Gelap. Tiada apa yang mampu ku lihat kecuali kegelapan. Kaki dan tangan tiada daya aku gerakkan. Aku buntu. Niat ingin meminta bantuan pun terbantut dek suara pun tidak dapat aku keluarkan. Aku bingung,entah di mana tempatku sekarang hanya Tuhan yang tahu.
'Tina, bertahanlah sayang. Tina harus kuat. Mama sayang kat Tina', rintih satu suara.
'Mama?', detik hatiku.
'Sabarlah makcik. Jangan nangis macam ni. Kalau Tina tahu makcik sedih, mesti Tina lebih sedih lagi. Sabarlah makcik, lebih baik kita berdoa kepada Allah supaya Dia memberi kekuatan kepada Tina menghadapi musibah ini. Lagipun makcik pun tahu kan Tina seorang anak yang kuat.', pujuk satu lagi suara. Kali ni suara seorang lelaki pula.
'Ammar? Apa kau merepek ni? Kat mana aku, Ammar? Kenapa gelap sini?', tanyaku bertubi-tubi.
Namun, hampa. Soalanku itu umpama angin sayup bertiupan tiada siapa yang mendengarnya.
'Ini semua salah makcik. Makcik tak mampu nak jaga anak makcik. Makcik adalah ibu yang jahat!', bentak mama.
'Istighfar makcik. Jangan cakap macam tu. Ini semua kehendak-Nya. Tiada siapa yang mampu menghalang kehendak-Nya. Kun faya kun. Sudah lah makcik. Makcik baliklah dulu. Tenangkan fikiran makcik. Biar Ammar jaga Tina untuk hari ni. Lagi pun abang Ammar on call malam ni. Bolehlah tengok keadaan Tina ni sedikit sebanyak. In sya Allah, maklumat lebih sahih diketahui. Makcik rehatlah dulu ye.', Pujuk Ammar.
On call? Setahu aku abang Ammar tu seorang doktor. Apa kaitan pulak abang Ammar dengan aku? Apa yang berlaku kat aku ni? Aku kat mana sekarang ni? Mungkinkah aku di.................hospital?
Keadaan tiba-tiba jadi sepi. Aku cuba meraih apa-apa benda d sekelilingku untuk memberi petunjuk di mana aku sebenarnya. Sekali lagi aku hampa. Kemudian aku terdengar satu suara sayup-sayup kedengaran. Kali ni lelaki tua.
'Huh,mungkin kau terselamat sebelum ni. Tapi,kali ni tiada siapa yang boleh selamatkan kau kecuali Tuhan.', bisik suara itu.
Aku mula rasa sesak nafas. Aku berusaha menarik nafas dan mencuba mengetahui siapakah 'orang' itu.Perlahan-lahan aku merasa seperti ditarik ke dunia lain.
YOU ARE READING
C.R.U.S.H
VampiriTina, gadis yang riang terpaksa menjalani ujian yang berat dalam hidupnya. Setelah sekian lama namanya dicaci maki, maruahnya dipijak-pijak, dirinya diherdik, dia berjumpa pula dengan seorang rakan, namanya Ammar.Mereka berteman sehingga ada satu pe...