Bab 15

257 11 0
                                    

Aku berjalan perlahan semasa masuk ke dalam rumah. Ustaz Min hanya memerhati dari pintu rumah.

"Boleh ker?"

"Boleh."

Abah turun dari tingkat atas.

"Allahuakbar! Kimie kenapa ni? Muhaimin?"

"Maaf pakcik. Tadi ... Saya terleka sedikit tak perasan dia terjatuh sebab lantai licin. Maafkan saya pakcik. Salah saya."

"Bukan abah. Salah Kimie sebab tak perasan laluan tu licin."

"Lain kali berhati-hati. Okey tak pinggang tu?"

Aku cuba sedaya boleh untuk naik. Abang baru pulang dari tempat kerja.

"Kimie?"

Abang membantu aku naik ke atas.

"Muhaimin marilah masuk dulu. Abah ada benda nak cakap."

Muhaimin turut kata-kata abah.

"Abah nak cepatkan perkahwinan kamu dengan dia. Kalau boleh selepas dia dapat keputusan SPM."

"Saya ikut saja. Tapi Kimie okey ker?"

"Dia kena ikut juga. Abah tak kira."

"Kenapa boleh saya tahu?"

"Kimie tu terlalu taksub dengan dunia Korea. Abah harap kamu boleh bawa dia ke jalan yang benar."

Muhaimin ketawa.

"InsyaAllah pakcik. Tapi kalau tak kahwin pun saya boleh saja bawa dia."

"Tak abah nak kahwinkan juga kamu berdua."

"Saya ikut saja."

Aku dapat mendengar jelas dari atas. Abang melihat aku.

"Adik tak nak kahwin ..."

Aku memeluk abang. Abang mengusap tudung aku.

"Abang faham. Mior ada tanya abang pasal kamu."

"Hah? Ouh abang ... Sebenarnya tadi Mior yang tolak Kimie sampai terkena side mirror kereta. Sebab tu sakit sangat pinggang ni ..."

"Kimie ... Lebih baik kamu kahwin. Mior boleh bertindak gila. Dalam drama selalu jadi macam tu."

"Tapi abang ... Kimie ..."

"Apa?"

"Tak ada apa-apa."

"Sudahlah. Pergi tidur."

Aku mengangguk dan menyeka air mata aku.
---------------------------------------------
Aku telah menerima keputusan SPM. Keputusan aku agak cemerlang. Aku melompat kegembiraan apabila nama aku diumumkan antara pelajar cemerlang di sekolah. Aku dapat melihat jelas wajah Ustaz Min dari atas pentas. Dia menepuk kegembiraan. Sebaik sahaja pulang ke rumah, rumah aku dipenuhi ramai seperti biasa.

"Kimie, cepatlah."

"Apa abah?"

"Kami dah pilih tarikh pertunangan dan perkahwinan kamu."

Oversea Ler Kiter ...Where stories live. Discover now