Seorang gadis berambut perang duduk dihadapan balkoni sambil memandang kelangit sambil tersenyum. Wajahnya yang ayu dan mulus terkena sinar mentari dan menampakkan kecantikan sebenarnya. Dia saling tak tumpah bak bidadari. Sesekali dia tersenyum-senyum sambil menghentak perlahan kakinya
Fikirannya jauh melayang keAfrika. Entah apa lah yang difikirkannya . Kesemua pelajar hanya memandangnya sekilas kemudian meneruskan aktiviti mereka
Mereka sudah masak dengan tingkah laku dan perangai si gadis . Jika ditegur,ianya tidak akan mengubah perangai si gadis yang selalu berangan-angan tak kira pagi,siang atau malam
" MinSya "- panggil Hara. Rakan baik Ryu Minsya a.k.a budak paling suka berangan di Seoul High School. Hara memegang bahu MinSya sambil menggoyang-goyangkannya supaya MinSya tersedar dari lamunannya
" Eomona "- latah MinSya seraya tersedar dari lamunannya. Dia memandang rakannya Hara dengan pandangan tidak berpuas hati. Kalau Hara tidak mengganggu tadi,pasti dia sudah sampai keSaudi Arabia
"Kau kalau sehari tak kacau aku tak boleh ke?"- tanya MinSya lalu membetulkan kedudukannya
"Kau kalau sehari tak berangan tak boleh ke?"- bidas Hara kembali. Haih,nak main kasar nampak kau Hara. Getus hati MinSya
"Kenapalah aku selalu kalah kalau berdebat dengan kau??"- tanya MinSya sambil bercekak memandang Hara. Hara hanya tersenyum dan membuat tanda 'peace' kepada MinSya
"Sebab aku ni anak hakim. Sebab tu lah aku kena petah bercakap dan tak boleh kalah. MUAHAHAHA.." jawab Hara lalu ketawa terbahak-bahak . Apa yang lucu pon MinSya tak tau. MinSya menggelengkan kepalanya lalu berpusing kebelakang untuk pergi kekelasnya
Bushh
MinSya terlanggar dada seorang lelaki tinggi lalu jatuh terduduk. Dia mengerang kesakitan,harapnya punggung dia tak pecah
Lelaki tadi masih memandang MinSya dengan pandangan terkejut,selepas 2 saat dia menghulurkan tangan kepada MinSya untuk menolong MinSya bangun. Minsya menyambut tangan lelaki tersebut dan berdiri dengan tegak
"Gwenchana?"- tanya Hara sambil membelek badan MinSya untuk memastikan minsya tidak tercedera
"Gwenchana?"- tanya lelaki itu pula. MinSya terpaku sewaktu memandang wajah lelaki kacak bak bidadara yang jatuh dari langit. Dia memandang lelaki tersebut tanpa berkelip. Tangannya masih memegang erat tangan lelaki tadi
"Kyaaa!!"- jerit Hara ketelinga MinSya sehingga membuatkan Minsya terperanjat habis. Genggaman tangannya sudah dilepaskan oleh lelaki tadi
"Erm,nae. Mian sebab langgar awak"- kata MinSya lalu tunduk 90° . Lelaki tadi nampaknya seperti blushing dan menggosok tengkuknya kerana malu. Dia mengangguk lalu beredar dari situ
Anak mata MinSya masih lagi terarah kearah lelaki tadi. Dia tersengih-sengih seperti kerang busuk. Lagaknya seperti angan-angannya sudah menjadi kenyataan. Hara menepuk bahunya dengan lebih kuat
" Hoi,!! Palli masuk kelas. Berangan je kerjanya"- marah Hara lalu menarik tangan MinSya kedalam kelas. Nasib baik Miss Soo belum masuk. Si guru Matematik yang teramat garang ini mampu menakutkan anak muridnya dalam 1 saat sahaja
Sepanjang berada didalam kelas,MinSya sekali lagi berkhayal tentang lelaki tadi.
"Kacaknya" itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh MinSya terhadap lelaki tadi. Ketinggiannya,kemachoan-nya,bibirnya,wajahnya,rambutnya,semua memukau
Lelaki itu bagai sudah mempunyai tempat dihati MinSya.
- BERSAMBUNG -
YOU ARE READING
I'm a dream girl
RandomRyu Min Sya si gadis senior yang sentiasa berangan disetiap harinya. terutamanya terhadap seorang lelaki bernama Kim Suho Kim Suho,Kingka di Seoul High School terjatuh cinta kepada MinSya tanpa sengaja Adakah khayalan Minsya akan menjadi kenyataan...