Afran hanya duduk diam disebelah Pak Yunus ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya tengahari itu . Kakaknya , Mira ada aktiviti olahraga pada petang tersebut . Nina yang turut menumpang hanya membuang pandang pada luar tingkap kereta yang dipandu Pak Yunus itu .
20 minit kemudian , kereta yang dipandu Pak Yunus menyusur masuk ke perumahan elite di Taman Natasha . kereta tersebut akhirnya memasuki perkarangan sebuah banglo dua tingkat yang tersergam indah . Setelah kereta diparkir di tempat letak kereta , Afran melangkah keluar dari perut kereta diikuti Nina .
Nina hanya mengikut Afran dari belakang ke pintu utama rumah . Mereka disambut dengan senyum terpaksa bibik Dini yang membuka pintu tersebut sebentar tadi ."Selamat pulang ."
Bibik Dini sekadar senyum pada Nina.
Setelah melangkah masuk , kelihatan perabot tersusun kemas di dalamnya . Sebuah tangga terletak di belah kanan menghubungkan bahagian atas .
"Besar gila rumah awak ye, Afran."
"Biasa - biasa aje kot."
"Bapak awak keje ape ye?"
"Ko rase?"
"Jual dadah kot." Gelak Nina .
Afran memandang jengkel pada Nina yang masih bersisa tawanya.
"Saya buat lawak je kot."
"Hmm..bilik Sofea kat tingkat dua, hujung sekali belah kiri. Pandai - pandai la cari. "
"Okay."
Nina sudah berkira - kira untuk memanjat anak tangga apabila Afran berdehem beberapa kali lantas Nina menoleh ke arahnya .
"Lagi satu..."
"Apa dia?" Tanya Nina
"Kalau dah bosan borak dengan Sofea tu datang la bilik aku. Mana tau nak geli geli ngan aku nanti."
Muka Nina terus merah padam . Afran tergelak besar seraya berlalu ke biliknya yang juga berada di tingkat dua bersebelahan dengan bilik Adwin . Nina merengus geram . Setelah kelibat Afran hilang disebalik pintu biliknya , Nina pantas memanjat anak tangga menuju ke bilik Sofea .
Nina terpacak dihadapan pintu berwarna putih tersebut. Pintu bilik Sofea diketuk Nina beberapa kali .
"Sofea . Saya nih , Nina . Saya datang nak melawat awak . Boleh saya masuk?" Tutur Nina lembut .
Hanya kesunyian yang membalas pertanyaan Nina. Mungkin Sofea tidur agaknya, fikir Nina. Namun hatinya amat merindui sahabatnya itu. Tombol pintu disentuh dengan hujung jemarinya . Nina masih berkira - kira samada ingin masuk atau mematikan sahaja niatnya berjumpa Sofea untuk hari itu .
Nina akhirnya memilih untuk memulas tombol pintu bilik Sofea dan menjenguk masuk . Sebuah katil putih bercadar merah jambu muda , almari putih , bingkai gambar Sofea dan ibunya tergantung di dinding dan beberapa lagi perabot lain menjamu pandangan matanya . Namun sosok tubuh yang dicarinya tiada di dalam bilik tersebut . Sofea tiada di situ . Nina menarik semula tombol pintu dan menutupnya rapat kembali .
Nina menimbang - nimbang lagi untuk mencari Sofea di sekitar rumah tersebut tetapi agak tidak manis baginya untuk merayap sendirian dalam kediaman orang itu .
Nina lantas memilih untuk mengetuk pintu bilik yang dimasuki Afran sebentar tadi . Nina melangkah tanpa bunyi . Dia baru sahaja ingin mengangkat tangan hendak mengetuk apabila pintu tersebut tiba - tiba terkuak buka . Terpancul wajah Afran dari dalamnya lantas memandang Nina dari atas ke bawah dengan riak wajah terkejut .
"Erm..seriously?" Tanya Afran
"Hah? Serius apa?"
"Memang niat kau sebenarnya nak intai aku kat rumah aku sendiri, kan?"
Afran yang sudah menukar pakaian seragam sekolahnya kepada pakaian yang lebih santai menyilang tangan berpeluk tubuh menunggu pengakuan Nina .
