Beberapa hari telah berlalu . Meja Sofea terbiar sepi . Contengan pada meja tersebut telahpun pudar namun tetap masih samar - samar kelihatan . Jamilah dan kawan - kawannya di tahan setelah habis sesi persekolahan untuk membersihkan kembali kesan contengan yang dilakar di meja Sofea .
Hukuman tersebut dimonitor sendiri Cikgu Zainun sambil leteran - leteran dan nasihat meluncur tidak henti dari mulut guru wanita muda tersebut . Malah mereka dikenakan denda dimerit dan digantung persekolahan selama 2 minggu .
Nina memandang kerusi yang sering digunakan Sofea telah lama tidak berpenghuni . Genap 3 hari sudah Sofea gagal menghadirkan diri ke sekolah . Hati nya gundah gulana serta risau mengenangkan rakannya itu . Kali terakhir Nina menatap wajah rakannya itu tika mata bundar milik Sofea itu berkaca dan tumpah air mata jernih darinya . Alangkah baik sekiranya rakan kelasnya yang lain itu dapat menerima diri Sofea seadanya . Sofea seorang teman yang baik dan sopan santun .Nina akhirnya bangkit dari kerusinya . Dia lewat untuk tugasnya di perpustakaan hari itu . Namun , persetankan kelewatannya . Fikirannya menerawang jauh mengingatkan kesedihan Sofea .
Nina berjalan agak lambat ke perpustakaan sekolah. Setiap langkah diseret penuh malas. Setelah memanjat anak tangga ke tingkat dua , kelihatan Cikgu Kamaruddin tercegat di hadapan pintu bilik perpustakaan di tingkat dua bangunan blok c tersebut.
"Nina." Tegur cikgunya.
"Oh, selamat pagi cikgu ."
"Alynda tak hadir hari ni. Kenapa awak lambat?"
"Eh? Maafkan saya , cikgu."
Terburu - buru Nina memasuki bilik perpustakaan. Kelihatan beberapa orang pelajar dan pengawas sekolah telahpun berbaris menunggu giliran untuk memulangkan buku yang dipinjam sejak minggu lepas .
Kelihatan juga Cik Mawar , pembantu am terkial - kial membantu Cikgu Kamaruddin menaip masuk nama pelajar dan scan bar code buku - buku yang hendak dipulangkan .
Cik mawar yang masih bujang itu terpesona apabila Cikgu Kamaruddin yang bermuka jambu itu memohon pertolongannya sebentar tadi . Senyuman manja yang menampakkan gigi taring Cikgu Kamaruddin yang comel itu mampu mencairkan hati anak dara awal 30an itu .Maka, pabila Cikgu Kamaruddin meminta pertolongannya awal tadi, Cik Mawar terus menawarkan diri tanpa banyak bicara dengan hidung yang kembang kempis .
"Maaf Cik mawar, saya terlambat datang. " Sengih Nina .Cik Mawar yang stress kerana terkial - kial melakukan kerja Nina dari tadi baru sahaja hendak meletup amarahnya namun terus tersenyum semanis mungkin bila terpandang Cikgu Kamaruddin turut sama ada disamping Nina yang baru datang . Nina terus mengambil tempatnya dan dengan cekap menyambung kerja Cik Mawar .
"Tak ape la Nina . Senang aje kerja nih. Lagipun saje nak tolong Cikgu Kamaruddin ni ." ucap Cik Mawar lemah lembut .
Cikgu Kamaruddin tersenyum manis menampakkan taring comelnya lagi . Maka berdetak semakin laju jantung Cik Mawar. Ya,betul. Itu cintaaa~~
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Nina merengangkan badannya dan terdengar bunyi kecil tulang belakangnya . Ada sepuluh minit lagi sebelum waktu rehat tamat . Nina sekadar mengalas perut dengan dua keping sandwich tuna dan sebotol kecil air mineral .
Setelah Cikgu kamaruddin memberi kebenaran untuk Nina pulang ke kelas semula , Nina mengucapkan salam dan berlalu pergi . Dari kejauhan, Nina terlihat kelibat belakang badan seseorang yang amat kenali olehnya . Nina berjalan pantas mendapatkan manusia tersebut .
Afran berjalan berseorangan waktu rehat hari ini . Rakannya Rafique dan Aiman yang sering bersamanya sudah dua hari ke sibu , Sarawak mengikut rombongan sekolah atas urusan perlawanan akhir Bola Tampar lelaki peringkat daerah . Sekolah mereka terpilih untuk mewakili zon kuching .
Afran tidak menyedari kehadiran Nina yang telah pun sampai dalam jarak selangkah dibelakangnya . Nina menampar lembut bahu Afran dua kali . Ketika Afran menoleh ke belakang untuk mengetahui siapa gerangan orangnya , kelihatan Nina termegah -megah menarik nafas seperti baru sahaja menghabiskan larian 300meter . Sebuah senyuman terpaksa menghiasi wajah ayu milik gadis itu. Pipinya merona merah dan wajahnya ceria .
Afran yang kehairanan sekadar menaikkan keningnya menunggu gadis dihadapannya itu untuk bersuara menyatakan hasratnya .
"Afran.."
"Ye , saya?"
"Lepas sekolah ni bawa saya balik ke rumah awak, boleh?"
Afran terkesima lantas memandang gadis tersebut semacam . Matanya dipincingkan . Mungkin cara para gadis zaman kini untuk meluahkan cinta barangkali .
"Ajak saya buat maksiat kat rumah saya sendiri bukan macam.. agak keterlaluan ke?"
Nina tercenggang .
"Lagipun saya teruna suci lagi . Awak nak bertanggungjawab nanti ke?"
Mata Nina terbuntang lantas kemarahannya meletus .
"Weiii setan . Aku nak ikut kau balik rumah bukan nak geli geli ngan kau, tapi sebab nak jumpa Sofea . Adik tiri kau tu, setaan . Sofea duduk rumah bapak kau kan ."
Keayuan dan kesopanan gadis tersebut tercampak jauh ke sudut teras paling dalam bumi . Gadis tersebut tampak garang . Afran yang kaget sebentar tadi akhirnya ketawa besar menutup malu .
"Haha .. aku ingat kau memang dah berubah seiring perubahan hormon remaja . Rupanya tak berubah - ubah lagi budak kecik nih . Meh, ikutlah aku balik sat lagi ye . Tunggu kat pagar depan tu nanti. Jangan merayap buat aku yang tunggu pulak nanti ." Arah Afran seraya berlalu pergi .
Nina terdiam . Bayangan dirinya dalam minda kelihatan menjerit histeria beberapa saat dan akhirnya rebah terdampar tidak sedarkan diri . Beberapa orang pelajar kebetulan lalu dihadapannya . Setelah berdehem beberapa kali , Nina kembali ke alam realiti.
Nina berjalan laju balik ke kelasnya setelah lonceng menandakan waktu rehat telah tamat kedengaran .
YOU ARE READING
SOFEA
HorrorSofea . Gadis berusia 15 tahun yang dipulaukan segelintir masyarakat disekelilingnya kerana statusnya sebagai anak seorang perempuan simpanan . Kehidupan seorang pelajar yang dibuli dan akhirnya tragedi tercetus apabila pembulian tersebut semakin me...