"Arghhh!!!"
Akibat terlalu takut dan terkejut, aku TERjerit kuat. Terus aku lari mendaki tangga dan masuk ke dalam bilik. Kunci pintu. Perasaan aku ketika itu, hanya tuhan saja yang tahu. Jantung dari tadi berdetak umpama bom jangka yang menanti masa untuk diletupkan. Jatuh melurut aku di pintu. Aku tidak terdaya untuk bangun kerana terlalu penat plus terkejut plus takut. Ehh, takut tak.
"Kenapa laju sangat lari?" Satu suara lelaki tiba-tiba kedengaran. Terasa dekat saja suaranya. Bukan aku dah kunci pintu ke tadi? Dan... aku kan duduk dekat pintu ni, macam mana dia boleh masuk?
Aku angat kepala perlahan-lahan. Dan sekali lagi,
"Arrghhhh!!!" Cepat-cepat aku berdiri dan mencapai sebuah novel Harry Potter yang berada di atas meja kepadanya. Haihhh, kesian Harry aku. Tapi 'dia' cekap mengelak. Dan dia seorang lelaki. Ya, Lelaki! Astagaa ya ampunnnn macam mana dia boleh masuk?
"Woi-woi, apa baling-baling ni?! Tak payah lah baling, pompuan!" Ehh betapa biadap nya mamat ni. Dah lah ceroboh bilik orang, lepas tu di- woi-woi kan kita. Ergh! Dia bersweater merah hati, berseluar jeans. Dengan rambut panjang paras bahu dibiar lepas. Kulitnya cerah tetapi sesikit pucat. Aku terpana seketika. Muka dia ada iras Julian Jacob tapi versi rambut panjang. Macam cina pun ada sikit. Eh, yang aku dok scan muka dia ni pahal?!
"Kau siapa hah?! Macam mana boleh masuk sini?!" Mataku terus merenungnya tajam. Botol air dari atas meja aku ambil sebagai pelindung.
"Weyh rilek lahh. Aku bukan nak buat apa pun dekat kau. Tak hingin lah!" Julian tu bersuara disertai ketawa kecil. Sinis. Heh.
"Habis tu kau nak apa?! Macam mana boleh masuk sini?!" Suara aku semakin kuat. Alahh, nak gertak je. Aku tak takut lahh.
"Kau ni kan, kalau tak jerit tak boleh ke? Suara tu dah lah macam bini tarzan. Aku bukan nak minta apa-apa pun. Minta tolong je..." Aikk, tadi cakap tak nak minta apa-apa. Lepas tu nak minta tolong pula. Haihh
Aku susah nak percaya. Betul ke dia perlukan bantuan? Atau taktik je nii? Hmmm...
Melihat muka aku yang seakan-akan tidak mempercayai kata-katanya, di mula bercerita.
"Okey aku cerita. Walaupun muka kau suspicious semacam je, hahaha.." Cehhh, gelakkan aku eh kau. Baling botol ni kang, rosak muka kau yang hensem tu. Ehh? TERpuji pula. Julian tu mengisyaratkan supaya aku duduk. Aku ikut je tapi botol masih aku pegang. Memang tak lah nak lepas. Takkan!
"Nama aku Akil. Aku... aku... aku pasti kau takkan percaya. Aku... aku hantu. Hantu sesat."
NEXT ✔
YOU ARE READING
Sesat Dalam Cinta ✔
FantasyLove sees no colour, age, weight, looks or whatever you are. It's only sees what's in your heart. Memang lah sees no differences semua tu, tapi kalau yang datang tu 'sesuatu' , boleh ke bercinta? Bahagia ke? Atau, hanya sesat dalam cinta? Sesat cari...