh bangun sendiri tak?"
Aku mengangguk dan memegang pinggang aku yang terlanggar cermin sisi tadi. Ustaz Min membuka pintu kereta untuk memudahkan aku masuk.
"Jangan bagitahu abah atau abang."
Ustaz Min mengangguk dan membawa aku pulang ke rumah. Aku menahan kesakitan itu sehingga air mata mengalir perlahan di pipi.
YOU ARE READING
Oversea Ler Kiter ...
RandomAku Kim Irene Zalikha. Aku berketurunan Korea+Inggeris+Melayu wah banyaknya keturunan aku! Tak kisahlah yang penting aku BERAGAMA ISLAM. Abah nak satukan aku dengan seorang ustaz tapi aku tak nak ... Tapi aku nak ... Tapi mamat Korea ni nak datang M...