#49

3.6K 140 24
                                    

Sekarang

Aku bangun pagi tu. Aku lihat sebelah, Maira dah takde. Bilik air kedengaran Maira yang sedang mandi.

Aku pelik sedikit.

Awal dia bangun hari ni.

Aku bangun dan mengetuk pintu bilik air.

"Sayang.."

Air yang bercucuran berhenti bunyinya.

Maira keluar dari bilik air tanpa seurat benang di badannya.

Sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala, dia memandang aku.

"Kenapa abang?"

Aku pelik.

Kenapa harini lain sedikit dari hari kebiasaan?

"Takde apa.."

Aku cuma berdiri kaku di depan pintu bilik air itu.

Maira mengenakan tuala, dan berkemban dan terus keluar dari bilik kami.

Aku masuk ke dalam bilik air dan terus memberus gigi.

Kemudian, aku melangkah keluar dari bilik, untuk menjengah Maira di dapur.

Dia sedang membancuh kopi di dalam satu cawan mug.

Dan kemudian membersihkan sedikit keadaan dapur.

Sesekali dia menyentuh perutnya yang masih berbekas jahitan.

Aku segera membantu dia.

Senyuman dilemparkan.

"Maira?"

Maira memandang dengan senyuman yang manis seingat aku.

"Ye abang?"

"Saya dah lama tak nampak senyuman macam ni."

Maira kembali tersenyum. Dan membawa mug tersebut ke ruang tamu.

Selepas mug itu diletakkan di atas meja, dia kembali ke bilik untuk memakai baju.

Aku termenung melihat mug itu.

"Apa dah jadi hari ni?"

Dan kemudian Maira keluar dari bilik, berpakaian lengkap dengan stokin, sesuai dengan keadaannya yang masih berpantang.

Siaran televisyen itu hanya sekadar meneman. Humaira terbaring di riba aku, sementara aku mengusap perlahan rambutnya.

Aku rindu semua ini.

Aku rindu keadaan ini.

Tergerak juga hati aku nak bertanya tentang keadaan dia.

Seolah dapat membaca isi hati aku, akhirnya Maira bersuara juga.

"Abang.."

"Ye sayang.."

"Ali dah takde kan?"

Soalan cepumas itu dilontar tanpa kiasan dari mulutnya. Matanya langsung tidak melihat aku. Matanya tertancap menonton televisyen, sambil mengusap lutut aku.

Aku mengangguk.

Dan bila aku sedar anggukan aku tidak memberi makna, aku bersuara,

"Ye sayang.."

"Maira menyusahkan abang ke selama ni?"

"Tak sayang.."

Maira memusingkan badannya. Memandang tepat pada mata aku dalam keadaanya berbaring sebegitu.

"Abang.."

Panggilan itu bersulam dengan suara yang sebak.

Aku mula merasakan, emosi dia kembali terganggu.

DiaWhere stories live. Discover now