"Yeayyyy dah sampai." Iris menjerit kecil. Lega melihat guesthouse mereka sudah di depan mata. Kepalanya asyik fikirkan katil je lepas seharian berhiburan di theme park.
Ayden tarik handbrake. "What does 'dasapai' means?" Dia menjeling Rania yang sedang duduk di seat sebelah, mendambakan jawapan.
Iris dah Thia sudah ketawa kecil mendengar sebutan Ayden. Rania senyum simpul. Oloo comelnya muka blur tuuu. Tak sampai hati Rania nak gelakkan.
"It wasn't 'dasapai' it's 'dah sampai'. D.A.H dah S.A.M.P.A.I sampai. Get it?"
"Ohhhhhh." Panjang je 'O' Ayden. Dia ketawa kecil. Malu.
"Dah sampai means arrived or arriving." Rania menerangkan. Terangguk angguk Ayden. Sah lepas ni dia kena ambik kelas Bahasa Melayu. Wajib.
"Yeayyy dah sampai!" Tiba tiba Ayden menjerit. Terus terburai ketawa ketiga tiga gadis itu.
"Yeayyy. Once again all together, hana, dul, set...." Thia menjerit kecil.
"Yeayyyy dah sampai!!" Keempat empat mereka menjerit serentak sebelum akhirnya pecah ketawa.
Mereka berempat melangkah keluar dari kereta hampir serentak.
"Thanks for everything Ayden." Thia bersuara.
"Thanks so much. I never thought of going to a rent theme park. It's heaven to play around without having to que up." Iris pula menyampuk.
Rania hanya tersenyum.
"My pleasure, girls. Thanks to you guys too for letting me join your day."
"Let's meet again next time." Rania menambah.
"Are you asking me for a date?" Ayden buat muka gatal. Merah muka Rania dengan soalan itu.
"No I'm notttt!"
Ayden ketawa besar. Macam la kelakar sangat. "So girls maybe we should coffee coffee next time." Pelawa Ayden.
"Sure!" Serentak jawapan dari Iris dan Thia.
"By the way, can I borrow Rania for a while?"
Rania termangu. Apa pulak plan si Ayden ni. Otak Rania dah gagal berfungsi dah. Ditambah dengan cuaca sejuk menbeku ni. Dia nak cepat cepat baring dan lelapkan mata je.
"Hurmmm. Sure but please return her safe and sound." Iris beri amaran. Jari telunjuk digoyang goyang. Ceh macam la orang takut.
Thia buka pintu guesthouse sebelum keduanya masuk dan menghilang. Thia ikut bermalam di guesthouse sebab malas nak balik ke hostelnya. Rania dan Iris pula tak kisah. Sekarang cuma tinggal Rania dan Ayden ditemani dinginnya bandar Seoul.
"Thanks for everything, Rania." Ayden memecah kesunyian. Tubuhnya disandarkan pada pintu kereta menghadap Rania yang berdiri tegak di hadapan pintu guesthouse.
"I'm the one who should say that." Rania perbetulkan lilitan mafla di bahu yang sudah sememeh. Ayden menghampiri. Laju tangannya menarik sedikit lilitan mafla di leher Rania, menutup bahagian mulut dan hidung Rania. Cuaca sejuk melampau boleh naik pedih hidung dengan mulut kalau dibiar terdedah.
Rania kaku dengan tindakan spontan Ayden. Hadoii. Gentleman tu cubalah simpan sikit. Habis semua dia nak tayang dia tak tau ke Rania dah hampir cair dalam winter dah ni. Aku culik bawa balik Malaysia kangg.
"You don't have to say that. Your attendance mean everything to me."
Ayden renung gadis di hadapannya. Cuba mencari jawapan kepada persoalan hati. Kenapa gadis itu yang hatinya mahu? Gadis itu buat hidupnya tiba tiba tunggang terbalik. Dia tak tau apa dia patut buat. Yang dia tau dia mahukan gadis ini. Ikutkan hati nak je dia ajak Rania kahwin tapi macam tak logik pulak kenal dua hari terus ajak kahwin. Ahhh. Peduli apa logik ke tak logik. Tapi betul ke ini cinta?
YOU ARE READING
Putera Impian Milik Cinderella
Romance"Because this place is not save anymore." "Hah? Why??" Rania menggelabah. Cerita cinta tiba tiba jadi cerita seram ke? Kenapa tak selamat? Ada hantu? Macam macam persoalan muncul di fikiran Rania. Ayden merapati Rania. "They're coming." Ayden berbis...