NASHRIN memasuki lif dengan tergesa-gesa. Hanya ada beberapa orang sahaja pekerja bawahannya di dalam lif pada pagi itu. Dia hanya mengangguk apabila mereka menyapa. Kemudian dia memilih untuk berada di hujung penjuru lif.Nashrin memeluk tubuh lalu sebuah keluhan kasar dilepaskan. Dia sudah terlambat. Jika tidak kerana keretanya membuat hal pada pagi itu, pasti dia tidak akan sekalut begini. Dia sudah terbayang wajah Uncle Esmail yang akan membebel kepadanya.
'What a shit to start my day.' Rungutnya di dalam hati.
Ting!
Bunyi lif menandakan sudah sampai ke destinasinya. Dengan cepat dia mengatur langkah menuju ke pejabatnya tanpa melihat keadaan sekeliling.
"Encik Nashrin, Datuk Esmail memesan supaya encik masuk ke biliknya apabila encik tiba." Nashrin yang baru ingin memulas tombol pintu, mendengus.
'Dah agak!'
"Thanks Lydia." Seusai mengucapkan terima kasih kepada setiausahanya, Nashrin berlalu ke bilik ayah saudaranya itu. Sempat lagi tali lehernya diperkemaskan.
◆◆◆
"YOU'RE late, Nashrin. Again. Mind to explain why?" Soal Uncle Esmail sambil menghirup kopi panas.
Soalan yang sudah Nashrin duga. Dia yang sedang berdiri sudah membuat muka bosan. Namun sebenarnya dia amat menghormati Uncle Esmail yang banyak berjasa kepada syarikat ini sejak dari dulu lagi.
'Cuma yang aku tak tahan, mulut Uncle yang gemar membebel macam perempuan!'
"Car problems and I don't have any other choices. Terpaksa tunggu teksi." Dia yakin sebentar lagi pasti Uncle Esmail akan mengeluarkan hujah. Bukan dia tidak tahu, Uncle Esmail jenis yang macam mana. Jadi Nashrin sudah bersiap bersedia untuk diceramah sebentar lagi.
"I can't believe Nashrin Izhan just said that. Don't have any other choices? Naim kan ada. Kenapa tak tumpang sekali?" Nashrin mengeluh.
'Sebab datang lambat ja kot, tanya macam aku buat salah besar gamaknya.'
Namun kata-kata itu hanya bergema di dalam hati. Lagipun Nashrin sudah sedia maklum, bapa saudaranya ini memang jenis manusia yang menepati masa. Dari dulu sampai sekarang Uncle Esmail memang tak pernah berubah. Dia memang tidak suka kalau ada pekerja Megah Citra Holdings yang datang lewat. Sudah acap kali perkara itu berlaku. Siapa sahaja yang datang lewat lebih daripada 15 minit dari masa yang ditetapkan pasti akan 'disekolah' oleh Uncle Esmail. Pertanyaannya pula pasti akan seperti seorang polis yang menyiasat para penjenayah. Tambahan pula, orang yang berjawatan tinggi seperti dia.
"Dia keluar awal dari saya, uncle. So... the rest you can figure it out yourself."
"Baiklah. Uncle terima alasan kamu. Next time, please make sure perkara ini tak berlaku lagi. Uncle bukan apa Nashrin, you are the COO in this company." Sebagai pegawai atasan, kamu kena tunjukkan contoh yang baik kepada pekerja kamu. Kalau kamu pun datang lewat, bagaimana kita nak lahirkan pekerja yang berdisiplin dan profesional?" Nashrin hanya mengangguk. 'Takzirah' dari Uncle Esmail terpaksa dia hadam. Apa yang dikatanya betul. Lagipun punca kelewatan dia dari sikap egonya sendiri. Kalau dia terima ajakan Naim sebentar tadi pasti dia tidak akan lewat sebegini. Namun ada sebab dia menolak, disebabkan gadis bernama Suri yang turut berada di dalam kereta itu terus dia membatalkan niat.