Terbayang gunung berapi dalam ruang minda Nina meletus hebat dan memuntahkan lava mengelegak panas dari perutnya .
Keadaan sunyi sepi antara dua manusia tersebut . Sedetik dua kemudian , Nina bersahaja berlalu pergi dengan ekspresi wajah yang ditahan - tahan dan tampak janggal . Menunggu lebih lama dalam situasi tersebut akan membawa kesan buruk pada dirinya . Tutur kata yang kasar bila - bila masa sahaja akan meluncur laju dari bibirnya . Itu akan menjatuhkan reputasinya sebagai gadis sopan santun .
Setelah menuruni anak tangga, Nina mencari - cari kelibat pembantu rumah yang menyambutnya dan Afran ketika datang tadi . Nina segera mendapatkan bibik Dini setelah menjumpai wanita tersebut di dapur sedang mengupas bawang bersama seorang lagi pembantu rumah yang kelihatan sedikit tua .
"Mak cik , boleh saya bertanya?"
"Iya, ada apa ya? Tanya aja ."
"Sofea kat mana ye?"
"Owh, cik Sofea tiada di rumah . Keluar dari pagi tadi tidak balik - balik ."
Nina hanya mengangguk dan tersenyum pada dua pembantu rumah tersebut sebelum meminta diri . Nina mengeluh kecewa apabila niatnya untuk melawat Sofea tak kesampaian .
Gadis tersebut menyandang beg sekolahnya lantas melangkah keluar dari kediaman tersebut . Kelihatan Afran mengekorinya dari belakang . Setelah berada di luar pagar , Nina mengomel tidak diketahui isinya .
Afran sekadar memasang telinga ." Apa yang kau dok mengomel tu?"
Nina terkejut lantas menoleh . Afran bercekak pinggang di belakangnya .
" kalau nak jumpa Sofea tunggu la dalam bilik aku tu . Sejuk ada aircond. Kat luar ni matahari kat atas kepala, panas ." Tawar Afran .
Kini giliran Nina pula bercekak pingang . Mata dipicingkan dan memandang tepat ke dalam mata Afran .
"Tak takut keterunaan awak tu teragut nanti ke awaaak. Saya ni kan buas. Bahayaa tau." Sindir Nina dalam nada manja yang dibuat - buat .
Afran akhirnya tergelak besar ."Haha ..ok, ok , maaflah . Ikhlas aku ajak lepak kejap tunggu kawan kau tu ." Perlawa Afran dengan senyuman manis .
"Hmph , saya balik dulu . Kat sekolah esok buat - buat jelah tak kenal ye. bye."
Afran geli hati melihat rajuk Nina lantas menawarkan diri untuk menghantarnya pulang .
"Hei, panas terik nih . Bas lambat lagi datang kot . Jom aku hantar kau pulang ."
"Tak payah susah - susah." Balas Nina seraya kakinya melangkah laju ke bus stop yang masih jauh jaraknya.
"Ermm..minggu lepas ada kes wanita muda kena raba oleh mat bangla kat bus stop depan tu."
Langkah Nina mati . Kebetulan seorang lelaki turut menunggu kedatangan bas tengahari itu . Nina menoleh pada Afran .
"Err..nak hantar saya balik pakai kereta ke? Tanya Nina agak segan.
"Motosikal." Balas Afran lalu melangkah kembali ke rumahnya .
Nina baru sahaja berfikir hendak menolak ajakan Afran namun apabila memandang kembali ke arah bus stop tersebut kelihatan lelaki misteri itu merenungnya tak berkelip . Maka kecutlah perut Nina, lantas terkocoh -kocoh berlari mendapatkan Afran yang sudah ghaib ke dalam perkarangan rumahnya .
YOU ARE READING
SOFEA
HorrorSofea . Gadis berusia 15 tahun yang dipulaukan segelintir masyarakat disekelilingnya kerana statusnya sebagai anak seorang perempuan simpanan . Kehidupan seorang pelajar yang dibuli dan akhirnya tragedi tercetus apabila pembulian tersebut semakin me...