Angin meniup dedaunan di atas pohon dan berguguran jatuh ke bumi, menyapa lembut satu susuk tubuh yang sedang memikirkan masa depannya kelak. Amsyar, atau nama sebenarnya Zahirul Arman Amsyar bin Zahirul Arsyam berusia 15 tahun, yang sepatutnya bersekolah dalam tingkatan 3. Tapi dia terpaksa menguburkan hasratnya untuk sambung belajar kerana perlu menjaga nenek, Nek Jah yang berusia 65 tahun dan adiknya, Zahira Aina Asyura,13 setelah kepergian ibu dan ayahnya sebulan yang lalu akibat satu kemalangan yang telah menyebabkan maut menjemput mereka. Amsyar dan Aina terselamat daripada kemalangan tersebut kerana mereka sedang bersekolah pada waktu itu. Amsyar sebagai anak sulong serta sebagai cucu merasa bertangungjawab untuk menjaga nenek dan adiknya. Dia sanggup berkorban masa depannya untuk membesarkan adiknya dengan baik. Masa hadapan adiknya sangat penting baginya kerana dia terlalu menyayangi adiknya. Dia ingin melihat adiknya berjaya. Amsyar juga bertungkus-lumus kerja siang dan malam mencari wang untuk menyara kehidupan mereka juga untuk pembelajaran adiknya.
Setiap hari, Amsyar akan bangun awal untuk membuatkan sarapan pagi buat nenek dan adiknya. Dia juga menyiapkan segala keperluan adiknya untuk ke sekolah seperti menggosokkan baju adiknya, menyediakan beg sekolah adiknya dan banyak lagi. Kelihatan adiknya sudah keluar dari biliknya.
"Assalamualaikum abang. Selamat pagi. Wah, sedapnya bau. Abang masak apa ni?"tegur Aina dengan teruja dan penuh ceria seperti selalu.
" Waalaikumsalam, pagi Aina, meh duduk sini. Abang dah masakkan nasi goreng ni untuk Aina."jawab Amsyar pula sambil menhadiahkan senyuman manis untuk adik kesayanganya itu.
" Waa, terima kasih abang. Aina makan tau?"
"Makanlah Aina. Abang nak panggil nenek dulu ye. Aina makan lah dulu, nanati lambat pula nak pergi sekolahnya."
" Okey, sayang abang!"
"Abang pun sayang Aina juga."
"Hai, sayang Aina je ke Amsyar? Nenek ni Amsyar tak sayang ke?" gurau Nek Jah yang baru masuk ke ruang dapur itu.
"Eh, nek. Mestilah Amsyar sayang nenek juga. Nenek lah satu-satunya nenek terbaik kami tau." balas Amsyar dan terus meluru ke arah neneknya lalu terus memeluk neneknya itu.
"Aina pun sayang sangat dekat nenek." balas Aina juga lalu turut memeluk nenek dan abangnya. Tanpa disedari, air mata Nek Jah mula membasahi pipi tua nya. Dia merasa bertuah dikurniakan cucu-cucu yang sangat menyayanginya dan sanggup menjaganya. Amsyar dan Aina terpempan melihat air mata nenek mereka.
"Eh, kenapa nenek menangis ni?" kata Amsyar dengan nada yang risau.
"Tak ada apa lah sayang nenek, nenek cuma terharu je. Eh, dah jom kita makan. Nenek rasa lapar pula terbau nasi goreng Amsyar masak pagi ni. Jom?"ajak Nek Jah.
"Okey nek. Ada-ada aje nenek ni lah. Biasa je Amsyar masak." balas Amsyar.Semasa dalam perjalanan dia ingin menghantar adiknya ke sekolah, dia terserempak dengan rakan-rakan sekelasnya, yang juga merupakan kawan baiknya sewaktu sekolah dahulu iaitu Murali a/l Kumar dan Tan Chin Liew.
"Hai Amsyar, Aina." tegur Murali dan Chin serentak kepada Amsyar dan Aina.
"Hai abang-abang senior." balas Aina. 'Abang-abang senior' adalah gelaran Aina kepada kawan baik abangnya itu sejak dahulu lagi.
"Amsyar. Lama kami tak nampak awak. Kenapa awak tak datang sekolah lagi?" tanya Murali.
"Yelah Amsyar. Sudah lama kami mencari awak, kami pergi ke rumah awak pun awak tak ada." tanya Chin pula.
"Mafkan saya Murali, Chin. Sebenarnya saya tak pernah ke mana-mana pun. mungkin masa awak berdua datang kerumah, saya tengah berkerja. Saya terpaksa berhenti sekolah kerana ingin menjaga nenek dan adik saya. Saya perlu berkerja untuk menyara kehidupan kami sekeluarga." terang Amsyar kepada kawan baiknya ituAmsyar, Murali dan Chin adalah rakan yang sangat akrab sejak mereka masih kecil lagi. Mereka ini boleh dikatakan 'bagai isi dengan kuku' dahulu. Walau ke mana-mana sekalipun, mereka tetap bersama. Tetapi mereka jarang berjumpa sejak Amsyar berhenti sekolah.
"Tak apa lah Amsyar. Kami cuma risaukan awak je. Tak apa lah, kami masuk dulu ye? Kita jumpa lagi nanti ye?"kata Murali.
"Okey Murali, Chin. Datang je ke rumah saya kalau nak jumpa saya. Weekend saya free."balas Amsyar.
"Okey Amsyar. Kami masuk dulu." kata Chin sambil mula melangkah masuk ke dalam pagar sekolah.
"Eh, Aina nak masuk sekali dengan kami?" tanya Murali.
"Boleh juga. Kejab ye abang-abang senior." balas Aina."Abang, Aina masuk dulu ye?" tegur Aina yang dari tadi hanya mendiamkan diri di sebelah abangnya.
"Okey Aina. Belajar rajin-rajin ye, jangan main-main. Banggakan abang, banggakan nenek. Abang sayang Aina." nasihat Amsyar.
"Alright my boyfriend. Hahaha." gurau Aina.
"Good girl betul my girlfriend ni. Hehe." balas Amsyar juga dengan gurauan.
"Hahaha. Okey then. Aina masuk dulu. Bye. Assalamualaikum." kata Aina.
"Waalaikumsalam adik abang." balas Amsyar.
"Chin, Murali, jagakan girlfriend saya sorang ni ye. Tolong tengok-tengokkan dia."
"Alright beb." balas Chin dan Murali serentak.
YOU ARE READING
JANJI KU
Short StoryKisah seorang pelajar, atau juga seorang atlet sekolah yang terpaksa melupakan hasratnya menyambung pelajaran dalam tingkatan 3 kerana perlu menjaga dan menyara nenek dan adiknya. Dia merasa itu menjadi tanggungjawabnya setelah kehilangan ayah dan i...