Bahagian 1 ♥

3K 96 3
                                    

Angin malam terus membuaikan pohon-pohon. Aku hanya berdiri merenung bulan dari tingkap bilik. Cantik je bulan... aku rindu Farah. Aku rindu Mia. Semuaaaa rindu. Tapi apa boleh buat? Aku dah terlajak ikut papa. Papa buat keputusan untuk pindah ke kampung yang bosan ni sebab nak uruskan kilang dia dekat sini. Aku setuju je. Lepas mama meninggal, papa yang banyak bersusah payah membesarkan aku.

Angin yang tadinya lembut menampar pipi, bertukar sedikit kuat. lantas aku menutup tingkap dan menuruni tangga untuk menuju ke dapur. Terasa lapar kerana dari petang aku tidak menjamah apa-apa. Tangan ku sua untuk membuka peti sejuk. Plinkk! Lampu terpadam. "Aduhhh. Jangan lah buat hal lagii..."

Sejak dua tiga hari ni, benda-benda pelik selalu jadi. Tak tau lah masalah apa. Lampu padam, terbuka balik. Haaaa, aku rasa ni mesti saka ayah nii. Hahhha okey gurau. Takkan lah ada benda syirik macam tu.

Aku tutup semula pintu peti sejuk. Kaki ingin diatur ke arah ruang tamu. Dan... plinkk! Lampu dapur menyala semula. Langkah terhenti. Jantung ni dah dup dap dup dap macam kompang. Ntah-ntah saka jiran sebelah kot? Eh suka hati je cakap saka jiran.

Dah alang-alang lampu dah elok, aku teruskan niat murni aku tadi nak cari makanan. Tangan terus 'menyelongkar' peti sejuk. Lepas hajat murni aku tu tercapai, aku ke ruang tamu semula.

Entah kenapa, terasa seperti ada sesuatu merenugku. Tajam. Aduh. Jangan lah buat hal. Nak kacau siang-siang boleh kan? Hai lahhh... Guruh sabung-menyabung menambahkan lagi tahap keseraman aku. "Haih.." Aku makin tak selesa. Sebab... terasa haba di belakang ku. Tapi aku yakin, takda 'orang' pun dekat belakang...

"Aku penat nak main. Main jauh-jauh okey?" Ya Allah... aku pun tak tau kenapa mulut ni gatal sangat nak berbunyi.

Haba tadi terasa menjauh.

Kaki ku bawa menjauhi dapur. Dapur pada waktu malam umpama 'hot spot'. Hot spot untuk apa, aku tak tau. Hah! mesti hant... eh! Mulut jangan bunyi lagi okey. Jangan seramkan tuan kau yang comel ni. Eh? Apa kene mengena comel dengan hant... ish! Bunyi lagi!

Saat kaki mula mendaki tangga, terasa seperti tanganku ditarik kuat. Aku tersungkur ke belakang kerana tarikan kuat tadi. Oh my... siapa pulak ni? Saka jiran sebelah lagi ke? Takkan lah papa pulak? Ish papa dekat Sabah. Aku bangun perlahan-lahan lalu berpaling ke belakang. Sebaik saja aku pusing, kelihatan susuk tubuh seorang manusia dan ...

"Arghhhh!!!

NEXT CHAP ✔

Sesat Dalam Cinta ✔Where stories live. Discover now