Malam sudah menginjak pada pukul 12 tengah malam. Seluruh isi rumah telah lama dibuai mimpi. Namun tidak bagi Hidayah. Matanya masih segar badannya tidak terasa penat kerana dia bangun dari tidur pada awal tengahari tadi. Lepas tu mulalah tidur lambat lagi. Lepas tu mulalah bangun lewat lagi. Dan begitulah kitaran hidupnya sepanjang cuti semester ini.
"Movie marathon lagilah. Nak sambung tengok Merlin. Huuuu."
Laptop dikeluarkan dari beg lalu diletakkan ke atas meja belajarnya. Kemudian dia bangun dari tempat duduknya untuk membuka tingkap bilik bagi membenarkan udara sejuk malam singgah ke ruang kamar.' Trutt tuuu tuuut '
Bunyi notification menandakan ada mesej dari aplikasi whatsaap masuk.
"Pehal pulak abang whatsapp aku? Tetiba je setan tu."
Dia membuka whatsappnya dengan berhati-hati. Khuatir dengan apa yang dihantar oleh abangnya.
' Abang Sewel: Woih! Aku xbalik mlm ni. Takyah tggu aku.
Hidayah: hekeleh. Kepoh lah kau bang. Sapa nak tggu kau! 😛 '
Tuk! Tuk! Tuk!
Tiba-tiba....bunyi pintu diketuk oleh seseorang.
'Siapa plak.'
"Dayah,kau dah tidur ke?"
'Suara abang?'
Whatsapp kembali di buka. Dengan perasaan bengang,dia mesej kembali abangnya.
' Hidayah: bang,ko pehal doe nak prank2 aku? Main ketuk2 pintu bagai.
Ko ingt aku tkut? Dah aku mls nak lyn ko. Tgk merlin lgi cun.Abang Sewel: pehal plak! Aku mmg kat luar kot. Lepak kt rumah kwn aku.
Hidayah: argh lantak kau lah bang. Aku x caya kau.'
Tuk! Tuk! Tuk!
Kini ketukan pintu makin kuat didengari.
'Hidayah: bang kau pehal x puas hti ngan aku! Tkyh r main ketuk pintu sesuka hti mcm tu. Mengggu je.
Abang Sewel:Aku x ketuklah pendek! Aku kt luar ni. Tu mama lah kot.
Hidayah: Bukan mama! Xyah nk kelentong aku!!! Suara sumbang tu suara kau!!!!!!!!'
Kali dia bengang dgn abangnya.
"Bunyi lagi ketukan pintu tu,memang aku tumbuk perut kau." Bermonolog sendirian.
' Abang Sewel sent a photo.
Abang Sewel: ni, gmbr aku ngan member. Aku tgh lepak ngan dia lah ni ngok! 'Hidayah lihat gambar yang dihantar abangnya. Kalau abangnya kat luar rumah, siapa kat luar biliknya?
Tuk! Tuk! Tuk!
Pintu kembali diketuk.
Denyutan makin laju. Dia ketakutan.
' Hidayah: bang, ko biar betul. Aku dgr suara kau kt luar. Siapa ketuk pintu aku?
Abang Sewel: kau jgn bukak pintu tu. Cuba call mama.
Hidayah: useless. Mama dah tidur! '
Tuk! Tuk! Tuk! Diselangi dengan bunyi tombol yang dipulas.
"Woi! Buka ler pintu ni. Buatkan aku air jap."
'Jelas. Memang itu suara abang?'
Air mata mula bertakung. Dek kerana ketakutan yang amat,Hidayah cepat-cepat tutup laptopnya dan berlari ke atas katil.
' Hidayah: Bang! Aku takut!!
Abang Sewel: ko duduk je dlm bilik kau. Jgn buat apa2. Pstikan pintu berkunci. Jgn berckp pun! Nnti aku smpai rumah. '"Woi Hidayah. Adik tersayang. Kau dah tahu ke aku ni siapa?" Suara abangnya memanggil dari luar.
Kali ni tangisan menemani.
"Dah tidur ke....ke dah tahu??" Bunyi kunci masuk ke dalam tombol pintu.
"Aku buka ya pintu."
Denyutan makin laju. Tangisan makin teresak-esak. Selimut yang berada di bucu katil dicapai.
'Abang,pleaselah cepat. Aku takut ni.'
Kreekk..........pintu dibuka.
Saat itu, 'abangnya' masuk ke dalam bilik."Hidayah.....Hidayah.....Hidayah....."
Tangisan makin jelas kedengaran.Klik.. Lampu pula dibuka.
"Ha ha ha ha! Lawak siak muka kau!"
Abangnya ketawa sambil menahan perut."Abang!" Bantal dibaling kearah abang.
"Bodohlah kau bang! Boleh tak sekali jangan kacau aku!" Hidayah mula bengang.
Air mata yang mengalir tadi diseka dengan ganas.
"Ha ha ha! Cuba kau perhati betul-betul baju yang aku pakai dalam gambar dengan baju yang aku pakai sekarang." Masih dengan sisa tawanya.
Hidayah melihat gambar tadi dan perhati baju yang dipakai oleh abangnya kemudian melihat baju yang abangnya pakai sekarang.
Menyedari baju yang dipakai abang tak sama dalam gambar, dia beranggapan abangnya menghantar salah satu daripada gambar-gambar lepak dengan kawannya."Bang,bodohlah kau! Benci aku!!!"
' Abang Sewel: woih, aku dh sampai. Kau stay je dlm bilik. Jgn buat bising. '
Bunyi kereta abang kat bawah.
Hidayah melihat ke arah abangnya. Tiada fon ditangan. Dan tiada ketawa daripadanya. Sekarang ni,datang pula bau busuk....yang menusuk.//cerita ni diinspirasi oleh roommate saya dgn adik dia. Sbb knp? Malaslah nak bagthu
YOU ARE READING
Cerpen: Psiko Urban
HorrorCerita pendek karya jemah bersatu. Cerita hantu,cerita kat bandar,cerita di mana tempat yang ada ciri-ciri ketamadunan dan menunjukkan ada kehidupan. Kehidupan dimensi lain maybe.