Aku masuk ke dalam kedai dan memilih air untuk Ustaz Min. Setelah membayar, aku keluar dan sebuah kereta terus meluru ke arah aku. Mujur aku belum melintas jalan.
"Okey tak?"
"Hurm."
Semasa aku hendak membuka pintu, Ustaz Min menahan tangannya pada pintu kereta.
"Cuba cakap elok-elok sikit dengan saya."
"Elok-eloklah ni. Nak macam mana lagi?"
"Tengok tu."
"Iyer. Macam mana nak cakap elok kalau kita tak pernah rasa suka."
Raut wajah Ustaz Min berubah.
"Baik. Kalau Kimie tak suka saya, kita batalkan saja perkahwinan kita."
"Kenapa tak boleh dari dulu? Tepilah."
"Because I love you."
Aku ketawa sinis.
"Love? Hati saya tak akan pernah berubah ustaz. Cukuplah buat saya menderita."
Ustaz Min perlahan-lahan mengangkat tangannya.
---------------------------------------------
"Kimie duduk."Aku duduk berhadapan dengan Ustaz Min. Sebelah aku adalah abah.
"Abah nak tahu kenapa kamu tak suka Muhaimin?"
"Bukan tak suka. Benci."
"Mulut Kimie! Jangan biadab! Abah tak pernah ajar anak-anak abah biadab!"
"Apa jer yang abah pernah ajar? Abah pernah ajar kami cara menerima orang? Kenapa abah pisahkan kami dengan mama hanya sebab mama jadi macam tu? Itu tanggungjawab abah lepas abah ajak dia masuk Islam!"
"Kim Irene Zalikha! Abah tak pernah suruh kamu benci mama! Abah cuma tak nak dia hasut kamu!"
"Ini bukan soal hasut! Ini soal abah tak pernah galas tanggungjawab abah dengan baik. Sudahlah! Kimie tak nak kahwin! Sekali ini saja Kimie harap abah faham! Kimie tak pernah suka Ustaz Min!"
Aku mencampak cincin tunang aku di hadapan wajah Ustaz Min.
"Maaf Muhaimin. Dia tu memang degil. Susah betul kalau nak ikut cakap dia jer."
"Abah. Min faham. Kalau dia tak sudi ..."
"Tak abah tetap nak kahwinkan kamu berdua."
---------------------------------------------
Aku melihat laman Instagram Kim Luhan. Dia telah memeluk Islam beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah.Kim Luhan
Assalamualaikum.Tiba-tiba, dia menegur aku di DM.
Kim Luhan
How are you?"Kimie!"
Abah memanggil aku dari bawah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Oversea Ler Kiter ...
AcakAku Kim Irene Zalikha. Aku berketurunan Korea+Inggeris+Melayu wah banyaknya keturunan aku! Tak kisahlah yang penting aku BERAGAMA ISLAM. Abah nak satukan aku dengan seorang ustaz tapi aku tak nak ... Tapi aku nak ... Tapi mamat Korea ni nak datang M...