HAHAHAHAHAHAHAHA. Punchline yang baik. Tapi cuba lagi okey?
"Hmmm... aku dah agak dah. Mesti kau pun tak percaya. Takda siapa percaya aku. Okey lah. Aku blah dulu. Bye..." Halahh... halahh... merajuk? Memang lah aku tak percaya. Hantu? Jauh dari logik akal.
Tapi entah kenapa, aku rasa kesian tengok dia. Hati kata ya tapi otak pula bercanggah. Eh? Tadi bukan cakap nak pergi ke? Kenapa duk diam je? Mungkin mengharapkan agar aku berubah fikiran..."Kalau betul kau ni hantu, cuba tunjuk magic sikit."
"Magic?"
"Haah. Hantu kan boleh buat benda merepek."
Akil merenung aku dengan muka kosong. Lalu dia tersenyum paksa. Nampak sangat plastik! Kau ingat kau boleh psiko aku ke? Ni Fira lah!
Buk! Kedengaran seperti sesuatu jatuh. Jangan lah Harry Potter aku lagi. Naya jeee. Aku berpaling ke arah bunyi jatuh tadi. Tapi tiada apa-apa. Aku pusing kembali ke arah Akil. Tapi dia hilang. Hmmm... sesuatu nii
Buk! bunyi tadi lagi. Aku pusing lagi. Tapi macam tadi, tiada apa-apa. Macam ada sesuatu di sebalik semua ni. Degupan jantung kembali pantas. Entah kenapa, entah apa. Perlahan-lahan kepala aku pusing ke hadapan semula...
"Arghh!" Ergh! Berbakul-bakul sumpah seranah aku bagi khas untuk dia. Dengan tiba-tiba je dia hilang, tiba-tiba juga muncul. Okey, mungkin ni magic dia. Betul lah dia hantu? Menarik.
"Eleh... Kalau setakat hilang lepas tu muncul balik, tak cukup magik lagi..." Aku masih cuba memperlekehkan dia. Tetap, aku tak nak kalah !
"Magik sikit ni pun kau dah takut, apa tah lagi kalau aku buat benda lain. Dah kalah tu, senyap je. Poyo juga manusia zaman sekarang ni kan ?" Akil membebel-bebel sambil membelek koleksi novel aku.
"Mana ada takut . . . "
Bermula dengan satu pertemuan, beribu-ribu memori tercipta...
✔
YOU ARE READING
Sesat Dalam Cinta ✔
FantasyLove sees no colour, age, weight, looks or whatever you are. It's only sees what's in your heart. Memang lah sees no differences semua tu, tapi kalau yang datang tu 'sesuatu' , boleh ke bercinta? Bahagia ke? Atau, hanya sesat dalam cinta? Sesat cari...