Aku melihat jam tanganku, baru pukul 12 tengah hari, maknanya dah 3 jam aku berada di sini, Kuala Lumpur. Mungkin agak klise bagi sesetengah orang kalau aku cakap itulah destinasi impian bagi orang kampung macam aku ni. Seperti kesesakan warga kota yang mundar mandir di kota metropolitan ini, begitu juga sesaknya fikiran aku sekarang ni.
Aku buntu, tiada hala tuju sebaik saja tiba di sini. Kalau bukan sebab wallet aku hilang dalam bas tadi, mesti aku tak macam ni! Aku marah pada diri aku sendiri, excited sangat malam semalam sampai tak boleh tidur, last-last aku tertidur dalam bas. Untunglah sialan yang dapat wallet aku tu. Dengan cuaca yang panas terik ni bercampur dengan panasnya hati aku ni, aku teruskan berjalan menuju ke mana arah pun aku tak tahu.
Sedar tak sedar aku dah ada kat Jalan Tunku Abdul Rahman, atau nama famousnya Jalan TAR. Hari biasa macam ni pun ramai orang, kalau hari cuti confirm macam hari thaipusam kat Batu Caves macam yang selalu keluar kat tv setahun sekali tu. Not kertas pelbagai warna bertukar tangan antara si pembeli dan si penjual Aku hanya mampu melihat konsumerisme ini dengan iri hati sedangkan aku tidak mempunyai apa apa kecuali beg aku yang ada 2-3 helai baju dengan seluar. Aku meraba kocek seluar aku kot-kot ada saki bagi hasil titik peluh aku masa bekerja di kampung masih bersisa di situ.
Not kertas merah berangka 10 itu aku kucup sebagai tanda penghargaan. Aku pun teruskan berjalan, disebabkan cuaca yang semakin terik aku membuat keputusan untuk memasuki sebuah gudang membeli belah yang terkenal agak terkenal di KL ni. Terasa nyaman sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk. Aku kembali melihat jam tangan aku, dah masuk waktu untuk solat zuhur, aku tak boleh melambat-lambatkan perkara wajib dalam hidup aku.
Aku melilau mencari di mana letaknya surau kat kompleks ni. Sudah puas aku mencari signboard kubah masjid tapi tak juga aku jumpa. Akhirnya aku membuat keputusan untuk bertanya pekerja di situ.
" Cik, tumpang tanya, dekat mana surau ya? " Soal aku kepada pekerja promoter wanita bertudung itu.
" Err.. Surau ya? Kejap saya tanya kawan saya ya" Promoter itu kemudian pergi menemui rakan sekerjanya, wajahnya bingung mungkin memikirkan soalan aku tadi.
Setelah bertanya kepada rakan sekerjanya itu, promoter itu pun menunjukkan arah surau yang terletak di tingkat 4. Aku mengucapkan terima kasih dan terus melangkah ke arah yang dia tunjukkan. Sekurang-kurangnya sekarang ini aku ada hala tuju, menuju ke rumah dia yang maha Esa untuk aku menunaikan kewajiban dan juga meluahkan perasaan hati ini.
Entah kenapa aku terkilan sebaik saja aku sampai di surau itu. Di Kompleks yang maha besar ini, suraunya hanyalah sebesar saiz bilik aku, mungkin kecil sedikit. Dah tu, ada pula seorang mamat yang lena terbaring menambahkan kesempitan surau ni. Dari segi pakaiannya aku dapat meneka beliau bekerja di sebuah rangkaian makanan segera terkenal yang beroperasi di tingkat bawah kompleks ni.
Selesai bersolat dan meluahkan perasaan aku, mamat yang lena tadi pun terjaga mungkin sebab khilaf aku yang tersepak beliau masa nak bangun tadi, maklumlah, sempit.
"Brader, lu ni kecohlah, aku nak tidur rehatkan badan kejap pun tak boleh!" Tengking mamat tadi.
"Err.. Mintak maaf bro, tak sengaja pulak tersepak bro tadi, maklumlah tempat ni ni sempit." Aku meminta maaf kepada mamat tadi.
"Lu buat apa kat sini? Selamba je kacau port gua!" mamat tu menengking lagi, aku mengawal kesabaran aku.
"Sembahyanglah, tak kan nak join bro tidur sekali pulak." Balas aku, sinis. Mamat tadi terus tergelak sampai terguling-guling di tempat sempit ni.
YOU ARE READING
Aku yang terfaktab
General FictionKisah mengenai seorang mamat bernama Rudi dalam mengharungi hidupnya.