chapter 1: Prologue

1.1K 37 0
                                    

Dalam sebuah hutan yang gelap, kelihatan dua susuk tubuh sedang berlari dengan cemas.
"Kita harus cepat..." Kai menarik tangan Seungmin sambil berlari ke dalam hutan.
"Ahhh..." kaki Seungmin tersadung pada akar kayu dan terjatuh.
"Awak tak apa-apa??" Kai cemas dan risau.
"Saya tak apa-apa..Oppa lari lah dulu..cepatlah..jangan sampai mereka tangkap oppa.." Seungmin menolak Kai untuk pergi.
"Tidak...oppa takkan pergi tanpa awak.."Kai mengangkat badan Seungmi dan berlari sambil menggendong Seungmin.
"Berhenti!!!!" Jerit sekumpulan lelaki dari belakang.
Kai dan Seungmin menjadi cemas.
Tanpa sedar mereka telah terkepung.
Kai menurunkan Seungmin. Seungmin bersembunyi di belakang Kai.
"Kali ni kau takkan terlepas lagi..Seungmin, mari sini!!!" Ketua kepada kumpulan lelaki tadi bersuara marah.
"Tak nak..Appa dah salah faham..Kai bukan lelaki jahat.."Seungmin berkata sambil menitiskan airmata di belakang Kai.
"Lelaki ini dari keturunan yang disumpah..dia tidak boleh bersama kamu...Dia mesti dibunuh!!!" Ketua kumpulan lelaki tadi bersuara lagi.
Secara tiba-tiba Seungmin ternampak salah seorang daripada sekumpulan lelaki tadi bersembunyi di sebalik pokok sambil mengangkat busur untuk memanah Kai.
Anak panas dilepaskan.
Dusssshhh!!!! Bukkkkkk!!!!
Darah mula mengalir. Anak panah tersebut mengenai tepat ke jantung mangsanya.
Seungmin telah menghadang Kai daripada terkena anak panah tersebut dengan tubuhnya.
"Seungmin!!!" Kai segera memapah tubuh Seungmin yang mula lemah kerana terkena panahan tersebut.
"Kenapa awak buat macam ni????? Jangan tinggalkan Oppa..tolonglah.."Tangan Kai cuba menghentikan darah yang mengalir di tubuh Seungmin namun tidak berjaya.
"Oppa...saya....sangat....cintakan Oppa...saya...sangat gembira dapat....berkorban untuk....Oppa..tolong...jangan...apa-apakan....A...Appa saya..."Seungmin berkata dalam keadaan lemah dan tergagap-gagap.
Pandangan Seungmin mula gelap dan Seungmin mati dalam pelukan Kai.
"Tidakkkkkk!!!!! Seungmin!!!!! Bangun lahhhh!!!!"Kai cuba menggocang tubuh Seungmin yang sudah tidak bernyawa lagi.
Sekumpulan lelaki tadi hanya melihat tanpa berkata apa-apa.
"Korang dah bunuh satu-satunya perempuan yang aku sayang..aku takkan maafkan kau!!!!" Kai memandang tajam kepasa ketua kumpulan lelaki tadi.
Kai menjilat darah Seungmin yang terkena tangannya. Matanya mula bertukar merah.
Sekelip mata sekumpulan lelaki tadi jatuh rebah ke tanah.
Tangan Kai memegang kemas tengkuk ketua kumpulan tadi.
"Tolong jangan apa-apakan Appa saya.."kata-kata Seungmin terngiang-ngiang di telinga Kai.
Perlahan-lahan Kai melepaskan pegangannya.
"Aku takkan bunuh kau...aku nak kau hidup menderita kerana membunuh anak perempuan kau sendiri.."Kai berkata dengan marah sebelum menghilangkan diri bersama tubuh Seungmin yang tidak bernyawa itu.
Ketua lelaki tersebut jatuh terduduk kerana terkejut dan mula menyesal dengan apa yang dilakukannya.

THE WAR OF VAMPIRE & WEREWOLF: THE BLOOD LOVEWhere stories live. Discover now