BAB 4

461 13 0
                                    

“Aduh manalah abang Dhiya ni dari tadi tunggu tak datang-datang.Kata nak datang pukul 8 sekarang dah nak dekat pukul 9 tak datang jugak.haishhh..”Shafa Aqira mengomel didalam hati.Matanya dikerling kearah Dhiya Qirana yang  menonton televisyen sambil makan makanan ringan yang dibeli dipasaraya.

“Weii Dhiya mana abang kau tu”.Shafa Aqira bertanya kepada Dhiya Qirana.“Entah”Ujar Dhiya Qirana.Pandangan mata masih tertumpu ke arah televisyen yang menayangkan program Music bank.Almaklumlah peminat tegar K-POP.

“Kau entahkan aku ye…haishh,nasib akulah dapat kawan macam ni”.Dhiya Qirana tersengih sambil menayangkan barisan giginya.

Ting!!  Tong!! Ting!! Tong!!

Along dah sampai! Yeahh!!”Dhiya Qirana berlari untuk membuka pintu.Makanan ringannya ditinggalkan begitu saja.Shafa Aqira mengeleng kepala melihat keletah Dhiya Qirana.

Pintu dibuka oleh Dhiya Qirana,wajah Tengku Zafrin muncul dimuka pintu.

“Hai adik along”.Tengku Zafrin melemparkan senyuman manisnya.“Hai along,rindu along”Dhiya Qirana memeluk Tengku Zafrin erat.

“Haihh,semalamkan kita jumpa dekat office takkan rindu dah kot”Tengku Zafrin memandangnya pelik.“Takkan rindu pun tak boleh”Dhiya Qirana memuncungkan mulutnya menandakan dia merajuk dengan Tengku Zafrin.Tengku Zafrin sudah ketawa melihat kerenah adik kesayangannya itu.Manja sungguh!

“Ala…merajuk pulak adik along ni,tak payahlah merajuk nanti tak comel dah.Nanti takde yang nak kahwin dengan adik along sorang ni tak dapatlah along anak sedara”.Tengku Zafrin membuat muka sedih untuk memujuk Dhiya Qirana.

“Along!!”Dhiya Qirana sudah geram dia mencubit lengan Tengku Zafrin.“Aduh sakitlah Dhiya!”Tengku Zafrin mengadu kesakitan.Apabila ketam melepaskan sengatannya.Haha.“Along tu lah,tiba-tiba je cakap pasal kahwin,nak anak sedaralah apalah.Asyik sebut pasal kahwin je sama macam ayahanda bosan tau Dhiya dengar”.Dhiya Qirana memeluk tubuh.“Sudahlah tu membebel adik oii..mana barang yang nak kena angkat tu”.Tengku Zafrin mengubah topic,malas mendengar leteran yang tidak berbayar dari adik tersayangnya itu.Kalau tak dihentikan mungkin esok pun belum habis lagi dia berleter,mesti bonda turunkan ilmu leteran dia tu kat adik sebab tula kuat dia membebel.

“Takkan along sorang je”.Dhiya Qirana melihat sekeliling.Pelik.Kata Ayahanda Pak Hamid akan tolong sekali tapi kelibatnya tiada bersama Tengku Zafrin.

Tengku Zafrin menepuk dahinya.“Aduh, Dhiya lah ni hampir je along lupa nak bagi tau.Pak hamid tak boleh datang bini dia bersalin jadi along bawa seseorang yang dah lama Dhiya tak jumpe,mesti Dhiya suka bila tengok orang yang along bawa ni”.Ujar tengku Zafrin.“siapa?”Tanyanya dengan penuh teruja.Diangkatnya kening sebelah ala ala Ziana Zain..huhuhu.

“Tu”Tengku Zafrin mecuirkan bibirnya kearah seorang wanita yang kelam kabut keluar dari lif.Dhiya Qirana terus memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Tengku Zafrin.Tersenyum lebar Dhiya Qirana melihat wanita itu,wanita yang sudah lama tidak dia tidak bertemu,kerana sering keluar oversea untuk bekerja.

“Kak Ira!!”Jerit Dhiya Qirana dari jauh.Tangan dilambai-lambaikan ke arah wanita itu.Wanita itu memandang Dhiya Qirana dengan senyuman yang lebar tangannya juga turut membalas lambaian Dhiya Qirana.

“Hai,Bakal adik ipar”.Sapa Daira Lina tunang kepada Tengku Zafrin,bakal kakak ipar kepada Dhiya Qirana.Tahun hadapan mereka akan melangsungkan pernikahan mereka secara besar-besaran.Dhiya Qirana dan Daira Lina sangat rapat kerana Daira Lina tahu cara untuk mengambil hati Dhiya Qirana dan Dhiya Qirana sangat suka cara layanan Daira Lina terhadapnya dan keluarga.

“Hai akak ipar,jomlah masuk”Tangan Kirana dirangkul oleh Dhiya Qirana.Tengku Zafrin ditinggalkan begitu sahaja.Kesian.Tengku Zafrin hanya membuntuti mereka berdua walaupun tidak dijemput masuk oleh adik sendiri.haha.

~ABANG CEO KUSAYANG~Where stories live. Discover now