"Harapan arwah ayah kamu sangat besar terhadap kamu dan Naim supaya terus mampu penerajui syarikat ini." Nada suara Uncle Esmail yang berubah membuatkan Nashrin memandangnya. Uncle Esmail kelihatan sedikit menunduk.
"Uncle tahu kamu dah dewasa untuk fikir semua ni kan? Jadi Uncle nak Nashrin tahu, setiap apa yang Nashrin buat, menjadi role model kepada pekerja kita, betul tak Nashrin Izhan?" Sambungnya lagi.
"Ya Uncle. Next time saya akan pastikan perkara ini tak akan berulang." Katanya mengakui kesalahan sendiri. Uncle Esmail mengangguk.
"Oh ya, Uncle tak sempat lagi bertemu dengan adik perempuan kamu. Suri kan, namanya?"
'Ah, sudah. Nak cakap pasal budak tu pulak!' Nashrin mengangguk sambil mempamerkan wajah bosan.
"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu uncle." Belum sempat Uncle Esmail bertanya soalan lagi, Nashrin pantas berlalu.
◆◆◆
MATANYA mengikuti bayang anak buahnya yang sudah hilang disebalik pintu. Dia menggeleng seketika. Sikap anak kembar arwah abangnya yang seorang ini memang susah untuk difahami. Berbeza benar dengan si abang, Naim Izham yang senang mendengar kata dan mudah ditegur. Walaupun mereka kembar, namun sikap mereka amat berbeza. Nashrin seperti manusia yang susah dibaca fikirannya. Namun dia tahu Nashrin seorang yang baik. Cuma adakalanya Nashrin suka bertindak mengikut kata hati dan tidak memikirkan perasaan orang lain. Esmail juga sedar Nashrin tidak menyenangi Suri. Ketika Naim memberitahunya beberapa hari yang lepas, dia sendiri terkejut. Betapa kerasnya hatinya Nashrin.
Datuk Esmail menanggalkan kaca mata lalu matanya diusap perlahan. Dalam dia tertekan dengan memikirkan sikap Nashrin, ada pelbagai lagi masalah yang harus dia fikir. Soal syarikat ini semestinya. Sejak arwah Nadim meninggal, dari hanya menjadi peguam syarikat, kini bahunya menggalas amanah besar yang diberi oleh Nadim yang meminta dia memantau syarikat ini. Dia juga terkejut, dalam dua orang adik beradik yang lain kenapa dia yang dipilih? Kenapa tidak Nazri? Adiknya yang kedua itu? Atau pun Naqib? Dia juga tertanya-tanya. Tetapi jika amanah itu sudah diberikan kepadanya, dia terima dan bersedia menggalas dengan amanah.
Dia juga diamanahkan untuk mengawal dan menegur anak-anak saudaranya jika melakukan kesalahan memandangkan mereka masih muda dalam mengendali syarikat sebesar ini. Lagipun Megah Citra Holdings ini sudah menjadi sebahagian hidupnya. Untuk itu, dia harus berusaha untuk mengekalkan kestabilan syarikat supaya terus menjadi pilihan pelabur dari pelbagai negara.
××Recommend :
1. Flawless by insyiirxh
2. Flaws by insyiirxh
3. Langit Cinta Ishikawa by fatehah94
4. Si Intan Berlian by CahayaZawanah
Semua cerita di atas, memang best belaka! 😊👍
YOU ARE READING
Akhir Sebuah Pengorbanan
Teen FictionLembaran kehidupan telah membawa Suri Athirah ke liku yang paling tajam. Dalam mencari identiti diri, dia terpaksa berhadapan dengan manusia sekeliling yang mencabar jiwanya. Namun ujian Tuhan itu hebat. -Dan akhirnya Suri Athirah yakin, ada sesua...