*Berubah kearah kebaikan*

96 8 8
                                    

Asytar Rahman merupakan jejaka 24 tahun yang gigih berusaha untuk menyara dirinya . Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang agak berada, baginya setelah tamat tingkatan 5 maka bermulalah zaman menyara diri sendiri . Sudah cukup bergantung dana daripada keluarga angkatnya itu . Asytar bersyukur kerana dibesarkan oleh Encik Razdan sekeluarga yang menganggap dia seperti anaknya sendiri . . Keputusannya ingin berdikari disokong sepenuhnya oleh keluarga angkatnya itu.

Menjadi cikgu bukanlah keinginannya sejak dari kecil . Mengajar merupakan kerja yang paling dibencinya . Namun kata orang tua-tua , yang dibenci akan timpa kita balik . Menjadi seorang cikgu adalah pilihan yang terpaksa Asytar terima kerana sering kali gagal apabila hadir ke mana-mana temu duga . Entah apa salah dirinya . Rupa ada , keyakinan ada malah lepasan master pula tu . Mungkin saja rezekinya bukan sebagai orang yang berjawatan tinggi di mana-mana syarikat . .

Dengan tawaran yang bertubi-tubi oleh rakannya , Azhar , dia terpaksa akur dan berserah kepada Ilahi.
Tanpa Asytar sedari , menjadi guru merupakan kerja yang paling sesuai baginya . Semuda itu sudah bergelar guru . .

Baginya , kerja mengajar amatlah menyeronokkan kerana murid2nya adalah dari segenap lapisan umur . Yang pling tua pernah di ajarnya ialah berumur 40 tahun dan paling muda ialah lepasan spm . .

Hari2 Asytar merantau jalan yg sama bersama anak2 didiknya . Bagi Asytar dengan menjadi guru di Institusi Memandu Batra adalah suatu anugerah dari Ilahi . Asytar berjumpa dgn pelbagai ragam manusia . . Benarlah kata pepatah, banyak orang banyak ragam . Sebagai guru termuda disitu sudah psti byk dugaannya . .

Pada awal kerjayanya sebagai guru , dia sering di ejek rakan sekolahnya . Bg mereka pekerjaan Asytar tidak setaraf dgn mereka . Asytar hanya mampu tersenyum dan berkata

"Alhamdulillah , inilah kerja yg memberi ketenangan padaku"

Kawan2nya terpaku dgn pengakuan Asytar itu . Ini bukan lagi Asytar yg dulu . Kini penampilan Asytar jauh lebih matang setaraf dengan pemikirannya .

Di sekolah , Asytar merupakan jejaka terhangat dipasaran katanya , 90% perempuan batch mereka mengidamkan Asytar dek kerana rupa putih mcm korea , mata biru dan pandai dr segi pelajarannya . Maka , tidak hairanlah dia merupakan graduan lepasan engeneering di jepun .

Namun begitu, rezekinya bukanlah di negeri matahari terbit itu . Dia pulang ke tanah air setelah 5 tahun menetap disana dengan bantuan biasiswa daripada agensi swasta . . Tambahan pula , Asytar telah memasang niat untuk bekerja di tanah air sendiri . Biarlah sejauh mana sekalipun dia pergi , hatinya Asytar tetap di bumi kelahirannya , Malaysia walaupun Asytar pernah menetap di London semasa kecil bersama kedua orang tuanya.

Ibunya merupakan kacukan British Melayu yg bermata biru dan berambut brunette . Genetik mata biru dan rambut brunette ibunya telah diwarisi Asytar . Genetik bapanya yg berkacukan Arab Melayu itu kurang diwarisi oleh Asytar . Jika diwarisi kesemua genetik ibu bapanya , masakan tidak Asytar menjadi model .

....

Pada tahun ke-3 kerjanya di Institusi Memandu Batra , hatinya mula rasa bosan . Asytar berasa hairan dan cuba memadamkan perasaan itu kerana kerja kini amatlah susah untuk diperoleh .

"Sabar Asy . Kerja sekarang bukan mudah nak dapat " . Itulah ayat yg selalu Asytar ulang untuk menaikkan semangatnya yg hampir mati.

Pada suatu hari , Asytar hampir terlanggar seorang gadis apabila gadis itu tiba2 muncul di persimpangan .. dengan smbongnya gadis itu berkata ,

"hello encik, mata encik letak kt mana ?, ada duit ke nak bayar saman kalau terlanggar saya?"

Asytar terkejut dan terpaku melihat gadis itu . Orangnya tinggi lampai , berkemeja , seluar skinny , mak ai sendatnya dan bershawl hitam .

SEIKHLAS HATI ASYTARWhere stories live. Discover now