"Ya allah kenapa lah pulak dengan minah ni? Apa pulak salah aku?", amarul terus mengejar liyana yang berjalan pantas dihadapannya. Pen kilometriko dan kertas A4 di atas meja dicapai sebelum mengejar liyana.
"Liyana tunggulah". Tiada sahutan dari liyana. Dia tetap berjalan terus tanpa menoleh.
"Liyana. Aku kata tunggu kan? Kau ni tak faham ke? Alah liyana!". Masih tiada sahutan. Amarul tetap mengikut liyana. Dia masih tertanya tanya apa salahnya sehingga liyana begitu memarahinya.
"LIYANA NATRISYA! Aku cakap berhenti kan!", Amarul menguatkan panggilannya. Kali ini bukan panggilan nama liyana tetapi nama penuhnya terus.
Amarul berdiri berhadapan liyana menghalang laluan gadis tersebut.
Liyana bergerak ke kanan amarul ke kiri. Liyana ke kiri amarul ke kanan."Ish awak ni kenapa nak halang halang saya?? Saya nak balik lah!", liyana terus memukul bahu amarul dengan buku ditangannya.
"Aduh. Kau ni kan. Suka sangat buat aku? Ha kau ni dah kenapa nak mengamuk ni? Aku tanya bukan reti nak jawab.!", amarul memegang bahunya yang terasa sakit dipukul oleh liyana. Buku nexus woi. Tebal tuu.
"Awak fikir lah sendiri. Huh! Dah sana saya nak balik", liyana menolak sedikit bahu amarul ingin bergerak keluar dari sekolah. Dia ingin berjalan sahaja. Alah bukan selalu exercise kan. Yelah dia mana bawa dah basikalnya. Mama sengaja tak mahu membetulkan basikalnya yang rosak kerana nak menjaga hati teman baiknya yang betul betul mahu liyana ke sekolah bersama amarul sahaja.
Baru dua langkah dia berjalan melepasi amarul tangannya ditarik.
'Ya allah makhluk ni dia taktau halal haram ke? Yang pergi pegang aku kenapa? Nasiblah aku pakai handsocks yang sangkut dekat ibu jari ni. Sekurang kurangnya tak terkena kulit pergelangan tangan aku ni ha'
"Kau nak balik naik apa ni?", tanyanya tanpa melepaskan pegangan di tangan liyana.
"Bas nombor sebelas. Awak lepaskan tangan saya boleh tak? Nak tanya tu tanya jelah. Takpayah nak pegang pegang.", sambil menarik tangannya dari pegangan amarul
"Bas nombor sebelas? Ada ke bas nombor sebelas kat sini? Yang lalu rumah kita rapid 650? Sejak bila ada nombor sebelas?", amarul yang masih kebingungan bertanya.
"Apa apa jelah. Dah nak balik", liyana terus berpaling dan meneruskan langkahnya yang tergendala tadi.
Amarul yang melihat liyana berjalan baru memahami bahawa bas nombor sebelas tu rupanya "kaki". Alahai amarul. Lampi betul lah kau ni
Liyana yang telah melepasi pagar sekolah terus berjalan menerusi ruangan pejalan kaki dan basikal yang disediakan. Tiba tiba tangannya ditarik seseorang. Dia yang menyangka penjahat ingin menjerit
"Tolo...... lah awak ni kenapa tarik tarik tangan saya ni? Saya nak balik lah!", setelah melihat orang yang menariknya niat untuk meminta tolong terbang bebas ke udara di atas sana.
"Awak ni kenapa? Jawablah. Eh lepaslah tangan saya ni. Saya ingat perogol ke penculik lah tadi main tarik tarik. Dah lepaslah." Dengan segala kudrat yang ada dia cuba menarik tangannya dari pegangan amarul. Malangnya seperti novel cliche yang lain tangannya tak dapat diuraikan. Pegangan amarul kemas tetapi tidak terlalu kuat. Namun biasalah kan. Dah namanya lelaki. Tak kuat depa tu masha allah sakit woi.
"Dah kau takpayah nak mengarut melalut penculik lah apa lah. Kau bukannya lawa pun orang nak culik buat jual", tanpa menoleh amarul menjawab. Tangannya tetap menarik liyana ke arah sekolah semula.
"Ish awak ni lah. Nak bawak pergi mana ni? Saya nak balik lah. Tak faham ke? Dari tadi saya kata saya nak balik! Nak balik!! Takkan tak faham faham kot?", dengan geram liyana membalas.
YOU ARE READING
Benci Menjadi Rindu ツ
RomanceLiyana.. Tak ramai sepertinya. Tidaklah terlalu cantik. Tapi manisnya ada dan senang mata apabila memandang wajahnya. Amarul.. Ego itu penting baginya, mengalah? Tiada dalam kamusnya. Apakah yg terjadi diantara amarul dan liyana? baca lah kalau...